Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pembentukan Sikap Pelajar menurut Perspektif Islam, 4I 1A - Coggle Diagram
Pembentukan Sikap Pelajar menurut Perspektif Islam
Faktor Media Massa
Penggunaan media yang tinggi memberi kesan negatif terhadap pegangan agama remaja
Dengan kemudahan media massa yang ada, sepatutnya kita menggunakan saluran media untuk mengajak orang ramai beriman kepada Allah SWT dan menerapkan nilai-nilai islam agar memberi kesan yang baik kepada para pengguna.
Memberi perkembangan dan maklumat kepada masyarakat tentang hal ehwal semasa, berita luar mahupun dalam negara.
Definisi
Pembentukan sikap pelajar
Rasulullah SAW merupakan contoh teladan yang paling terbaik dari segi pembentukan akhlak.
Sikap pelajar itu adalah fleksibel mengikut dimana tempat dan suasana yang dia pelajari.
Komponen pembentukan sikap
Ihsan adalah pembentuk sikap
Akhlak dan kesopanan adalah penyempurna sikap
Islam sebagai tiang
Iman sebagai asas yang teguh
Beriltizam dengan agama
Pembentukan : Perihal yang menunjukkan usaha dalam membentuk sesuatu
Pelajar / Murid : Orang yang sedang belajar atau berguru (pelajar kepada seorang sheikh)
Sikap : Perbuatan atau pandangan yang berasaskan sesuatu pendapat atau fikiran
Tujuan dalam pendidikan Islam adalah membentuk insan kamil dan manusia iaitu manusia yang sempurna daripada segi memiliki kecerdasan intelektual dan rohani secara keseluruhannya.
Dalam konteks Pengajian Islam : Murid =
Tabi'
(Pengikut),
Muta'allim
(Pelajar kepada seorang guru)
faktor yang mempengaruhi dalam pembentukan akhlak mempunyai 5 faktor iaitu faktor rakan sebaya, ibu bapa, media massa, masyarakat dan sekolah dan guru
Faktor Sekolah dan Guru
Tingkah laku guru dan persekitaran sekolah mudah mempengaruhi pelajar-pelajar
Pelajar mudah menginterpretasi sesuatu yang dilakukan oleh guru sama ada cara guru bertutur
atau bertingkah laku.
Amat penting bagi guru bagi menunjukkan sikap yang positif agar menjadi panduan dalam diri pelajar.
Guru berperanan sebagai penasihat, perunding, pendorong, pakar rujuk dan mengawasi disiplin pelajar
Guru merupakan insan yang paling dekat dengan
murid selain kedua ibu bapa di rumah.
Faktor Ibu Bapa
individu yang bertanggungjawab dalam mendidik anak anak
menanam nillai nilai Islam dari segi akhlak, sahsiah dan sebagainya
ibu bapa perlu memantau rakan sebaya anak anak dan pengaulan sosial anak anak tiap hari
ibu bapa perlu memberi contoh dan tauladan yang terbaik kepada anak anak (uswah hasanah)
Faktor Rakan Sebaya
rakan sebaya merupakan tempat anak anak meluahkan perasaan dan sebagai penganti ibu bapa ketika di sekolah
anak-anak perlu pandai mencari rakan yang baik kerana rakan sebaya amat mempengaruhi akhlak dan sahsiah pelajar selain ibu bapa
ibu bapa perlu sentiasa mengenal pasti rakan anak-anak, mengetahui dengan siapa mereka berkawan, memantau aktiviti anak-anak serta menapis rakan mereka
anak-anak yang bergaul dengan teman-teman yang pincang dan rosak akhlaknya, maka mereka akan terikut dan terkesan dengan tingkahlaku negatif
rakan-rakan yang berakhlak mulia akan menyemai nilai akhlak mereka terutama kepada golongan remaja yang cepat meniru, terpengaruh dan terikut-ikut dengan teman rapatnya
Faktor Masyarakat
Jiran
lebih prihatin terhadap remaja
bersikap terus terang dengan menegur perbuatan yang salah
membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab jika terdapat perkara buruk yang dilakukan
Komuniti Setempat
tidak memberikan contoh yang buruk kepada remaja di tempat awam
memberi teguran
memberi bantuan ketika diperlukan
Kesan
memberikan kesan yang tidak langsung kepada pembesaran remaja dari sudut emosi dan akademik serta akhlak
persekitaran yang positif dan membangun merangsang pembangunan insaniah dalam diri remaja.
Kesimpulan
Kesimpulannnya penerapan nilai akhlak merupakan asas dalam membentuk sahsiah diri yang luhur. Perkembangan akhlak para pelajar haruslah berlandaskan agama Islam. Sokongan persekitaran merupakan komponen yang akan memberikan impak terbesar kepada para pelajar. Oleh itu, sokongan daripada pelbagai pihak adalah perkara yang paling penting untuk diterapkan. Seseorang akan berubah kearah kebaikan apabila menghayatinya dengan penuh keikhlasan.
4I 1A