Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
7.3 Belanjawan Tunai - Coggle Diagram
7.3 Belanjawan Tunai
Kepentingan
- Merancang pembelian aset bukan semasa dan merancang pelaburan jika terdapat lebihan tunai.
- Membolehkan tindakan awal diambil untuk menghadapi kekurangan tunai.
- Menganggarkan penerimaan tunai agar strategi jualan dan polisi pemberian kredit yang tepat dapat dilaksanakan.
- Membolehkan pihak bank mendapat panduan untuk mempertimbangkan permohonan pinjaman.
- Merancang dan mengawal pembayaran dan penerimaan tunai.
- Menunjukkan jangkaan punca penerimaan dan jenis pembayaran tunai.
- Menentukan keupayaan tunai bagi menjalankan operasi perniagaan akan datang.
Penerimaan
-
Sekiranya amaun penerimaan lebih besar daripada pembayaran, perniagaan tersebut mempunyai aliran tunai yang baik.
Penerimaan tunai merupakan anggaran semua penerimaan yang melibatkan wang tunai atau cek oleh perniagaan dalam suatu tempoh tertentu.
Contoh penerimaan tunai ialah modal yang dibawa masuk, jualan tunai, jualan tunai abs, kutipan hutang dan sebagainya.
Pembayaran
Pembayaran yang dilakukan adalah untuk menampung aktiviti sesuatu perniagaan dan memastikan perniagaan berjalan dengan lancar.
Contoh pembayaran ialah belian tunai, bayaran kepada pembekal, belanja operasi, ansuran pinjaman, pembelian abs dan sebagainya.
Pembayaran merupakan anggaran semua pembayaran yang melibatkan wang tunai atau cek oleh perniagaan dalam suatu tempoh tertentu.
-
Definisi
Merupakan suatu penyata yang merekodkan anggaran penerimaan dan pembayaran tunai perniagaan secara sistematik bagi suatu tempoh yang tertentu seperti bulanan, suku tahun, setengah tahun atau setahun.
-
-
Kurangan
-
Sekiranya Belanjawan Tunai mempunyai nilai kurangan maka peniaga perlu mencari alternatif untuk menampung kurangan tersebut.
-
-