Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 2 AGAMA DAN PEMIKIRAN SAINS & TEKNOLOGI - Coggle Diagram
BAB 2
AGAMA DAN PEMIKIRAN SAINS & TEKNOLOGI
AGAMA & ILMU
Agama amat mementingkan budaya ilmu dan menyeru penganutnya menjauhi lembah kejahilan.
Pendidikan amat dituntut dalam agama dengan syarat ilmu itu mestilah bermanfaat dan tidak bercanggah dengan prinsip agama.
Kesan negatif
daripada pandangan yang
membahagikan
ilmu kepada
ilmu agama dan ilmu dunia
Ketaksuban kepada pengajian ilmu agama yang mendorong kepada kebencian terhadap pengajian ilmu sains.
Gejala memperlekeh golongan ilmuwan agama yang dilihat ketinggalan zaman.
Gejala memperlekeh golongan saintis yang dilihat terlalu materialistik dan berfikiran sekular.
Ilmu
Fardu Ain
(tanggungjawab individu) dan
Fardu Kifayah
(tanggungjawab komuniti).
PERANAN AGAMA DALAM ILMU
Memperluas
pandangan semesta
Integrasi
akidah, syariah, dan akhlak
Menyeimbangkan
antara kerohanian, rasional, dan emosi
KONSEP ILMU & KETAMADUNAN
Menurut al-Quran
(al-Baqarah, 2: 30)
,
kejadian Nabi Adam sebagai manusia pertama telah dibekalkan dengan ilmu untuk membantunya melaksanakan tugas sebagai khalifah
di bumi dengan diajar oleh Allah untuk mengetahui nama segala benda.
Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa akal yang dimiliki oleh manusia berfungsi membezakan antara manusia dengan makhluk lain.
DEFINISI ILMU
Umumnya istilah ilmu dalam Kamus Inggeris disebut sebagai
‘knowledge’
dan
‘science’
yang diterjemah dalam bahasa Melayu sebagai tahu, pengetahuan, dan kepandaian.
Secara etimologinya, kata ilmu berasal daripada bahasa Arab
“alima, ya’lamu, ilman”
. Justeru, ilmu adalah kata benda abstrak daripada kata kerja “alima” yang meletakkannya antara
“alim”
(yang mengetahui) dan
ma’lum
(yang diketahui).
S. M.
Naquib Al-Attas
(1975: 154) mentakrifkan ilmu sebagai
ketibaan sesuatu makna hasil daripada maklumat yang benar ke dalam diri seseorang.
Kebenaran sesuatu ilmu itu adalah apabila merujuk kepada Allah sebagai sumber asal segala ilmu.
Takrifan tersebut menunjukkan bahawa
autoriti ilmu adalah di bawah kekuasaan Allah sebagai sumber sebenar ilmu.
Dari segi
falsafah
,
ilmu merupakan kumpulan pengetahuan yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakannya daripada yang lain.
Menurut
Jujun Suriasumantri
, ciri-ciri keilmuan ini didasarkan pada tiga jawapan yang diberikan kepada
tiga persoalan pokok
ontologi
(teori wujud)
epistemologi
(teori ilmu)
aksiologi
(teori nilai).
PANDANGAN ILMU DARI ISLAM & BARAT
BARAT
Masyarakat Barat yang telah melepaskan diri daripada ikatan ajaran Kristian melihat bahawa
ilmu hanya kegiatan bersifat akal semata-mata.
ISLAM
Islam menuntut supaya ilmu dan pemikiran manusia disepadukan
bertujuan membolehkan orang berilmu – para sarjana, pemikir, saintis, cendekiawan dan ulama mengembangkan diri, masyarakat dan alam sekitar sebagai usaha pengabdian diri kepada Allah dan penyempurnaan amanah sebagai khalifah.
Islam meletakkan martabat ilmu pengetahuan yang tertinggi ialah mengenal Allah
dengan ertikata yang sebenar serta membawa kepada keyakinan dan mampu meletakkan manusia ke tahap yang tinggi dari segi nilai dan kedudukannya.
Pengertian berilmu pengetahuan ialah mencari keredaan Allah
kerana tiada keselamatan dan kebahagiaan yang hakiki melainkan terletak dalam keredaan Allah.
PEMIKIRAN SAINS
DALAM HINDU:
KITAB UPANISHADS
Menjurus kepada pemikiran yang lebih filosofik
Persoalan Roh Agung
Karma
Sejumlah tindakan seseorang dalam keadaan kewujudan ini dan sebelumnya yang dilihat sebagai menentukan nasib mereka pada masa depan.
