Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Apakah isu komunikasi tidak berkesan berkesan dan cadangan mengatasinya? …
Apakah isu komunikasi tidak berkesan berkesan dan cadangan mengatasinya?
Kekurangan pengalaman guru dalam aspek komunikasi dalam bilik darjah mengakibatkan kawalan pelajar kurang, komunikasi tidak berkesan
Kesan
Akibatnya, murid akan berasa keliru tentang penerangan dan arahan guru, yang membawa kepada pengurangan minat ,motivasi dan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini juga boleh menyebabkan salah faham dan konflik antara guru dan pelajar, Inilah kesan berlakunya komunikasi tidak berkesan
Cadangan mengatasi
Guru perlu menerima latihan atau mendapatkan bimbingan samada daripada guru berpengalaman atau rakan sekerja atau tenaga pengajar profesional untuk meningkatkan kemahiran komunikasi mereka dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih positif dan produktif untuk murid mereka.
Guru boleh mempelajari strategi komunikasi yang berkesan seperti mendengar secara aktif, bahasa dan isyarat bukan lisan yang jelas dan mudah difahami. Kemahiran ini boleh membantu guru mewujudkan hubungan yang positif dengan murid mereka, meningkatkan penglibatan murid, dan akhirnya mewujudkan persekitaran pembelajaran dengan komunikasi berkesan.
Guru boleh mendapatkan maklum balas daripada murid dan rakan sekerja juga boleh menjadi rujukan dan penanda aras dalam meningkatkan kemahiran komunikasi dan mewujudkan persekitaran bilik darjah yang lebih kolaboratif.
Halangan fizikal
Kesan
Gangguan seperti bunyi, pencahayaan yang kurang baik atau persekitaran yang terlalu panas atau sejuk juga boleh menjejaskan semangat dan tumpuan murid yang seterusnya mengganggu komunikasi yang berkesan.
Kegagalan pihak pengurusan untuk memperkenalkan teknologi baharu dalam berkomunikasi juga boleh menyebabkan masalah komunikasi yang berkesan.
Cadangan mengatasi
Bagi sekolah yang mengalami kekurangan kemudahan teknologi, guru boleh menyediakan bahan maujud 3D yang dapat menggambarkan kandungan pembelajaran secara menyeluruh.
Guru perlulah sentiasa meminta para murid untuk berada dalam keadaan senyap semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Guru boleh membuka tingkap semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk memungkinkan pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi.
frasa yang tidak jelas
Kesan
murid tidak dapat memahami arahan yang disuruh dan mengakibatkan kekeliruan terhadap mereka
Cadangan mengatasi
seorang guru perlulah menyampaikan maklumat dengan menggunakan bahasa yang jelas dan tepat tanpa sebarang ayat yang panjang dan berbelit-belit
Misalnya, guru perlu mengelakkan perkataan seperti 'mungkin', 'boleh jadi' atau 'biasanya'.
Oleh itu guru perlu menggunakan ungkapan seperti 'tentu sekali' dan seumpamanya agar murid tidak salah faham dan keliru
Teknik mengajar yang kurang berkesan
Kesan
Teknik mengajar yang konventional akan menyebabkan pelajar mudah bosan atau kurang menumpukanperhatian.
Pelajar juga akan hilang minat dalam satu pengajaran dan pembelajaran yang konventional apabila interaksi kurang antara penerima maklumat dan pemberi maklumat.
kaedah pengajaran secara “autokratik” dimana pelajar tidak dibenarkan untuk menyuarakan pendapat peribadi atausumbangan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Cadangan mengatasi
Mempelbagaikan kaedah pengajaran
Melibatkan pelajar dalam perbincangan dan sesi pengajaran dan pembelajaran
Menggalakkan kerja kumpulan atau sesi pengajaran dan pembelajaran yang koperatif
Sentiasa meminta dan membaik pulih pendapat pelajar