Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PART 1 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN - Coggle Diagram
PART 1
PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN
Definisi dan konsep
Pengukuran
Satu proses mendapatkan penerangan berangka yang menentukan kuantiti atau takat pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru
Tujuan: Menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu.
Bentuk: Pemerhatian, Lisan, Penulisan.
Bersifat kualitatif
Proses perlaksanaan: Guru menyediakan instrumen untuk mengukur kebolehan murid dalam sesuatu subjek atau pelajaran. Skala ditentukan(nisbah,sela , norminal,ordinal)
Masa: Selepas pembelajaran.
Keputusan: Tidak bersifat mutlak, kecuali pada pengukuran yang menggunakan skala nisbah.
Contoh:
Skor (markah) 79 daripada 100 markah bagi satu ujian ialah satu pengukuran
Penilaian
Satu proses yang sistematik dalam pengumpulan dan analisis data untuk menentukan sama ada satu objektif itu telah tercapai yang membolehkan sesuatu pertimbangan atau keputusan dibuat.
Tujuan: Memberi maklumat tentang pencapaian obejktif pembelajaran. Kaedah mengajar dan kurikulum.
Perlukan kriteria
Bersifat kualitatif yang mengandungi pernyataan deskriptif.
Bentuk: Jadual, Gred berdasarkan teknik perangkaan.
Proses perlaksanaan: Menentukan kaedah pengukuran yang ingin dijalankan dan melakukan proses pengukuran dan penganalisaan semasa pengukuran dilakukan. Kemudian, proses interpretasu dijalankan sebelum melapor dapatan kajian dan tindakan.
Masa: Boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas sesi pembelajaran.
Keputusan: Menunjukkan pencapaian keseluruhan seseorang individu namun tidak hanyan menggambarkan kebaikan individu itu.
Contoh:
Markah 75 daripada 100 markah. Adakah ia baik? Sederhana? Cemerlang?
Pengujian
Definisi :
Satu alat ukur untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu berhubung dengan aspek pendidikan dan psikologi
Alat pengukuran untuk mendapatkan maklumat pelajar (prestasi pelajar) dalam pelbagai bidang kognitif, afektif dan psikomotor.
Tujuan:
Untuk menentukan pencapaian terhadap sesuatu pembelajaran.
Bentuk
: Pemerhatian, ujian lisan, ujian bertulis
Contoh:
Ujian Matematik, Ujian MEdsi
Proses perlaksanaan:
Menyediakan set ujian berdasarkan cara ujian yang ingin dijalankan.
Melakukan pentadbiran semasa menjalankan ujian.
Menjalankan pemeriksaan terhadap set ujian yang telah dijalankan.
Analisis ukuran.
Interpretasi dan tindakan susulan.
Masa: Selepas sesi pembelajaran
Keputusan: Menunjukkan prestasi sesuatu kemahiran atau penguasaan pembelajaran yang spesifik.
Pentaksiran
Proses memerhati dan mencerap pembelajaran- menghurai, mengumpul, merekod, menskor dan mengintepretasikan maklumat berhubung pembelajaran seseorang pelajar.
Tujuan: Bagi membuat pengelasan terhadap pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.
Hasil maklumat, beri refleksi tentang kemajuan pelajar/pengajaran guru.
Bentuk: Set ujian bertulis dengan markah dan gred.
Proses perlaksanaan: Menjalankan proses pengujian menggunakan set ujian dan kemudian mencatat atau merekod markah serta memberi gred.
Masa: Selepas sesi pembelajaran.
Keputusan: Menunjukkan pencapaian secara relatif.
Proses berterusan selagimana berlakunya pembelajaran dan pengajaran bagi tujuan memperbaiki pembelajaran dan pengajaran.
Jenis ujian
Diagnostik
Ujian ini kebiasaannya dijalankan diawal pembelajaran seperti sebelum memulakan sesuatu topik atau
unit.
Dikenali sebagai penilaian awal bagi membolehkan guru mengetahui tahap pengetahuan dan penguasaan murid dalam sesuatu matapelajaran. Tahap pengetahuan dan penguasaan ini digunakan untuk
-memastikan jika terdapat jurang dalam pembelajaran individu/murid.
-membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu.
-membolehkan guru merancang pengajaran yang bersesuaian mengikut tahap murid.
Sesetengah ujian diagnostik digunakan untuk mengasingkan murid mengikut tahap penguasaan
seperti sesetengah sekolah yang menjalankan ujian diagnostik kepada murid Tahun 1
Pencapaian
Ujian ini digunakan untuk mengetahui pencapaian individu dalam pembelajaran yang telah dilaluinya. Ujian pencapaian yang dibina perlu merangkumi topik-topik atau silibus yang telah dipelajari.
