Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kepentingan guru menguasai kemahiran komunikasi - Coggle Diagram
Kepentingan
guru menguasai kemahiran komunikasi
Pengajar
Guru perlu mahir dalam menyampai dan menjelaskan fakta sejarah semasa pengajaran dan pembelajaran kepada murid-muridnya.
Pencapaian hasil pembelajaran yang telah ditetapkan adalah bergantung kepada kebolehan guru menyampaikan dan menyebarkan ilmu kepada muridnya. Ini adalah disebab komunikasi antara guru dengan murid merupakan antara faktor terpenting yang mempengaruhi proses pembelajaran.
Guru harus sentiasa peka akan persekitaran dan latar belakang murid dan menentukan bentuk dan strategi komunikasinya ketika bersama-sama murid
Woolfolk(2001:55) menyatakan, guru mampu mengekalkan minat pembelajaran murid disamping dapat mengembangkan keupayaan murid dalam menguasai sesuatu ilmu dan kemahiran yang dipelajari sekiranya guru sentiasa sedar persekitaran pembelajaran murid
Pendidik
Peranan mendidik penting dalam membentuk manusia menjadi insan yang sempurna seperti yang dituntut oleh agama dan selari dengan kehendak keluarga, masyarakat dan negara.
Sebagai pendidik guru mesti menjadi contoh terbaik dan yang paling rapatdengan murid. Cara guru berkomunikasi mempengaruhi murid-muridnya. Setiap tindakan dan perlakuan guru diperhatikan oleh murid dan cara guru menjalinkan hubungan dengan pihak lain turut diperhatikan dan hal ini menjadi ikutan murid.
Cara guru berkomunikasi dengan murid dapat mempengauhi murid menerima peraturan dan bersemangat dalam pelajaran mereka. Hal tersebut menyebabkan kita mendapati bahawa terdapat guru yang mampu mengawal bilik2darjah dan masalah disiplin murid boleh diatasi berbanding sesetengah guru yang hilang kawalan dan murid sentiasa mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
Agen Perubahan
guru perlu berjaya mempengaruhimurid agar berubah dari bersikap malas kepada rajin, lemah kepada cemerlang dan tiadabermotivasi keapada bermotivasi.
Sebagai agen perubahan, kebolehan guru dalammenerangkan kepentingan sesuatu perubahan, contohnya berubah daripada malas kepadarajin menyebabkan ramai kalangan murid miskin di luar bandar berjaya mengubah nasibmereka apabila guru berjaya menasihati, memberikan semangat dan perhatian,serta tunjuk ajardengan ikhlas.
sebagai agen perubahan, guru harus pandai menyuntik semangat untuk berubah, mencari strategi komunikasi dalam mempengaruhi pemikiran murid agar menerima perubahan yang disarankan oleh guru. Ia bukan terbatas kepada anak murid sahaja malah kepada ibu bapa yang di pedalaman di mana mereka bertugas.
Agen hubungan sosial
Guru ialah penggerak hubungan sosial terutama dalam kalangan murid. Kemahiran komunikasiseseorang guru membolehkannya mengendalikan aktiviti yang menjurus ke arah pemupukan kesedaran dan tanggugjawab sosial dengan nilai-nilai negara Malaysia yang melayan setiapperbezaan dan menjadikan sebagai satu nilai yang dikongsi bersama.
oodfellow dan Lamy(1999) menekankan intersaksi kontinjen dalam model hubungan sosialyang memberikan peluang sama rata kepada anggotanya untuk terlibat, untuk berkomunikasidan memberikan peluang kepada setiap anggotanya mengambil bahagian dan memainkanperanan yang dimainkan oleh guru begitu besar
Pemimpin
penting bagi seorang guru menguasai kemahiran berkomunikasidalam memastikan kepimpinannya diterima oleh ibu bapa dan masyarakat.
Menurut Jan Zieger(2007), hubungan guru dengan ibu bapa banyak menyelesaikan masalah murid di sekolah. Kemahiran komunikasi guru sewaktu berbincang dengan guru mempengaruhi pandangan ibu bapa terhadap peranan dan kepimpinan guru.
Seorang guru yang bijak berkomunikasi akan dihormati oleh ibu bapa dan hal ini mempengaruhi perkembangan murid dalam pembinaan sahsiah dan kemajuan akademik. Begitu juga apabila guru dapatmempengaruhi ibu bapa agar turut terlibat dengan aktiviti sekolah, kemahiran komunikasi gurumenentukan sejauh mana aktiviti yang dirancang menerima sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa.
Moderator Guru
Guru ialah moderator dalam menyampai sesuatu falsafah dan pemikiran berhubung kehidupan yang benar dan betul.
Guru perlu dapat membezakanbentuk komunikasinya terhadap murid mengikut tahap mereka. Ini adalah untuk mengelakimplikasi yang negatif pada perkembangan pembelajaran dan sosioemosi murid.
Guru juga menjadi moderator kepada ibu bapa dan komuniti.Keupayaan guru berkomunikasi dengan ibu bapa akan membina kefahaman yang baik dalamkalangan ibu bapa berhubung sisitem pendidikan negara.
Keupayaan guru memberikan penerangan banyak bergantung kepada kemahiran guru dalam berkomunikasi dengan pihak ibu bapa dan komuniti.