Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 3 : PEMIKIRAN LOGIK KUMPULAN 5, MUHAMMAD HAFIZI BIN MUHAMAD SANI …
BAB 3 : PEMIKIRAN LOGIK
KUMPULAN 5
Prinsip asas logik
Dapat mencari jawapan kepada sebarang masalah atau persoalan.
2.Ilmu logik adalah proses yg akhirnya membawa kepada penghasilan keputusan
3.Logik merupakan proses menyiasat, membangunkan dan mensistemkan prinsip dan kaedah yg digunakan untuk bezakan antara penaakulan yg betul dengan salah.
Prinsip identiti: Jika 1 pertanyaan benar maka ia adalah benar
Prinsip Pertengahan: satu pernyataan adalah benar / palsu
Prinsip kontradikasi/Percanggahan: Jika A benar, B tidak benar, maka 1 daripada kedua itu mesti benar.
Definisi logik
Pemikiran secara logik ialah cara seseorang melihat sesuatu dan daya usaha untuk mengenal pasti apa yang salah dan apa yang betul mengikut logiknya. Berfikiran logik ini juga suatu proses yang cuba mencari maklumat, ilmu, data dan fakta mengenai kebenaran sesuatu perkara.
Logik berasal dari perkataan Yunani iaitu "logos" yang bermaksud pengucapan, pernyataan, pemikiran dan pemikiran akal iaitu sebab.**
KESALAHAN BERFIKIR
:red_cross:
Falasi membawa maksud kesalahan dalam cara berfikir atau memahami mesej yang ingin disampaikan oleh orang lain.
Boleh juga dirujuk sebagai hujah yang lemah atau dikenali juga sebagai satu bentuk hujahan yang mengemukakan satu pendapat yang tidak disertakan atau disokong dengan alasan yang munasabah.
Disebut juga sebagai fallacy(inggeris) dan drogreden(belanda). Terdapat beberapa jenis falasi antaranya falasi kejahilan, falasi ad populum, falasi post hoc ergo propter hoc dan sebagainnya.
1) FALASI KEJAHILAN :
hujah ini dianggap betul hanya kerana pihak satu lagi tidak mampu membuktikan salah mungkin kejahilannya.
2) FALASI AD POPULUM :
tidak berdasarkan rasional atau fakta. ianya berlaku ketika kita mengikut arus perdana yang mampu menarik persetujuan daripada pelbagai pihak.
3) FALASI POST HOC ERGO PROPTER HOC :
andaian yang menyatakan sesuatu fenomena itu berlaku disebabkan kejadian pertama yang berlaku yang telah membawa kepada kejadian ke-2 dan seterusnya.
4) FALASI AD HOMINEM :
berkaitan dengan serangan kedudukan peribadi seseorang bagi memenuhi kepentingn pemikir itu sendiri.
5) FALASI KLISE:
melibatkan ayat ayat lumrah yang pernah kedengaran atau digunakan dalam kehidupan seharian kita sebelum ini
6) FALASI DOMINO:
Falasi jenis ini dilakukan melalui ramalan tanpa fakta atau bukti yang kukuh seperti menceritakan tentang satu peristiwa kepada peristiwa yang lain sehingga kepada kesimpulan diluar jangkaan.
7) FALASI HITAM PUTIH:
2 more items...
Kesalahan berfikir adalah pemikiran logik yang berdasarkan beberapa kaedah berfikir bagi mendapatkan hujah yang baik.
Terdapat kelemahan berfikir dalam beberapa situasi yang menyebabkan terhasilnya hujah yang lemah.
Turut dikenali sebagai FALASI
logik dan ilmu mantik
Ringkasnya, logik atau mantik merupakan suatu disiplin ilmu yang berfungsi untuk mengawal dan mengatur pemikiran manusia daripada tersalah atau terpesong sewaktu berfikir menerusi kaedah-kaedah yang tersusun dan bersistem
Ilmu mantiq atau dikenali juga sebagai ilmu logik telah digunakan secara meluas sejak sekian lama. Dalam bahasa Inggeris, istilah logic diambil dari perkataan Greek, iaitu logos, antaranya membawa maksud sebab atau fikir (reason), asas rasional (rational ground),dasar(basic
menurut bahasa Arab pula , perkataan mantiq bererti pertuturan atau percakapan.Manakala ungkapan mantik dalam bahasa Melayu difahami sebagai ilmu yang membahaskan sesuatu menggunakan akal
Fakulti akal manusia yang dapat mengenali alam ma'qulat معقولة (objek-objek) dan tanggapan secara kulli (umum/universal)dan juz'i (khusus/particular).
