Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KEMENJADIAN MURID BERDASARKAN ASPIRASI MURID DALAM PPPM 2013-2025 - Coggle…
KEMENJADIAN MURID BERDASARKAN ASPIRASI MURID DALAM PPPM 2013-2025
PENGETAHUAN
mempunyai keupayaan dalam literasi dan numerasi sepenuhnya
menguasai mata pelajaran asa
mempunyai kemahiran hidup asas yang berfungsi dan berkesan bagi membolehkan mereka memupuk nilai dalam diri dan negara
menguasai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang lain seperti muzik, sukan dan kesenian
mengaplikasikan kesemua kemahiran dalam situasi harian
IDENTITI NASIONAL
murid dapat mengamati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara sebagai pegangan dalam identiti kewarganegaraan untuk memupuk perpaduan masa hadapan Malaysia
membawa adat dan budaya identiti kepelbagaian kaum Malaysia dimana-mana sahaja berada terutamanya diluar negara
murid dapat belajar memahami perbezaan dan bertolak ansur, menerima dan menghormati prang lain serta hidup bersama dalam kepelbagaian masyarakat berbilang kaum dan budaya
KEMAHIRAN BERFIKIR
Pemikiran Kritis dan Penakkulan
keupayaan menganalisis maklumat, meramalkan permasalaha dan penyelesaian, menganalisa isu secara kritis, logik dan deduktif bagi mencari solusi yang membawa keputusan yang menyeluruh
Kreatif dan Inovatif
berinovasi, berdaya saing dalam mencipta sesuatu yang baharu berdasarkan idea luar kotak yang dapat memudahkan segala urusan harian
Keupayaan Belajar
Keupayaan murid dalam melaksanakan pembelajaran kendiri dari luar bilik darjah.
Memahami konsep pembelajaran sepanjang hayat
KEMAHIRAN DWIBAHASA
Penguasaan Bahasa dalam Komunikasi
Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, Bahasa Inggeris sebagai bahasa Kedua dan Bahasa Antarabangsa
murid menguasai bahasa agar mudah berkomunikasi dengan pelbagai bangsa dari dalam negara dan luar negara dalam membina jaringan kerjasama yang meluas
KEMAHIRAN MEMIMPIN
Kecerdasan Emosi
murid dapat membina kerjasama dengan rakan serta guru-guru secara berkesan.
Berupaya membentuk sahsiah yang bemoral dan berakhlak mulia
Keusahawanan
murid mempunyai daya saing dalam mengutalisasikan kemampuan yang ada untuk membina jaringan yang membawa keuntungan diri sepeti kewangan.
Murid berupaya melatih diri dalam menyelesaikan masalah sendiri berkaitan dengan pelaburan daripada sumber sendiri dalam membuat keuntungan dari segi ekonomi
Berdaya Tahan
murid berupaya menghadapi masalah yang dihadapi dan dapat berfikir secara konstruktif dan logik
Komunikasi
murid berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara lisan dan bertulis denga jelas
murid dapat mengggunakan segala kemahiran TMK dalam memberikan pendapat dan mempromosikan kekreatifan dalam memberikan hujah dan pendapat.
ETIKA DAN KEROHANIAN
Integriti
murid berupaya membina jati diri, disiplin, keberanian bersuara dan semangat dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan
Kerohanian
murid hidup berlandaskan pegangan agama yang jitu untuk diamalkan dalam kehidupan mereka
Adab dan Akhlak
murid berupaya membina sahsiah yang tinggi untuk kemakmuran dan keharmonian sejagat melalui aktiviti yang dilakukan disekolah atau luar sekolah