Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bimbingan dan Pengurusan Tingkah Laku Pembelajaran - Coggle Diagram
Bimbingan dan Pengurusan Tingkah Laku Pembelajaran
Jenis-jenis tingkah laku bermasalah
a) Hiperaktif
Hiperaktif adalah tingkah laku yang menunjukkan tingkah laku kurang tumpuan iaitu tidak selari dengan tahap perkembangan mereka. Kanak-kanak hiperaktif juga mudah lupa dengan aktiviti harian mereka dan lalai dalam membuat tugasan. Maka, mereka sukar untuk mengikut arahan dan gagal menyudahkan kerja sekolah.
b) Agresif
Tingkah laku bermasalah jenis agresif dapat dikenal pasti apabila terdapat beberapa perubahan pada individu. Antaranya seperti tidak dapat tidur malam dan mimpi ngeri, perasaan takut yang amat sangat dan tingkah laku agresif. Selain itu, kanak-kanak ini juga akan cepat naik marah, tidak sabar menunggu giliran dan tidak menerima teguran atau komen orang lain. Kanak-kanak ini juga sering melawan dan menganggap dirinya adalah yang terbaik.
c) Separation Anxiety
Tingkah laku ini juga dikenali sebagai kebimbangan. Tingkah laku ini dapat ditunjukkan melalui perasaan kurang senang atau takut akibat andaian bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Perkara ini terjadi akibat daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang pernah dialami oleh seseorang.
d) Overdependency
Tingkah laku overdependency adalah tingkah laku yang sering bergantung kepada orang lain. Kanak-kanak seperti ini tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri kerana memilik pendirian yang kurang tegas dan tiada tujuan. Perkara ini terjadi kerana kanak-kanak mendapat perlindungan yang terlalu melampau dan sering kali dimanjakan. Ini menyebabkan kanak-kanak itu menjadi kurang yakin. Mereka akan sering bimbang dan tertekan jika tiada pertolongan diberikan.
e) Withdrawal
Withdrawal atau pengasingan diri adalah tingkah laku yang suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku yang ditunjukkan ini dijadikan sebab untuk membela diri supaya dapat elakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.
Halangan dalam menguruskan tingkah laku bermasalah
Personaliti pelajar - Agresif cepat mengamuk dan sengaja lakukan tingkah laku negatif
Masalah perkembangan murid - guru perlu tahu perkembangan dan latar belakang murid (fizikal, emosi, rohani, kognitif & etc
Komunikasi murid & guru - murid sukar untuk berinteraksi dengan guru
Faktor bilik darjah dan guru - kelas tidak kondusif
Kesihatan Pelajar - emosi terganggu
Punca tingkah laku bermasalah
Punca seterusnya adalah persekitaran sekolah seperti kurikulum terlalu padat dan berfokus pada peperiksaan. Murid akan rasa tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, tidak menarik perhatian dan tidka mempunyai objektif yang jelas.
Seterusnya keadaan fizikal sekoalah yang padat, panas dan bising menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif
enderaan Kanak-Kanak iaitu penderaan fizikal, mental dan emosi sering menjadi topik yang sering dilaporkan oleh media massa. Perkara ini berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagal memberikan kasih sayang yang sepatutnya di samping penjagaan yang berterusan. Mereka sering kali mengancam, mengutuk ataupun meyakiti kanak-kanak dengan pelbagai cara. Keadaan ini menyebabkan terjadinya penderaan yang mudah dilihat iaitu kecederaan fizikal dan gangguan dari segi mental dan emosi yang sukar untuk dilihat oleh orang lain.
Tindakan guru dalam menguruskan tingkahlaku bermasalah
Guru juga boleh menggunakan hukuman yang diketahui oleh murid dan relevan seperti ketuk-ketampi. Di samping itu, jika murid masih melakukan tingkah laku bermasalah itu, guru boleh menukar tempat dan berjumpa dengannya selepas pengajaran
Guru juga boleh memberitahu tentang perlakuan yang diterima atau tidak.
Eksperisi wajah atau pandangan guru yang menyenangkan, menarik, marah, kecewa atau benci turut tergolong dalam teknik pertama ini