Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENDEKATAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK-21) : PENDIDIKAN ISLAM - Coggle…
PENDEKATAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK-21) : PENDIDIKAN ISLAM
STANDARD ASAS PAK21
Komunikasi
Interaksi antara guru dan murid secara lisan mahupun bukan lisan
Kolaboratif
Kerjasama dan muafakat secara aktif dan menyeluruh yang membolehkan pertukaran idea antara murid dan guru
Nilai Murni dan Etika
Penerapan nilai murni dan etika ke arah pembetukan jati diri nasional mengikut acuan Malaysia
Pemikiran Kritis
Penerokaan pemikiran untuk menilai sesuatu secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan mengemukakan bukti yang munasabah
Kreativiti
Proses penjanaan idea yang menghasilkan inovasi bahan, aktiviti dan projek yang berkualiti
PENDEKATAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21
pendekatan secara induktif
memberi pendedahan kepada murid untuk menyatakan sesuatu yang spesifik kepada yang lebih umum
Contoh: Guru meminta untuk menyenaraikan ibadah sunat ketika berpuasa kemudian meminta untuk mengelaskan apa yang dilarang dan apa yang diharuskan
Kelebihan: Mengasah kemahiran berfikir, tidak membebankan dengan rumus-rumus, penyerapan maklumat secara aktif dan melatih kemahiran lisan murid.
pendekatan secara deduktif
pengajaran melalui teori teori secara umum, murid memberikan hurain daripada teori tersebut.
Contoh : Guru menerangkan tentang maksud\teori hukum haram, meminta pelajar memberikan perkara atau perbuatan yang buruk\berdosa\jahat
pendekatan secara tematik
penggunaan tema yang telah ditetapkan oleh guru setiap minggu pembelajaran
Contoh : Guru mengutarakan satu konsep tema yang mempunyai ruang lingkup yang luas dan besar, murid dipecahkan kepada tema-tema kecil berdasarkan tema utama
Kebaikan: Meningkatkan kecekapan taraf pemikiran, meningkatkan motivasi dan seluruh kegiatan lebih bermakna sehingga hasil pembelajaran dapat bertahan lebih lama.
Pedagogi Lama VS Pedagogi Abad ke-21
Pedagogi Lama : Dipimpin guru, Arahan langsung Pengetahuan , Kandungan, Kemahiran Asas, Teori , Kurikulum, Individu, Bilik Darjah, Pentaksiran sumatif , Belajar untuk sekolah.
Pedagogi PAK 21 : Berasaskan murid, Kolaboratif, Kemahiran, Proses, Pemikiran aras tinggi, Praktikal, Kemahiran Hidup, Berkumpulan, Komuniti, Pentakiran formatif dan Belajar untuk kehidupan.
Maksud : Proses pembelajaran yang berpusatkan kepada anak murid. Suatu perubahan yang terbaik bagi kehidupan pelajar