Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Etika profesion keguruan - Coggle Diagram
Etika profesion keguruan
Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarangkegiatan masyarakat.
Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara ataupun yang bertentangan dengan dengan rukun negara.
Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru,dengan ibu bapa institusi pendidikan dengan masyarakat.
Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profession keguruan
Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru dihadapan pelajar atau ibu bapa / berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru menceburi diri dalam profession keguruan
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial
Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
konsep kod etika keguruan
setiap guru perlu memamatuhi kod etikanya sendiri bagi menjaga status, akhah dan maruah
di Malaysia, terdapat tatasusila profesin keguruan yang disarankan oleh KPM yang menjadi landasan dan garis panduan
Tanggungjawab terhadap ibu bapa
maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka adalah sulit, guru tidak boleh membocorkannya sesuka hati
memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak
berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat
mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan murid terhadap ibu bapa mereka
hormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka
Tanggungjawab terhadap pelajar
lebih utamakan kebajikan dan keselamatan pelajar
membimbing atau mengajar murid dalam kelas atau matapelajaran lain yang diajar tanpa sebarang bayaran
bersikap adil kepada semua murid
cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang baik
memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus