KATA PENGUAT : Merupakan perkataan yang mendahului kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan maksud dalam kata adjektif
Terbahagi kepada tiga :
1) penguat hadapan : agak, paling, terlalu
2) penguat belakang : nian, benar, sekali
3) penguat bebas : sungguh, sangat, amat
Contoh ayat :
1) Lelaki itu terlalu tinggi
2) Kelakuan kanak-kanak itu nakal sekali
3) Pakaian wanita itu sungguh kemas
KATA PENEGAS : Merupakan perkataan yang memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat
Terbahagi kepada dua jenis :
1) menegaskan frasa predikat seperti -kah, -lah, -tah
2) menegaskan kedua-dua bahagian ayat atau frasa predikat seperti sahaja, lagi , pun, juga
Contoh Ayat : 1) Di manakah tuala yang baru sahaja dibeli oleh kamu?
2) Dialah orang yang kamu cari