Manusia panggil sebagai al-hayawan al-natiq الحيوان الناطق (haiwan/hidupan yang bercakap).
Dalam bahasa Arab ianya disebut mantiq (المنطق) berasal dari perkataan nutq (نطق) bermaksud tutur atau cakap.
Dinamakan mantiq kerana ia merujuk kepada lafaz-lafaz atau percakapan yang membimbing fakulti rasional (akal) dalam peranannya ke arah mencari kesimpulan yang betul serta melindunginya dari kesalahan ketika berfikir.
Konsep Logik
3) Refutasi
Tindakan atau pernyataan untuk membuktikan bahawa seseorang individu , atau sesuatu pendapat atau pandangan salah atau tidak tepat atau tindakan menyangkal pandangan seseorang
Contoh : Kejayaan seseorang itu bukanlah kerana belajar di pusat tuisyen sebaliknya usaha mereka untuk berjaya,
2) Premis
Digunakan dalam ilmu logik sebagai satu titik tolak dalam sebarang hujah.
İ) Pernyataan umum.
Bersifat terbuka dengan kesimpulan yang mungkin tidak tepat
İi) Pernyataan khusus
merujuk kepada usaha memberi fakta untuk menjelaskan apa yang diperkatakan.
1) Andaian
Dirujuk sebagai anggapan/sangkaan - kputusan atau pendapat dianggap sebagai benar yg mngarah otak berfikir ke suatu arah
Contoh:
1) Langit gelap, mungkin hujan akan turun
2) Dia memandu kereta besar, mungkin dia orang kaya
4) Silogisme
merupakan alat berfikir yang telah dicipta oleh Socrates, Plato, Aristotle sebagai kaedah untuk berfikir dan premis terbahagi kepada 2 kumpulan
1) Premis besar
Merangkumi semua aspek dalam sesuatu kumpulan bahagian.
Contoh : Mahasiswa di universiti itu pandai-pandai.
2) Premis kecil
Pengenalan kepada sesuatu benda atau idea daripada kategori premis besar
Contoh : Ashraf merupakan mahasiswa universiti itu.
Kesimpulan : Keputusan diambil daripada pernyataan umum dalam premis besar dan pernyataan khusus dalam premis kecil.
Contoh : Ashraf mahasiswa yang pandai
Membawa kepada keputusan melalui penaakulan yang berdasarkan bukti yang jelas dan konkrit
Prinsip-prinsip logik
1) Andaian
2) Primis
3) Refutasi
4) Silogisme
Kepentingan Ilmu Logik
Memelihara
seseorang yang tahu tentang kesalahan berfikir serta mengelak lebih awal daripada membuat kesilapan logik dalam penaakulan, seharusnya boleh berfikir dengan lebih jelas dan betul, lebih waras dan pasti tentang apa-apa perkara.
(Irving)
Menajamkan
Pemikiran seseorang akan semakin tajam, berkembang melalui latihan-latihan berfikir, mengungkap permasalahan secara runtut dan ilmiah, membedakan alur pikir yang benar dan alur pikir yang keliru. (Ainur,2018)
Membezakan
Ini bagi membimbing seseorang itu untuk membezakan alur pemikiran yang benar dan alur pemikiran yang keliru.
Sehingga dapat menghasilkan kesimpulan yang benar dan terhindar dari menarik kesimpulan yang keliru
Melatih, Mendidik dan Mengembang
Ilmu logik melatih. mendidik dan mengengembangkan maklumat dan ilmu.
Semakin intansif aktiviti berfikir, Maka semakin berkembanglah pengetahuan seseorang itu.
SEJARAH DAN TOKOH-TOKOH PEMIKIRAN LOGIK
sejarah
sejarah
melahirkan beberapa tokoh-tokoh pemikir ilmu logik (S.F.Barker ,1989:2)
ilmu logik dikatakan bermula daripada Yunani.
Yunani telah diiktiraf sebagai falsafah pertama kerana bersifat tersusun dan sistematik.
tokoh-tokoh pemikiran ilmu logik
1)Socrates
-beliau menganggap ilmu logik sebagai sains akur dengan ketinggian serta kuasa pendaliannya.
