Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
E-Pembelajaran Topik 6: Motivasi dan Pembelajaran - Coggle Diagram
E-Pembelajaran Topik 6: Motivasi dan Pembelajaran
Perspektif kognitif
David Mcclelland
Motivasi adalah penggerak kepada kemahuan dan keinginan hendak berjaya ataupun hendak mencapai sesuatu. Motivasi juga dikatakan sebagai rangsangan untuk kejayaan seseorang ataupun rangsangan untu mengelakkan diri daripada menghadapi kegagalan.
Teori ini merupakan teori 3 keperluan
Perlu untuk penggabungan
wujud dalam proses pembelajaran di mana adanya interaksi baik antara guru dengan murid dan murid dengan murid.
Misalnya, semasa melakukan kerja berkumpulan , maka keperluan untuk penggabungan akan meningkat.
Keperluan untuk prestasi
Mendorong pelajar berprestasi dalam keadaan bila sasaran yang akan dicapai nyata dan berpeluang untuk diperolehi.
Terhasil daripada sikap pelajar yang ingin berjaya dan takut gagal.
Keperluan untuk kekuasaan
Keinginan untuk memiliki pengaruh, menjadi yang berpengaruh, dan mengendalikan individu lain.
Bersikap lebih bertanggungjawab, berusaha mempengaruhi individu lain, boleh ditempatkan dalam situasi kompetitif
Implikasi terhadap PdP
Guru haruslah sentiasa memberikan kata-kata motivasi kepada murid.
Guru perlulah menggalakkan aktivit secara berkumpulan semasa melakukan tugasan.
Gur hendaklah memberikan kata-kata pujian/ ganjaran sekiranya murid berkelakuan baik.
Bernard Weiner
Artribusi merujuk kepada penilaian individu tentang sebab-sebab yang melibatkan kejayaan atau kegagalan dalam melaksanakan tugas.
Nilai merujuk kepada pentingnya seseorang meletakkan pada tugas atau matlamat yang ingin dicapai.
Intrinsik - Nilai yang berasal dari dalam diri individu itu sendiri. Nilai ini muncul kerana individu merasakan bahawa tindakan atau perlakuan tersebut memberikan kepuasan dan kesenangan tersendiri.
Ekstrinsik - Nilai yang berasal dari faktor-faktor eksternal atau luaran, seperti pujian , penghargaan, wang atau lain-lain lagi. Nilai ini wujud kerana individu merasakan tindakan atau perlakuan tersebut memberikan penghargaan yang diinginkan.
Implikasi terhdap PdP
Mendorong pengajaran yang berpusat pada siswa. Pendidik harus memahami bahawa motivasi siwa dipengaruhi oleh persepsi mereka tentang penyebab keberhasilan atau kegagalan mereka dalam pembelajaran.
Mendorong pengajaran adaptif. Motivasi siswa dapat berubah seiring waktu dan dengan pengalamn pembelajaran.
Menekankan pentingnya tujuan pembelajaran yang jelas. Tujuan yang jelas dan dapat diukur dapat memperkuatpersepsi positif siswa tentang penyebab keberhasilan mereka dalam pembelajaran .
Perspektif Humanisitik
Carl Rogers
Setiap individu mempunyai penagalaman unik keada dirinya dan persepsi individual terhadap dunia akan mempengaruhi kefahaman dan tingkah lakunya terhadap persekitaran yang ada di sekelilingnya.
Motivasi menurut Carl Rogers boleh dibentuk melalui pergatian positif kendiri seseorang individu yang diperoleh dari orang lain sejak kecil dan diri sendiri.
Perhatian positif tanpa syarat - seseorang yang diterima dan dihargai sebagaimana sedia ada , bukan berdasarkan tingkah laku yang dipamerkan.
Perhatian positif bersyarat - Seseorang akan menerima kasih sayang dan sokongan jika bertingkah laku dalam acara yang disyaratkan sahaja.
Implikasi terhadap PdP
Guru hendaklah menjalankan aktiviti berkumpulan dan melibatkan murid dalam gerak kerja kumpulan.
Guru hendaklah menerima setiap pelajar tanpa syarat.
Guru haruslah mengadakan aktiviti khas untuk pelajar lemah.
Guru hendaklah menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan objektif pembelajaran.
Abraham Maslow
Motivasi yang disebutkan dalam teori keperluan Maslow adalah motivasi intinsik. Motivasi intrinsik adalah kuasa dalaman yang berada dalam perkembangan fisiologikal dan psikologikal manusia.
5 keperluan dalam teori
Keperluan psikologi
Keperluan keselamatan
Keperluan kasih sayang dan sosial
Keperluan penghargaan diri
Keperluan pencapaian hasrat diri
Implikasi terhadap PdP
Guru hendaklah memastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi.
Guru hasruslah menjadikan iklim bilik darjah adalah kondusif untumenjalankan aktiviti PdP agar murid berasa seronok, gembira, harmonis dan selamat dalam melibatkan diri mereka.
Guru hendaklah memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memebri motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam aktiviti PdP.
Perspektif Behavioris ( B.F Skinner)
Peneguhan positif
Suatu ganjaran diberikan apabila tingkah laku yang positif ditunjukkan menyebabakan perlakuan itu diulangi.
Merupakan bentuk motivasi dalam PdPc
Kerja yang bermutu dapat dihasilkan oleh pelajar apabila murid mendapat peneguhan yang positif.
Peneguhan negatif
Rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.
Guru berleter apabilamuridnyatidak menyiapkan tugasan.
Dendaan
Proses/cara untuk mengurangkan atau melemahkan tingkah laku yang tidak diingini agar tidak berulang.
Guru tersebut mendenda muri dyang tidak berkelakuan baik di dalam kelas ataupun mereka yang menggangu rakan lain yang sedang belajar.
Implikasi terhadap PdP
Guru perlu menegur murid sekiranya prestasi mereka kurang memuaskan.
Guru menegur murid yang berkelakuan tidak baik di dalam kelas.