Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Revision Ringkas Bab 3 dan 4 - Coggle Diagram
Revision Ringkas Bab 3 dan 4
Bab 3 : Kesedaran Kepelbagaian Sosiobudaya di Malaysia
Bangsa
Integrasi sosial : proses menyatupadukan pelbagai kelompok melalui satu identiti bersama dengan menghapuskan perbezaan dan identiti masyarakat
Akulturasi : Penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan yang berbeza
Asimilasi : Percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama
Amalgamasi : Proses mencampuradukkan entiti kebudayaan pelbagai kaum untuk membentuk budaya dan ras baru
Bahasa
Sistem komunikasi yang menggunakan bunyi, simbol dengan pengertian yang digunakan dengan sewenang-wenang (arbitrari)
Struktur Sosial
Terdiri daripada manusia yang hidup bersama dan berorganisasi atas dasar saling berhubungan dari segi pelbagai aspek cara hidup
Kepercayaan
Akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara
Konteks agama : Kepercayaan merupakan sebahagian daripada batu asas pembangunan moral (akidah ataupun iman)
Adat Resam
Peraturan yang telah diamalkan sejak turun temurun dalam sesebuah masyarakat
Bab 4 : Peranan & Implikasi Kepelbagaian Sosiobiudaya dalam Sistem Pendidikan di Malaysia
Guru
Membentuk persekitaran bilik darjah yang kondusif dan mesra budaya
Menggunakan pendekatan penyayang dalam komunikasi. Contohnya : menegur kesilapan murid dengan cara yang berhemah
Sekolah
Melaksanakan aktiviti yang dapat memupuk perpaduan dan integrasi kaum
Program RIMUP : usaha KPM bagi memastikan perpaduan dipupuk di kalangan murid tanpa mengira latar belakang, agama, kaum, jantina dan sebagainya
Murid
Bersosial di antara satu sama lain dalam melakukan aktiviti PdPc
Menghormati kepercayaan dan amalan agama yang dianuti oleh setiap murid dalam bilik darjah (proses pembentukan kendiri)
Kurikulum
Kurikulum merujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungn, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan
Kurikulum tersirat : merujuk kepada norma, nilai dan kepercayaan yang disebarkan melalui pendidikan formal dan interaksi di sekolah