Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perkembangan Sastera Tradisional Melalui Hubungan Alam Melayu dengan…
Perkembangan Sastera Tradisional Melalui Hubungan Alam Melayu dengan Kebudayaan India
Kerajaan Kediri
Bharatayuddha
b. Ceritanya berkisar tentang perundingan terakhir dan pertempuran yang dahsyat antara para Pandawa loma bersaudara (Yuddhishtira, Bhima, Arjuna, Nakula, dan Sadewa) dengan para Kaurawa (100 sepupunya) yang merebut kerajaan Hastinaputra.
c. Saduran itu dibuat dengan beberapa perbezaan kecil yang disesuaikan untuk keperluan lokal.
a. Ditulis oleh Mpu Panuluh – saduran yang dipersingkat daripada Mahabharata; juga merupakan mitos berulang tentang pertempuran dan perkahwinan yang maha suci daripada nenek moyang.
Arjunawiwaha
b. Berkisar tentang pertapaan Sang Arjuna, kemenagannya mengalahkan Raja Raksasa Niwatakawaca yang mahu memusnahkan keinderaan, dan kemudian keberangkatannya ke keinderaan serta pelbagai kenikmatan yang dirasainya bersama-sama tujuh bidadari sebagai balasan kemenangan.
c. Perbuatan Arjuna mengiaskan riwayat hidup Maharaja Airlangga (1019-1042) yang memulihkan kerajaan Dharmawangsa dan disamakan dengan Arjuna yang dianggap penjelmaan Batara Wisnu – mitos berulang.
a. Ditulis oleh Mpu Kanwa sebelum 1035 M – karangan ini bertitik tolak daripada Wanaparwa, buku ketiga daripada Mahabharata yang dikembang menjadi 36 babak.
Kerajaan Majapahit
Pada zaman Majapahit, bidang seni budaya berkembang pesat khususnya kesusasteraan. Karya sastera yang dihasilkan pada awal Majapahit adalah :
Kitab Negaraketergama
Naskah dari kitab ini terdiri daripada 98 pupuh (puisi & syair)
Salah satu kitab peninggalan kerajaan majapahit yang terkenal dan bermutu tinggi
Kitab Sutasoma
Kitab tersebut berisi riwayat sutasoma - seorang anak raja yang menjadi pendeta Buddha
Kitab Arjunawijaya
Kitab tersebut berisi tentang riwayat raja saksa yang berjaya ditundukkan raja Arjunasasrabahu
Corak pemerintahan masyarakat majapahit dibezakan oleh lapisan masyarakat yang perbezaannya lebih statik.
Walaupun majapahit mempuyai 4 kasta seperti di India, yang dikenali sebagai catur warna - tetapi ia hanya dalam teori dalam Kesusateraan istana
Selain seni sastera , seni bina pun juga berkembang pesat. Pelbagai candi dibina dengan ciri khas jawa timur iaitu diperbuat daripada batu bata
Bahasa & Tulisan yang digunakan
Bahasa yang digunakan adalah bahasa jawa kuno
Tulisan yang digunakan adalah tulisan kawi
selepas tersebarnya agama islam, kerajaan ini mula menggunakan huruf- huruf arab dalam sistem tulisan( tulisan pegon)
Kerajaan Sriwijaya
Abad ke-7 Masihi (Melayu Kuno (686-689 M)
Prasasti
Tulisan pada batu, tembaga dan lain-lain. (doa, mantera, peringatan, penghormatan atau amaran terhadap rakyat jelata agar setia kepada pemerintahnya)
1) Prasasti Talang Tuwo (daerah Palembang)
Zaman Maharaja Jayanasa yang ditulis sempena pembukaan ladang.
Isinya berkisar tentang doa yang ditujukan kepada Sang Buddha
1) Rakyatnya sejahtera
2) Rajanya pula akan terus dirahmati dan diberkati sehingga dapat terus dapat beramal selama beberapa kelahiran untuk mencapai tahap Bodisatwa.
Terbentuk daripada kegiatan budaya yang intensif sejak beratus-ratus tahun
Merupakan asimilasi daripada kebudayaan India kuno yang telah mencapai kegemilangannya lebih awal daripada kerajaan lain di Timur.
Asimilasi: suatu proses yang melibatkan penapisan, peniruan, penggubahan, dan akhirnya peresapan struktural daripada unsur kebudayaan asing.
Pengaruh India ini sampai melalui 2 cara:
(1) kegiatan penaklukan/penjajahan seperti yang dilakukan oleh Raja Chola pada abad ke-11.
(2) kegiatan perdagangan/kegiatan mubaligh yang mahu menyebarkan agama Hindu-Buddha.
