Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ISU DAN CABARAN PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI DALAM PDP, NURUL SYAFIQAH BINTI…
ISU DAN CABARAN PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI DALAM PDP
ISU PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI DALAM PDP
UNDANG-UNDANG SIBER
jika ada antara guru yang ingin menggunakan teknologi dalam PdP atau mengajar secara atas talian, terdapat undang-undang atau peraturan yang perlu dipatuhi. mungkin ini yang menjadi faktor kepada kekurangan pengintegrasian teknologi dalam PdP dalam kalangan guru sekolah
PLAGIAT
guru-guru hendaklah mengelakkan daripada melakukan plagiat. jika ingin menggunakan sesuatu yang dicipta atau dibuat oleh orang lain, eloklah jika menyebut nama penulis atau penciptanya sebagai sumber atau rujukan.
KERAHSIAAN DAN KESELAMATAN
pastikan sesuatu laman atau apps yang dikongsi adalah dengan kebenaran penciptanya dan selamat untuk digunakan.
PENYEBARAN MAKLUMAT
elakkan menyebarkan maklumat palsu atau ilmu yang salah. pastikan ilmu yang dikongsi dan diajar adalah betul dan berdasarkan rujukan dan sumber yang sahih.
HAKCIPTA HARTA INTELEK
setiap ciptaan atau rekaan seseorang pasti ingin dilindungi dan diakui hakciptanya sebagi tanda penghargaan di atas hasil usaha dan kerjanya.
CABARAN DALAM MENGINTEGRASI TEKNOLOGI
KESEDIAAN GURU
tidak semua guru bersedia untuk menggukan teknologi dalam PdP, terutamanya guru lama atau yang telah berumur. mereka telah terbiasa dengan kaedah lama yang menggunakan buku teks, kapur dan papan hitam.
SOKONGAN ORGANISASI
jika pihak pentadbir sekolah memberi sokongan dan menggalakkan penggunaan teknologi dalam PdP dan kelengkapan infrastuktur teknologi di sekolah lengkap, tidak mustahil pengintegrasian teknologi dalam PdP dapat dijalankan.
KESEDIAAN PELAJAR
pelajar yang tinggal di bandar atau dari keluarga yang berada dan bersekolah di sekolah berasrama penuh mungkin bersedia dan mampu jika teknologi diintegrasikan dalam PdP, namun berbeza bagi pelajar di sekolah luar bandar
INFRASTRUKTUR TEKNOLOGI
kekangan kewujukan infrastruktur teknologi seperti komputer, projektor, LCD dan liputan internet di sekolah menjadi cabaran dalam mengintegrasikan teknologi dalam PdP di sekolah terutamanya sekolah di luar bandar
CABARAN TEKNOLOGI UNTUK PELAJAR
PELAJAR BERLAINAN KEBOLEHAN AKADEMIK
Setiap pelajar mempunyai kebolehan akademik yang berbeza. Terdapat pelajar yang boleh menguasai pelajaran melalui syarahan sahaja, dan terdapat juga pelajar yang perlu kepada latihan dan amali untuk mengusai pelajaran. Begitu juga dalam pelajaran yang memerlukan penggunaan teknologi.
PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
Bagi pelajar yang berkeperluan khas, usaha dan tenaga yang lebih diperlukan dari guru. Pelajar akan lebih berminat untuk mengikuti pelajaran jika guru menggunakan teknologi semasa PdP, namun akan terdapat kekangan atau masalah jika perlu melibatkan murid dalam penggunaan teknologi di dalam PdP. (bergantung kepada jenis berkeperluan khas pelajar tersebut)
NURUL SYAFIQAH BINTI ABDUL HAMID 940131-03-6274
BAM2