Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ePem Topik 6 : Motivasi dan Pembelajaran - Coggle Diagram
ePem Topik 6 : Motivasi dan Pembelajaran
Motivasi dan Pembelajaran Perspektif Behavioris (B.F.Skinner)
Teori Pelaziman Operan
Menurut Teori Pelaziman Operan, Teori Pelaziman Operan Skinner diasaskan oleh Burhrus Frederic Skinner.
Skinner berpendapat bahawa perlakuan manusia seharusnya diperhatikan dalam satu jangka masa yang panjang serta membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah.
Perkataan 'Operan' dicipta oleh Skinner yang membawa maksud bertindak ke atas sesuatu perkara
Pelaziman Operan pula ialah satu keadaan di mana organisma menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisma itu beroperasi ke atas persekitarannya.
Tingkah laku operan merupakan tingkah laku bukan automatik atau boleh dijangka serta tidak ada kaitan dengan rangsangan yang dikenal pasti.
Beliau menjalankan kajian ke atas haiwan dengan
menggunakan 'Skinner Box' yang diciptanya di mana tingkah laku binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerak balas mereka boleh diperhatikan dan direkodkan lalu beliau menggunakannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Peneguhan Positif
Rangsangan serta merta yg tidak selesa atau menyakitkan yg diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan
Contoh: guru berleter apabila muridnya tidak menyiapkan tugasan. Pada masa hadapan muridnya akan menyiapkan tugasan yg diberikan tepat pda masanya
Meningkatkan tingkah laku yang tidak menyiapkan tugasan kepada menyiapkan tugasan kerana tidak ingin dileteri oleh gurunya
Dendaan
Proses / cara untuk mengurangkan atau melemahkan tingkah laku yang tidak diingini agar tidak berulang
Contoh: pelajar menganggu rakannya semasa belajar sehingga menyebabkan rakannya menangis. Guru memberi amaran jika dia masih berbuat demikian. maka dia akan dihukum mencuci tandas. Pada masa yang akan datang, dia tidak akan menganggu rakannya lagi kerana tidak ingin didenda oleh gurunya
mengurangkan tingkah laku mengganggu rakan
Motivasi dan Pembelajaran Perspektif Kognitivis (David McClelland & Bernard Weiner)
KONSEP TEORI
Menurut teori ini, motivasi akan meningkat jika pelajar dimotivasikan
Teori ini menekankan tiga teori keperluan
a) Teori keperluan yang diperolehi
b) Teori keperluan motivasi
c) Teori keperluan belajar
Teori ini menjelaskan bagaimana keperluan pencapaian, kuasa dan gabungan memberi kesan kepada tindakan orang
Teori Tiga Keperluan
1.Perlu untuk penggabungan
Wujud dalam proses pembelajaran dimana adanya interaksi baik antara guru dengan murid dan murid dengan murid
Misalnya, semasa melakukan kerja berkumpulan, maka keperluan untuk penggabungan akan meningkat
Murid mempunyai keinginan mempunyai hubungan yang erat, koperatif, dan ingin bersahabat dengan murid lain.
Faktor :
Keinginan yang tinggi untuk belajar adalah wujud dari moral dan dan semangat ingin belajar yang tinggi
Interaksi merupakan sesuatu komunikasi dengan orang lain dimana individu saling memerlukan satu sama lain
2.Keperluan untuk prestasi
mendorong pelajar berprestasi dalam keadaan bila sasaran yang akan dicapai nyata dan berpeluang untuk diperolehi
terhasil daripada sikap pelajar yang ingin berjaya dan takut gagal
setiap pelajar memiliki dorongan yang kuat untuk berjaya, jadi dorongan akan menjadikan pelajar berusaha dengan lebih keras untuk mencapai prestasi yang baik
3.Keperluan untuk kekuasaan
keinginan untuk memiliki pengaruh, menjadi yang berpengaruh, dan mengendalikan individu lain
bersikap lebih bertanggungjawab, berusaha mempengaruhi individu lain, boleh ditempatkan dalam situasi kompetitif
Mempunyai 2 indikator :
Tersedianya kesempatan seseorang pelajar untuk mengembangkan kemampuan
Kekuasaan merupakan kemampuan seseorang dalam memperoleh seseuatu yang dikehendaki
Motivasi dan Pembelajaran Perspektif Humanistik (Abraham Maslow & Carl Rogers)
Carl Rogers
Setiap individu mempunyai pengalaman unik kepada dirinya dan persepsi individual terhadap dunia akan mempengaruhi kefahaman dan t ingkah lakunya terhadap persekitaran yang ada di sekelilingnya
Fenomenologi Carl menggunakan pandangan positif dan optimistik untuk memahami t ingkah laku manusia
Realiti bagi seseorang individu adalah mengikut persepsinya dan bukan dari sudut pandangan orang lain
Realiti adalah fenomenologikal berdasarkan pengalaman peribadi, maka mustahil untuk diketahui sepenuhnya oleh orang lain.
