Ilmu mantik atau dikenali juga sebagai ilmu logik telah digunakan secara meluas sejak sekian lama. Dalam bahasa Inggeris, istilah logic diambil dari perkataan Greek, iaitu logos, antaranya membawa maksud sebab atau fikir (reason), asas rasional (rational ground), dasar (basic) (Muhammad Rashidi & Mohd Fauzi,1987: 9).