Ujian pencapaian umumnya dikenali sebagai ujian yang mempunyai kriteria, dan markah yang diperolehi pelajar diberikan gred.
Bercorak formal
Contoh ujian pencapaian: Peperiksaan Akhir, Peperiksaan PertengahanTahun, UPSR, PMR, SPM.
Penempatan
Dalam pendidikan, ujian penempatan adalah ujian yang dijalankan oleh institusi pendidikan (sekolah, universiti) bagi menentukan kemahiran akademik atau kemahiran berkaitan (afektif dan psikomotor) bakal pelajar atau pelajar baru untuk tujuan.
Menentukan kelas yang bersesuaian
Menentukan program yang bersesuaian
Menentukan samada diterima masuk ke universiti
-tujuan penilaian juga ialah untuk memilih dan
menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut
kecenderungan seseorang murid berkenaan.
Contoh:
Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia [Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)] ialah suatu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam.
UJIAN KEMASUKKAN KOLEJ (SAT, ACT)
Ipsatif
ujian ipsatif ini digunakan untuk melihat kemajuan (progress) individu dengan membuat perbandingan diantara penguasaan terdahulu dengan penguasaan sekarang.
Perbandingan kemajuan hanya dibuat berdasarkan penguasaan murid itu sendiri, bukan dengan
penguasaan murid lain.
Ujian ipsatif tidak termasuk dalam pemberian gred individu. Ianya adalah amalan tambahan bagi guru
bagi melihat kemajuan murid bagi tujuan penambahbaikan murid.
Guru boleh melihat kemajuan murid dengan
-Menyemak kedua-dua tugasan/ujian awal dengan tugasan/ujian semasa
-Meminta murid mengenalpasti kelemahannya dan refleksinya samada kelemahan dalam tugasan
itu telah diatasi atau tidak
-Menentukan samada murid mempunyai kemajuan dan mencadangkan kepada murid langkah seterusnya untuk memajukan dirinya
Jenis pentaksiran
Formatif
Berlaku sepanjang pembelajaran
untuk memantau kemajuan pelajar
Hasil pantauan guru
-Kenal pasti kekurangan dan kelemahan murid
-Memperbaiki kaedah pengajaran
-Membuat penyelarasan pengajaran
Contoh:
Tugasan, Kuiz, Peta konsep
Sumatif
Berlaku diakhir pembelajaran untuk menilai pencapaian pelajar berdasarkan standard/kriteria yang ditetapkan.
Hasil penilaian pelajar:
-Gred diberikan
-Membuat perbandingan antara murid
-Membuat keputusan tentang pelajar dan pengajaran.
Contoh:
Peperiksaan Pertengahan Tahun, Projek Tahun Akhir, Peperiksaan Akhir Tahun
Skala pengukuran
Ordinal
Nombor atau nilai pada data hanya digunakan untuk disusun dari tinggi kepada rendah atau rendah kepada tinggi.Data boleh disusun sama ada daripada yang terrendah kepada yang tertinggi atau daripada yang lemah kepada yang cemerlang. Nombor atau kategori yang diguna menggambarkan ukuran asal pembolehubah mengikut susunan daripada kecil kepada yang besar atau daripada kategori yang baik kepada kategori yang lebih baik.
Tidak boleh laksanakan arimetik.
Ukuran mempunyai pemberat, iatu setiap kategori mempunyai pemberat yang kurang atau lebih berbanding kategori lain.
Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data ordinal adalah saling eksklusif.
Ukuran yang diguna menunjukkan pemeringkatan secara logik.
Interval/Sela
Mempunyai sela yang sama antara dua nilai (ada nilai negatif)
arimetik(tolak dan tambah)
Skala untuk kategorikan dan susunan kedudukan, mempunyai sela yang sama, nilai ‘0’ adalah relatif
i. Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data sela adalah saling eksklusif.
ii. Ukuran yang diguna menggambarkan susunan pemeringkatan secara logik.
iii. Ukuran yang diguna mempunyai pemberat, iaitu sesuatu ukuran sama ada lebih kecil
atau lebih besar daripada yang lain.
iv. Ukuran dalam skala sela bernilai arbitrari (tidak mutlak). Nilai sifar (0) juga adalah arbitrari.
v. Perbezaan satu unit ukuran mempunyai nilai yang sama bagi semua perbezaan ukuran
Nominal
Skala untuk melabel/mengkategorikan data.
Nombor pada data tidak memberi makna, hanya untuk melabel/ kategori.
Tidak boleh laksanakan arimetik.
Setiap ahli hanya dimiliki oleh satu kategori sahaja, misalnya, individu yang dikelaskan ke dalam kategori Melayu tidak boleh menjadi ahli kategori etnik lain.
Nombor yang mewakili setiap kategori tidak mempunyai nilai pemeringkatan, tetapi dianggap sebagai nama kategori sahaja.