-beliau juga mengalurkan proses logik sebagai budi bicara iaitu "common sense"
-menekankan tanggungjawab moral dan proses analisis dalam semua hujahnya (Hamidah 1991)
--beliau seorang ahli falsafah Yunani yang hidup antara 469 dan 399SM
-dikenali untuk karyanya dengan etika
-beliau membantu mengembangkan banyak idea -idea tentang logik dan nilai moral.
2)Plato
-beliau mengetengahkan method sintetik untuk memperjelaskan ilmu logik
-menurutnya untuk mendekati ilmu logik sebagai sebahagian daripada bidang sains,seseorang perlu membebaskan diri daripada kecenderungan dan prasangkan yang diterbitkan oleh akal budi
-beliau juga berpendapat bahawa ,kuasa deria bukanlah satu-satunya kaedah untuk mendata kebenaran .baginya logikdan teonologi saling berkait rapat serta menganggapia sebagai sumber permulaan ,pertengahan dan pengakhiran segala benda (Hamidah 1991,3-4)
3)Aristotle
-merupakan murid kepada plato
-Aristotle juga seperti p;ato yang cuba mengembangkn falsafah pemikirannya melalui pelbagai modifikasi bagi meluaskan dimensi keilmuannya
-Pemikiran Aristotle tentang logik terkumpul dalam sebuah buku dengan judul Organon
-iaitu buku ynag membincangkan tentang cara untuk mencapai keyakinan melalui pemikiran silogistik (Muhsin,2014,66)
-logik Aristotle merupakan asa utama dalam pemikiran logik yang masih digunapakai sehingga ke hari ini.
-kehebatan Aristotle menyusun ilmu logik ini telah diabadikan dalam sebuah karya Kelly Roscoe dan Mick Islle yang berjudul The Greatest Greek Philosophers ,Aristotle The Father of Logic(2016).
PEMBAHAGIAN LOGIK
1) LOGIK DEDUKTIF
Penghujahan atau pendalilan deduktif merujuk kepada pengaplikasian kaedah umum ke atas masalah khusus bagi menjelaskan hukum masalah khusus tersebut.
Hujahan benar:
Premis 1: Semua manusia bernafas menggunakan oksigen.
Premis 2: Ali ialah seorang manusia.
Kesimpulan: Oleh itu, Ali bernafas menggunakan oksigen.
2) LOGIK INDUKTIF
kKaedah induktif eterbalikan kepada kaedah deduktif. Ia adalah penghujahan daripada kes-kes khusus kepada kesimpulan atau rumusan umum.
Contohnya: Gagak berwarna hitam maka semua gagak berwarna hitam.
3) LOGIK ABDUKTIF
Logik abduktif dikenali juga sebagai kaedah berfikir secara ke belakang (thinking backwards)
Contohnya;
Jika anda menjumpai sandwich yang separuh dimakan di rumah anda, anda mungkin menggunakan kebarangkalian alasan bahawa anak lelaki remaja anda membuat sandwich tersebut, namun, menyedari dia terlambat untuk pergi ke tempat kerja, dia meninggalkannya sebelum dia dapat menghabiskannya
4) LOGIK HEURISTIK
heuristik juga ditakrifkan sebagai rules of thumb, gerak hati, pertimbangan, ilham, petua yang terbina daripada pengalaman
Contohnya: Sebelum anda keluar untuk pergi kerja kuliah, anda dengan sendiri mencapai beg, kunci kereta, keluar dari rumah dengan terus mengunci pintu serta berjalan terus ke kereta tanpa diberitahu atau diatur oleh sesiapa
MUHAMMAD HAFIZI BIN MUHAMAD SANI
1221260
.
Aulia Syuhada Binti Abdul Halid (1221230)
NURZANAH BINTI BATTARI (1221231)
NUR DIYANA BINTI MUHAMAD THAHIR (1221235)- NUR ALIA SOFEA BINTI MOHD IZHAM (1221240)
MUHAMMAD ZARIF ZIDANIE BIN ZAILI 1221261
WAN NURNAJWA BINTI WAN SUHAZAN
(1221222)
NURIN HIDAYAH BT ZULKERNAIN
(1221220)
AHMAD NAZIRUL AL-AZIM BIN AZMAN
[1221232]