§ Sesungguhnya Islam tidak menggalakkan peperangan, namun setelah turunnya wahyu yang membenarkan umat Islam mengangkat senjata, Nabi Muhammad s.a.w telah membentuk angkatan tentera Islam yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar.
§ Matlamat penubuhan angkatan tentera untuk mempertahankan negara, maruah serta kesucian agama daripada dinodai oleh musuh khususnya golongan musyirikin Quraisy, Yahudi, serta Rom dan Parsi. Pada zaman Rasullulah s.a.w, peperangan dalam Islam dapat dibahagikan kepada dua iaitu sariyah dan ghazwah