§ Khalifah terdahulu mengusulkan beberapa orang calon dalam kalangan para sahabat untuk dipilih salah seorang daripada mereka sebagai khalifah seterusnya. Cara ini berlaku dalam pemilihan Saidina Uthman bin Affan sebagai khalifah menggantikan Khalifah Umar al-Khattab. Khalifah Umar al-Khattab yang sedang tenat kerana ditikam oleh seorang keturunan hamba dari Parsi telah mengemukakan nama enam orang calon, iaitu Saidina Uthman bin Affan, Saidina Ali bin Abu Talib, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Zuber al-Awwam, dan Saad bin Abu Waqas. Manakala puteranya, Abdullah bin Umar al-Khattab tidak dicalonkan sebagai khalifah. Pemilihan dan musyawarah diadakan di rumah Saidatina Aishah binti Abu Bakar as-Siddiq.