Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
5.2 PEMETAKAN PASARAN - Coggle Diagram
5.2
PEMETAKAN PASARAN
Maksud
Proses membahagikan pasaran yang besar kepada beberapa pasaran kecil berasaskan kepada ciri-ciri tertentu pengguna yang sama bagi memudahkan strategi pemasaran dilaksanakan melalui tawaran barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh perniagaan.
Asas pemetakan
Pemetakan berdasarkan psikografi
(Personaliti, gaya hidup)
Produk yang dipasarkan mengikut gaya hidup, iaitu pengguna yang mementingkan penampilan diri seperti alat komunikasi, hiasan rumah, pakaian dan kereta.
Pemetakan mengikut kelas sosial adalah seperti jualan barang mewah tertumpu kepada golongan atasan sahaja.
Pengguna biasanya akan membeli produk yang dapat menggambarkan personaliti merek seperti minyak wangi, kosmetik, insurans dan jam tangan.
Melbatkan personaliti, gaya hidup, cita rasa dan kelas sosial pengguna.
Pemetakan berdasarkan gelagat
(Tindak balas terhadap sesuatu produk)
Tindak balas pengguna terhadap penggunaan sesuatu produk seperti tabiat pembelian, sikap, pengetahuan, kegemaran, kuantiti produk yang dibeli pada masa tertentu, kekerapan penggunaan dan pengulangan penggunaan sesuatu produk (kesetiaan terhadap jenama).
Contohnya, potongan harga atau pemberian diskaun mungkin menarik pengguna yang mementingkan barang berkualiti.
Pemetakan berdasarkan demografi
(Umur, jantina)
Jantina berlainan lazimnya mempunyai keperluan yang berbeza.
Pemetakkan berdasarkan demografi banyak digunakan oleh pengeluar untuk memetakkan pasaran pengguna kerana ia mudah diukur berbanding pemboleh ubah lain.
Keperluan dan kehendak pengguna dikaitkan dengan faktor jantina, iaitu perempuan dan lelaki.
Contohnya, jantina adalah faktor pemetakkan produk pakaian.
Melibatkan pembahagian/pemetakan kepada segmen kecil berdasarkan faktor umur, jantina, saiz keluarga, kitaran hiduo keluarga, latar belakang pendidikan, taraf perkawinan, pekerjaan, pendapatan, agama dan bangsa.
Pemetakan berdasarkan faedah
(Faedah yang ditawarkan dan masalah yang
boleh diselesaikan oleh produk)
Memberi penekanan kepada faedh yang boleh pengguna menikmati apabila mengguna sesuatu produk.
Contohya, syampu rambut Pantene adalah penyelesaian kepada masalah rambut gugur.
Pemetakan berdasarkan
geograf (Lokasi)
Pengeluar harus mereka bentuk produk dan menyesuaikan harga, saluran agihan serta pengiklanan bagi memenuhi keperluan pengguna yang tinggal di kawasan geografi yang berlainan.
Pengguna yang berada di kawasan geografi yang berlainan mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza.
Contohnya kenderaan pacuan empat roda sesuai dijual di kawasan yang berbukit bukau.
Melibatkan pembahagian pasaran mengikut lokasi seperti kawasan perumahan, bandar, daerah, negeri, negara, faktor muka bumi, cuaca iklim dan tempat.