Berita ini telah disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W , kemudian baginda mengadakan perjumpaan. Dalam perjumpaan ini lahir dua pendapat, pendapat pertama mencadangkan supaya pergi menyerang . Manakala pendapat kedua pula mengesyorkan supaya bertahan sahaja di Kota Madinah. Pada mulanya baginda bersetuju dengan pendapat kedua, tetapi majoriti mahukan berperang maka baginda bersetuju dengan pendapat kedua, tetapi majoriti mahukan berperang maka baginda bersetuju pula dengan pendapat pertama. Seramai 1000 orang di bawah pimpinan baginda telah meninggalkan kota Madinah untuk menemui kaum Musyrikin. Dalam pada itu , seramai 1/3 daripada jumlah tentera itu yang diketuai oleh Abdullah bin Ubay , ketua munafik telah keluar daripada barisan tentera Islam dan kembali ke Makkah.Tentera Islam dan Musyrikin Makkah telah bertemu di pinggir Bukit Jabal ( Uhud ) .