Faktor yang membolehkan pengaruh agama Hindu-Buddha ini mudah diterima oleh masyarakat tempatan:
Kematangan bangsa yang menerimanya – bangsa yang tinggal di Nusantara Barat ini telah mencapai tahap kematangan atau kebudayaan yang tinggi disebabkan hal ini mereka mampu memilih dan menyaring unsur tertentu yang sesuai untuk dimasukkan dalam kebudayaan mereka.
Bahasa dan sistem tulisan yang digunakan
Sanskrit
1) Beberapa puisi doa dalam bahasa Sanskrit digunakan dari abad ke-4 hingga ke-5 Masihi ditemui daripada galian arkeologi di negeri Kedah
2) Serpihan batu tentang pertempuran Maharaja Sriwijaya dengan musuhnya dari abad ke-7
3) Terdapat buku-buku di Sriwijaya contohnya Buddhacarita, Yogacaryabhumisastra.
Kunlun
Menurut Ji Ying, pendita agama Buddha, banyak sami Cina yang tinggal sementara di Sriwijaya sebelum meneruskan perjalanan belajar bahasa Sanskrit di India telah belajar bahasa Kunlun kerana bahasa ini digunakan dalam khutbah agama Buddha dan juga mentafsir teks dalam bahasa Sanskrit yang sukar difahami.
Bahasa Kunlun itu dipercayai merupakan bahasa Melayu kuno berbentuk lisan.
-Tulisan Melayu kuno pula muncul setelah penggunaan bahasa Kunlun itu mantap dan mengambil tempat dalam pendokumentasian prasasti-prasasti seperti yang disebutkan sebelum ini.
Fungsi Bahasa dan Sistem Tulisan yang Digunakan
Menjadi bahasa pergaulan antarabansa pada zaman pertengahan.
Bertindak sebagai perantara yang menyalurkan kebudayaan India, terutama Buddhisme di Sriwijaya ke Jawa Barat dan Jawa Tengah – menurut D.V Deopik dam Kullanda (1981) pada tahap pertama, iaitu abad ke-8 hingga ke-9 Masihi, prasasti di Jawa Barat dan Jawa Tengah terhad kepada prasasti Sanskrit dan Melayu kuno sahaja.
Pengaruh bahasa dan kebudayaan Sriwijaya sangat kuat ke atas bangsa Jawa kuno (Jawa Barat dan Tengah) sehingga ratunya turut menganut agama Buddha Mahayana dan menyebut dirinya maharaja.
Kepentingan Prasasti Sriwijaya
Merupakan monumen pertama daripada kesusasteraan Melayu Nusantara; merupakan percubaan pertama untuk mengaksarankan salah satu bahasa Nusantara sehingga bahasa itu dapat disebut bahasa tulisan.
Prasasti Sriwijaya meletakkan batu pertama daripada tradisi tulisan di seluruh Sumatera sebelum munculnya bentuk tulisan yang lain seperti Adityawarman di Sumatera Barat pada abad ke-11 dan yang paling utama tradisi tulisan Melayu kuno pada abad ke-8 itu menjalar (berkembang) ke Pulau Jawa sehingga menjadi salah satu unsur tradisi agung setempat pada zaman awal.
Kerajaan Mataram
Perkembangan baharu dalam bentuk kesusasteraan yang wujud pada zaman ini, iaitu:
Puisi Jawa Kuno berbentuk
Kakawin
Bertarikh abad ke-9 Masihi
Kakawin
Terbentuk hasil daripada usaha golongan pendeta Jawa yang menyesuaikan bahasa Jawa lisan dengan tradisi tulisan bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu kuno
Puisi panjang yang mengandungi ratusan rangkap
Isi Kakawin yang digubah sebagai versi tempatan itu memaparkan pengembaraan dan perlakuan gilang-gemilang nenek moyang, terutama sekali nenek moyang ratu mereka
Plotnya terhad kepada pengembalian tunangan (atau isteri) daripada seorang raja (atau anak raja) yang hilang atau direbut orang, iaitu suatu plot yang biasa digunakan dalam mitos atau epik Nusantara Barat
Dalam pada masa yang sama menterjemah, golongan pendeta turut mendekatinya sebagai mitos ataupun epik Jawa asli. Epik:
Mahabharata
Ramayana
Dua buah karya ini
'diperbaiki'
sesuai mengikut corak kebudayaan setempat
Digerakkan oleh Maharaja Dharmawangsa Teguh (990-107M)
Antara karya yang terhasil ialah:
Mahabharata:
Parwa
Adiparwa
Wirataparwa
Bhismaparwa
Ramayana:
Uttarakanda
iaitu buku yang ke-7 daripada Ramayana