Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DASAR-DASAR DALAM SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN - Coggle Diagram
DASAR-DASAR DALAM SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Dasar Pendidikan Prasekolah
Strategi
Menjalankan pembangunan modal insan melalui kaedah PdP yang kreatif supaya dapat menarik minat murid untuk turut menyertai
Pernyataan Dasar
Pendidkan yang ditawarkan kepada murid yang berumur dari 4-6 tahun
Tujuan : Murid dapat memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh dengan menguasai kemahiran dan memupuk nilai-nilai murni yang dipelajari sebagai persediaan awal sebelum memasuki ke peringkat fasa satu sekolah rendah.
Dasar Pendidikan Lepas Menengah
Institut Pendidikan Guru (IPG)
Penyataan Dasar
Memartabatkan profesion keguruan dengan memastikan bakal guru sekolah rendah ialah guru yang terbaik dan paling layak menyertai profesion perguruan
Strategi
Mengetatkan syarat kelayakan masuk mengikuti latihan perguruan.
Melaksanakan kajian semula dan meningkatkan kurikulum latihan perguruan secara berkesan ke peringkat yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Meningkatkan kualiti penyampaian latihan melalui peningkatan kualiti pensyarah.
Menetapkan standard yang lebih tinggi untuk kelulusan bagi latihan perguruan dan memasuki profesion perguruan.
Matrikulasi
Penyataan Dasar
Memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran
Menawarkan Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) bagi Jurusan Sains, Perakuanan dan Aliran Teknilal
Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) selama dya tahun bagi Jurusan Sains sahaja
Strategi
pengambilan pelajar lepasan SPM yang cemerlang dalam mata
pelajaran berorientasikan Sains, Teknologi dan Perakaunan
mengemas kini dan melaksanakan kurikulum, pentaksiran dan peperiksaan Program Matrikulasi KPM yang diiktiraf oleh IPT di dalam dan di luar negara mengikut standard Antarabangsa
menyediakan tenaga pengajar terlatih yang berkelayakan dan mempunyai kepakaran dalam mata pelajaran yang diajar di Program Matrikulasi KPM
menyediakan biasiswa kepada semua pelajar bagi membiayai yuran pengajian dan penginapan termasuk elaun wang saku kepada pelajar yang berkelayakan.
Tingkatan 6
Penyataan Dasar
Menyediakan peluang pendidikan prauniversiti yang terbaik serta berkualiti melalui sukatan pelajaran, spesifikasi ujian dan pentaksiran yang menepati piawaian yang ditetapkan
Sebagai persediaan melanjutkan pelajar ke institut pengajian tinggi sama ada di dalam mahupun di luar negara.
Strategi
Menambah baik pengurusan dan fungsi guru Tingkatan Enam bagi menjadikan proses PdP lebih menarik dan kondusif terhadap suasana pembelajaran
Memperkenalkan sistem pentaksiran baharu STPM
Menjenamakan semula Tingkatan 6 yang melibatkan lima fokus utama
Melonggarkan syarat pemakaian seragam
Memperkenalkan dan memupuk serta mengembangkan nilai kepimpinan yang tinggi dalam kalangan murid
Menambahbaik infrastruktur dan infostruktur bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran prauniversiti yang kondusif
Dasar Pendidikan Menengah Rendah & Menengah Atas
Penyataan Dasar Menengah Rendah
Pendidikan yang ditawarkan kepada murid yang berumur 13 hingga 15 tahun
Diberikan pendedahan mengenai pelbagai bidang ilmu dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
Penyataan Dasar Menengah Atas
Pendidikan yang ditawarkan bermula dari umur 16 tahun sehingga 17 tahun iaitu tingkatan 4 dan 5.
Setiap pelajar menengah atas akan menjurus kepada pelbagai aliran yang selari dengan minat, tahap pencapaian dan potensi mereka sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan yang tinggi atau alam pekerjaan
Penyataan Dasar
Penyediaan program pendidikan bagi murid berkeperluan khas yang sesuai dan relevan dengan kebolehan masing-masing agar dapat berdikari dan murid yang berpotensi diberi peluang untuk ditempatkan secara inklusif di dalam kelas arus perdana
Setiap murid di semua sekolah wajib menyertai kegiatan kokurikulum bermula dari tingkatan 1 termasuk peralihan hingga tingkatan 6
Strategi
Menekankan program pembangunan insan
Meningkatkan kemahiran akademik, asa industri, pertanian dan vokasional serta pengurusan kendiri murid
Memperkasakan kurikulum Pendidikan Teknik Vokasional (PTV)
Menyediakan lebih banyak peluang dalam bidang kemahahiran dan vokasional
Penyedian BBM yang mencukupi dan terkini
Merekod setiap penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dan seterusnya akan diberi penilaian
Menyediakan peluang yang sama kepada murid MBK yang berpotensi untuk cemerlang dalam kelas arus perdana
Dasar Pendidikan Rendah
Penyataan Dasar
Pendidikan yang ditawarkan kepada murid yang telah mencapai umur 7 tahun sehingga 12 tahun.
Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah
Mewajibkan penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah bermula tahun 3 sehingga tahun 6
Menawarkan program pendidikan bagi murid berkeperluan khas mengikut kebolehan yang sesuai terhadap murid-murid tersebut
Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas untuk turut ditempatkan secara inklusif dikelas arus perdanan yang akan dikawal oleh guru pendidikan khas juga
Strategi
Menyediakan bantuan persekolahan dengan pemantauan yang berterusan supaya tidak ada murid yang tercicir mendapat pendidikan wajib di peringkat sekolah rendah
Menyediakan kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul
Meningkatkan kemahiran murid dalam literasi dan numerasi (penghitungan) sebelum memasuki tahap kedua di peringkat sekolah rendah yang bermula dari tahun 4 sehingga tahun 6.
Penyediaan rekod setiap murid dari segi penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid di sekolah dan seterusnya diberi penilaian.
Adil dalam memberi peluang yang sama kepada murid berkeperluan khas yang berpotensi untuk cemerlang dalam kelas arus perdana
Penyediaan bahan bantu mengajar yang mencukupi dan sesuai mengikut peredaran zaman kepada setiap murid di sekolah
Dasar Pendidikan & Latihan Teknik dan Vokasional
Penyataan Dasar
Tujuan : Memastikan murid berminat dalam bidang pendidikan & latihan teknik dan vokasional (PLTV) terus berada dalam sistem persekolahan
PLTV - Memastikan murid mempunyai kompetensi yang tinggi dalam pekerjaan, berkelayakan, fleksibel, berfikiran kreatif dan inovatif, mahir dan terlatih serta mempunyai nilai murni
Strategi
Menyediakan kurikulum pendidikan vokasional yang dapat menghasilkan modal insan yang berkemahiran untuk bekerja serta bersedia meneruskan pendidikan dalam bidang kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi
Membangunkan institusi pendidikan vokasional yang dapat menghasilkan modal insan yang berkemahiran untuk bekerja serta bersedia melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
Mempergiat usaha kolaboratif dengan rakan strategik dalam industri bagi memperluas akses dan menjamin kualiti pendidikan vokasional serta memperluas akses dan menjamin kualiti pendidikan vokasional serta mempertingkatkan kebolehkerjaan lulusan pendidikan vokasional