Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TEORI DAN BENTUK KETERAMPILAN BERBAHASA - Coggle Diagram
TEORI DAN BENTUK KETERAMPILAN BERBAHASA
TEORI
TEORI BIOLOGIS
TOKOH TEORI
•Chomsky (1957) menyatakan bahawa manusia telah dilahirkan dengan alat penguasaan bahasa atau Language Acquisition Devices (LAD) yang membantu manusia memperoleh dan menguasai bahasa.
Horntein & Light (1981), Fodor
(1966) juga berpendapat bahawa
sistem sintaksis bahasa pertama atau
ibunda memang wujud dalam minda
sejak dilahirkan kerana mereka telah
dilengkap oleh nahu sejagat yang
terdapat dalam alat pemerolehan
bahasa seperti LAD.
Karmiloff Smith (1979) pula menyatakan jika mental tidak terlibat dalam proses pemerolehan bahasa tidak mungkin kanak-kanak akan dapat membina rumus bahasa semasa mereka mengalami pemerolehan bahasa tersebut.
KONSEP
Chomsky dan rakan-rakan yang sealiran dengannya telah menumpukan banyak perhatian kepada unsur yang terpendam dalam manusia dan bukannya terhadap sesuatu lakuan yang dapat dilihat sahaja
beranggapan bahawa manusia sejak lahirnya sudah mempunyai kebolehan untuk memperolehi sistem perhubungan yang dipakai oleh manusia, iaitu bahasa.
Kanak-kanak yang terdedah kepada sesuatu bahasa itu mempunyai keupayaan yang semulajadi untuk merumus dan membentuk hukum nahu bahasa tersebut
TEORI MENTALISTIK
MENTALISTIK
Teori ini tergolong dalam keluarga Teori Kognitif yang bersifat mentalis namun cuba untuk menghubungkan realiti mental dengan lakuan bahasa yang betul atau sebenar.
Bahasa ialah pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses otak dan saraf setelah menerima bahan dalam bentuk rangsangan daripada pancaindera.
Aliran teori ini menghasilkan beberapa cabang seperti:
Teori Kod Kognitif
Teori Kognitif
Teori Interaksionalis
Teori Konstruktivisme
Teori Sibernetik
Menekankan pembelajaran bahasa sebagai aspek ingatan, pengolahan informasi, emosi dan aspekkejiwaan yang lain.
TOKOH TEORI
Jean Piaget
Bruner
Gagne
Ausubel
Kohler
Lakoff
Slobin
TEORI MENTALISTIK (PIAGET)
Kanak-kanak melalui peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza.
Kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitaran.
Piaget memperkenalkan empat konsep utama iaitu:
Sensori motor
Praoperasi
operasi konkrit
Operasi formal
4 KONSEP PIAGET
a) SKEMA
Potensi am ada pada diri manusia untuk melakukan sesuatu
dengan cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirka, nbayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti pergerakan menghisap dan
memandang. Oleh itu, bayi cenderung memegang benda-
benda yang tidak menyakitkan seperti jari ibu. Skema yang
ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindak balas dengan persekitarannya.
b) ASIMILASI
Proses penyesuaian antara objek yang baru diperoleh dengan skema yang sedia ada. Proses yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperoleh. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji oren. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang serta merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan baharu baginya berkenaan "sebiji oren".
c) AKOMODASI
Proses kognitif yang mengalami perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat menyesuaikan persekitaran baharu yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak Jean Piaget menggangap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.
d) ADAPTASI
Keadaan yang wujud keseimbangan antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejati untuk mencipta hubungan tentang apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.
4 TAHAP KOGNITIF
TAHAP
Tahap 1: Deria motor(0-2 Tahun)
Kanak-kanak melihat hubungan antara badan dengan persekitaran seperti melihat dan meniru.
Tahap 2: Praoperasi (2-7 Tahun)
Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa dan simbol untuk menggambarkan konsep misalnya air untuk diminum.
Tahap 3: Operasi Konkrit (7-12 Tahun)
Kanak-kanak memperoleh konsep transformasi dan boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa.
Tahap 4: Operasi Formal (12-21 Tahun)
Kanak-kanak berkebolehan berfikir secara abstrak dan menyelesaikan masalah kompleks.
RUMUSAN
Pengetahuan bukan latihan pancaindera tetapi pemikiran manusia
Adanya sifat sejagat yang berhubungan dengan kognitif
Peranan otak amat penting dalam pemprosesan bahasa
TEORI BEHAVIORISME
BENTUK KETERAMPILAN BERBAHASA
BENTUK PERBINCANGAN
BENTUK SYARAHAN AWAM
BENTUK MEMUJUK (TO PERSUASIVE)
Trenholm (1989) mengatakan pemujukan ialah satu proses yang berlaku apabila seseorang berucap mempengaruhi nilai, kepercayaan dan sikap pendengar
Smith (1982) mengaitkan pengertian pemujukan dengan bidang psikologi bahawa pemujukan digunakan sebagai simbol untuk mempengaruhi aspek dalaman dan kesedaran kognitif seseorang secara sukarela setelah menerima dengan baik mesej yang disampaikan.
Penyampaian bentuk memujuk bermaksud proses menggunakan komunikasi untuk mempengaruhi, membentuk, mengawal atau mengubah sikap orang lain dengan tujuan mendapatkan keputusan, reaksi, atau tindakan sebagaimana yang dirancangkan
Proses ini bersifat mempengaruhi dan mendesak pendengar atau pembaca untuk menerima atau mempercayai hujah pendapat atau idea sudut penutur
Dalam hal ini, pandangan, pemikiran, kepercayaan dan perlakuan penerima akan diubah
KEPENTINGAN
Usaha untuk menggerakan seseorang bagi mengembangkan potensi dan kemajuan dalam pelbagai bidang
Proses membimbing bagi melaksanakan sesuatu hasrat
Penerimaan individu lain terhadap mesej yang disampaikan secara berkesan
CIRI
Untuk mempengaruhi khalayak bagi menggubah persepsi, pandangan dan pemikiran
Menggerakkan khalayak untuk melakukan tindakan
BENTUK MENGHIBUR
BENTUK MENDIDIK (TO EDUCATE)
Tujuan penyampaian untuk memudahkan idea secara berkesan kepada orang lain.
Contoh: Guru yang ingin mendidik muridnya perlu menghuraikan dan menunjukkan sesuatu perkara yang baharu.
Pendidikan ini dilakukan melalui pelbagai bahan misalnya buku, rencana, petikan dan sebagainya.
Tunjuk cara melalui grafik mendidik seseorang dengan cara mudah seperti melalui Facebook yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan malaysia berkaitan Covid-19.
Kepentingan
Maklumat yang disampaikan dengan cepat dan berkesan
Menjadikan komunikasi dapat difahami
Mengimbangi jurang komunikasi