Ciri-ciri Teori Pembelajaran Humanistik Carl Rogers
Pengalaman individu adalah fenomena- logikal yang dialami oleh individu sendiri
Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan yang berbeza dengan orang lain
Tingkah laku yang ditunjukkan adalah selaras dengan konsep kendiri dan keupayaannya
Kefahaman t ingkah laku individu hanya diperoleh melalui proses komunikasi
Prinsip Teori Pembelajaran Carl Rogers
Mengutamakan pendidikan berpusatkan pelajar dan prinsip pembelajaran berasaskan kebebasan (freedom to learn)
Pembelajaran merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu
Pembelajaran hanya boleh berlaku jika bahan pelajaran adalah bermakna serta seiras dengan objektif pelajaran pelajar
Keberkesanan pembelajaran hanya dapat dicapai dibawah situasi pendidikan yang kurang terancam
Motivasi Pembelajaran Carl Rogers
Motivasi boleh dibentuk melalui perhatian positif kendiri seseorang individu yang diperoleh dari orang lain sejak kecil dan diri sendiri
Perhatian Positif Tanpa Syarat
Seseorang diterima dan dihargai sebagaimana sedia ada, bukan berdasarkan tingkah laku yang dipamerkan
Perhatian Positif Bersyarat
Seseorang akan menerima kasih sayang dan sokongan j ika bertingkah laku dalam cara yang disyaratkan sahaja
Abraham Maslow
Teori ini menyatakan dalam diri setiap indvidu terdapat lima (5) keperluan yang perlu dipenuhi seperti fisiologi, keselamatan, sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri. Bila satu keperluan dicapai, keperluan yang seterusnya akan menjadi satu keperluan atau keutamaan seterusnya
Motivasi dalam teori
Motivasi yang disebutkan dalam Teori Keperluan Maslow adalah motivasi intrinsik.
Motivasi intrinsik : kuasa dalaman yang berada dalam perkembangan fisiologikal dan psikologikal manusia.
Kuasa dalaman mendorong manusia berusaha mengejar pencapaian cemerlang (berlaku secara spontan tanpa kawalan/ransangan luar)
Perkaitan Motivasi di antara hierarki keperluan
Apabila individu telah mendapat kepuasan dalam sesuatu hierarki, keperluan dakam hierarki yang lebih tinggi berlaku secara semula jadi.
Sekiranya hierarki yang lebih rendah masih belum mendapat kepuasan, keperluan dakam hierarki yang lebih tinggi tidak dapat dikembangkan secara wajar.
5 Keperluan
Keperluan Psikologi :
Manusia perlu memenuhi keperluan asas.
Mengikut Maslow, manusia sama ada dalam hidupnya ataupun bekerja dalam organisasi akan berusaha mendapatkan keperluan asas terlebih dahulu.
Selagi keinginan ini tidak dipenuhi, seseorang akan bertindak demi mendapatkan kepuasan keinginannya.
Keperluan Keselamatan
Keinginan yang tergolong dalam keinginan keselamatan ialah kestabilan, pergantungan, perlindungan, bebas daripada ketakutan dan kebimbangan.
Termasuk keinginan kepada struktur, peraturan, undang-undang, had-had dsb.
Manusia perlu hidup dan bekerja bebas daripada bahaya, ancaman dan tekanan.