Pengkelasan data asal kepada data nominal bersifat satu kepada satu.
Ratio/nisbah
Mempunyai sela yang sama antara dua nilai tapi beza pada nilai 0 (tiada nilai negatif)
arimetik boleh dilaksanakan (tolak,tambah, bahagi, darab)
Skala untuk kategorikan dan susunan kedudukan, mempunyai sela yang sama, skala yang mempunyai semua ciri skala sela
dan juga nilai mutlak, namun nilai '0' adalah mutlak.
Mempunyai nilai pemeringkatan, perbezaan ukuran dan mutlak.
Rujukan-pemarkahan
Ujiaan Rujukan Kriteria
TUJUAN:
Pencapaian pelajar diukur berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Pencapaian pelajar adalah berdasarkan kriteria/ standard atau tahap prestasi yang ditetapkan untuk dicapai bagi mengukur prestasi diri sendiri tanpa dipengaruhi pelajar lain.
-Untuk mengenal pasti sama ada pelajar telah menguasai sesuatu kemahiran atau konsep
-Untuk mengenalpasti sejauh mana pelajar tahu sesuatu topik pengajaran sebelum dan selepas pengajaran.
Kata kunci
Mempunyai kriteria atau piawaian untuk menilai pelajar.
Bukan bertujuan untuk bandingkan satu pelajar dengan pelajar lain.
Markah yang diperolehi oleh satu pelajar tidak mempengaruhi markah pelajar lain.
Markah yang dihasilkan mengelaskan pelajar kepada kategori berdasarkan :
Prestasi (Performance) (Lulus atau Gagal)
Peratusan ( 80-100: A, 60 – 70: B)
Interpretasi (Markah)
-Setiap individu dibandingkan dengan kriteria atau standard yang telah ditetapkan bersesuaian dengan kemahiran yang diukur. Prestasi pelajar A tidak mempengaruhi prestasi pelajar B.
-Pemarkahan dalam bentuk peratus dan dilaporkan sebagai kemahiran individu.
Apa yang pelajar boleh dan tidak boleh dilakukan dalam sesuatu kandungan/konten pembelajaran/domain (PENGUASAAN/MASTERY)
Syarat diperlukan
Definisi kandungan pembelajaran/konten pembelajaran
/domain mestilah dinyatakan dengan jelas
Ciri-ciri soalan
-Mempunyai tahap kesukaran yang sama.
Isi kandungan soalan
-Tertumpu kepada topik -topik tertentu yang lebih khusus yang dikenalpasti oleh guru dan pembangun kurikulum.
-Dizahirkan di dalam objektif pembelajaran.
Contoh: Ujian memandu, Ujian Formatif (Tugasan awak, ada rubrik pemarkahan)
Ujian Rujukan Norma
TUJUAN:
Untuk mengenalpasti dan membandingkan tahap kebolehan, pengetahuan, atau kemahiran seseorang berdasarkan keputusan markah norma pada waktu tertentu.
Membuat perbandingan antara satu pelajar kepada pelajar lain atau satu kumpulan kepada satu kumpulan.
Markah satu pelajar memberi kesan kepada pelajar lain.
Penilaian atau gred pelajar boleh berubah dari satu tahun ke tahun yang lain.
Banyak digunakan pada pentaksiran sumatif.
Perbandingan dibuat berdasarkan Percentile/Skor-Z/Skor-T
Interpretasi
-Bagaimana prestasi seorang pelajar dengan pelajar yang lain? (PERBANDINGAN)
-Setiap individu dibandingkan dengan individu yang lain. Pemarkahan dizahirkan dalam bentuk persentil, gred setaraf skor, atau stanin.
Syarat diperlukan
-Definisi kumpulan norma mestilah dinyatakan dengan jelas
Ciri ciri soalan
-Soalan soalan mempunyai tahap kesukaran yang pelbagai, dari soalan senang kepada soalan susah. Soalan soalan mempunyai diskriminasi yang tinggi.
-Soalan atau item dipilih atau dibina adalah memang tujuannya hendak bandingkan pelajar berpencapaian tinggi dengan pelajar berpencapai rendah.
Ciri ciri konten (isi kandungan soalan)
-Soalan dibina terdiri daripada topik-topik yang lebih luas.
Contoh: SPM, PMR, PT3, IQ TEST
Penggredan
Grading atau pengredan dalam pendidikan adalah satu proses memberi ukuran tahap mengikut piawai (standard) berdasarkan tahap pencapaian yang berbeza dalam sesuatu subjek atau kos.
Gred lazimnya diberikan dalam bentuk:
-huruf (A sehingga F)
-julat (1 sehingga 6)
-peratus atau jumlah diperolehi daripada keseluruhan (contoh : n/100)