DEFINISI ISTILAH
(dalam Hinduisme dan Buddhisme)
Samsara
Kitaran kematian dan kelahiran semula yang mana kehidupan material di dunia adalah terikat.
Dharma
Keseluruhan proses memisahkan diri daripada samsara dan mencapai moksha yang harus dipenuhi oleh setiap individu.
Kebebasan Abadi (Mokhsa)
Pelepasan atau kebebasan daripada ikatan duniawi dan putaran reinkarnasi atau Punarbawa kehidupan.
Jnana-marga
Pembebasan dengan cara ilmu pengetahuan.
Karma-marga
Pendekatan yang menekankan pembebasan melalui perbuatan baik.
Bhakti-marga
Pendekatan dengan cara meningkatkan hubungan kerohanian dengan rasa kasih sayang yang tinggi terhadap Tuhan.
Proses kelahiran semula (
reincarnation
)
DALAM
KONFUSIANISME
Dicirikan sebagai
sistem falsafah sosial dan etika
dan
bukan agama
. Konfusianisme dibina atas asas agama kuno untuk mewujudkan nilai sosial, institusi, dan cita-cita transenden masyarakat Cina tradisional.
Prinsip Lima Hubungan & Konsep Lima Nilai.
Prinsip Lima Hubungan
Rakan Sesama Lelaki
Pemerintah & Rakyat
Bapa & Anak Lelaki
Suami & Isteri
Abang & Adik
1 more item...
Konsep Lima Nilai
Baik Hati
Adil
Sopan
Bijaksana
Taat
1 more item...
Patung sebagai tanda hormat.
DALAM
BIBLE (KRISTIAN)
Hubungan ajaran Kristian dan sains dapat dikenalpasti melalui
dua bentuk
, iaitu penjelmaan diri Tuhan dalam
book of nature
(alam) dan naratif sejarah serta petunjuk keajaiban dalam
book of scripture
(penulisan).
Menurut pengkaji Bible, terdapat teori saintifik seperti teori Big Bang dan teori evolusi dalam teks Bible
Alam semesta mempunyai permulaan.
Alam semesta dikawal oleh hukum-hukum alam, dan bukannya keadaan emosi para dewa-dewi.
Sungai dan mata air berasal daripada air yang tersejat daripada lautan dan sumber lain lalu jatuh kembali ke bumi dalam bentuk hujan, salji, atau hujan batu.
Gunung-ganang timbul dan tenggelam, dan gunung yang ada sekarang sebelumnya sudah ada di dasar laut.
Kebersihan melindungi kesihatan.
Sebahagian pengkaji sejarah seperti Hooykaas (1972) turut mengakui bahawa ajaran Kristian merupakan instrumen yang memacu kemajuan negara Barat.
DALAM
AL-QURAN
(ISLAM)
Menurut Sardar, al-Quran umpama “cahaya pembimbing” untuk digunakan dalam menunjukkan jalan yang lurus ke arah ilmu dan keselamatan.
Beberapa tema saintifik turut disentuh dalam al-Quran seperti biologi, astronomi, meteorologi, botani, zoologi, dan kosmologi.
Al-Quran melihat sains dalam kerangka pengalaman manusia seluruhnya
, iaitu akal dan menuntut ilmu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam yang berteraskan kepada nilai dan etika al-Quran.
Menurut Sulaiman Noordin, dalam tamadun Islam, alam tabii (semulajadi) yang menjadi fokus pengajian ilmu sains dianggap sebagai kitab Allah yang terbuka atau kitab kedua yang mengandungi tanda-tanda (rahsia-rahsia) kebesaran dan kebijaksanaan Allah.
KESEPADUAN ILMU
Sebahagian daripada ajaran Islam seperti zakat, fara’id, dan puasa yang turut memerlukan ilmu ‘aqliah.
Ilmu-ilmu inilah yang dikenali sebagai ilmu sains.
Ketegasan Islam dalam proses pencarian ilmu dibuktikan dengan fakta bahawa
wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW memberi penekanan kepada pembacaan sebagai wahana penting dalam usaha keilmuan
.
Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan
atas setiap umat Islam, sama ada lelaki atau wanita.
Menurut Imam al-Ghazāli, kewajipan menuntut ilmu yang tersebut dalam hadis ini terbahagi kepada dua, iaitu wajib fardu ain dan wajib fardu kifayah.
Mempelajari
ilmu-ilmu
yang
berasaskan wahyu
seperti ilmu tauhid, hadis, tafsir, dan fikah adalah wajib
fardu ain
.
Mempelajari
ilmu-ilmu
yang
berasaskan akal
seperti perubatan dan matematik termasuk dalam wajib
fardu kifayah
.