Manusia memerlukan persekitaran yang selamat supaya kehidupan dan kerja seharian mereka berkeadaan terjamin.
Keperluan Kasih Sayang & Sosial
Manusia memerlukan kemesraan, sokongan moral, dan perasaan kekeluargaan daripada orang-orang di sekeliling mereka.
Manusia yang bertugas dalam organisasi memerlukan pihak pengurusan yang dapat menghayati keperluan mereka, peka terhadap masalah yang mereka hadapi serta memberi sokongan moral terhadap tugas yang sedang dijalankan.
Jika keperluan sedemikian tidak disediakan secara memuaskan, ahli-ahli organisasi akan bertindak dan menjejaskan perjalanan organisasi.
Keperluan Penghargaan Diri
Maslow memecahkan keperluan ini kepada dua kategori :
-keperluan untuk penghormatan.
-keperluan kepada nama baik (good reputation).
Manusia memerlukan kewibawaan dalam menjalankan tugas.
Mahukan sumbangan dianggap penting dan diberi penilaian yang tinggi.
Jika sumbangan tidak diiktiraf dan disanjung sewajarnya oleh pihak pengurusan, minat dan motivasi pekerja untuk berkhidmat dalam organisasi akan menjadi lemah.
Keperluan Pencapaian Hasrat Diri
Maslow menyatakan keperluan ini adalah untuk :
“ for strength, for achievement, for adequacy, for confidence in the face of the world, and independence and freedom ”.
Manusia memerlukan sesuatu yang dapat mengembangkan potensi kebolehan mereka untuk mendapat pencapaian yang paling tinggi.
Dalam organisasi, pekerja mengharapkan pihak pengurusan akan melengkapkan atau meningkatkan infrastruktur yang terdapat dalam organisasi supaya dapat meningkatkan potensi dan kebolehan mereka.
Jika gagal,mereka akan berasa kecewa dan menjejaskan produktiviti dan prestasi individu serta organisasi.
Implikasi motivasi dan pembelajaran terhadap PdP
Implikasi Motivasi dan Pembelajaran Perspektif Behavioris (B.F.Skinner)
PENEGUHAN POSITIF
Guru perlu memberi penghargaan terhadap pencapaian murid yang memberansangkan
CONTOH
Guru boleh memberi nasihat sekiranya mereka tidak menyiapkan kerja sekolah pada masa yang ditetapkan
KESAN KEPADA MURID
Murid akan berusaha untuk menyiapkan kerja pada masa yang ditetapkan supaya tidak ditegur lagi
DENDAAN
Guru menegur murid yang berkelakuan tidak baik di dalam kelas
CONTOH
Guru perlu menegur dengan tegas murid yang sering mengganggu rakan di dalam kelas seperti menyuruh murid tersebut berdiri di hadapan kelas sepanjang waktu pembelajaran
KESAN KEPADA MURID
Murid tidak akan mengganggu rakan yang lain lagi
PENEGUHAN NEGATIF
Guru perlu menegur murid sekiranya prestasi mereka kurang memuaskan
CONTOH
Guru boleh memberi nasihat sekiranya mereka tidak menyiapkan kerja sekolah pada masa yang ditetapkan
KESAN KEPADA MURID
Murid akan berusaha untuk menyiapkan kerja pada masa yang ditetapkan supaya tidak ditegur lagi
Implikasi Motivasi dan Pembelajaran Perspektif Humanistik Abraham Maslow
Guru hendaklah memastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi.
Guru haruslah menjadikan iklim bilik darjah adalah kondusif untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar murid berasa seronok, gembira, harmonis dan selamat dalam melibatkan diri mereka.
Guru hendaklah memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi Motivasi dan Pembelajaran Perspektif Kognitivis David Mcclelland
1.Guru haruslah sentiasa memberikan kata-kata motivasi kepada murid.
Sesetengah murid / individu memerlukan motivasi daripada orang lain untuk bekerja, melakukan atau mencapai sesuatu perkara.
Murid yang mempunyai dorongan motivasi akan belajar dengan lebih giat lagi untuk mencapai prestasi( keputusan cemerlang ).
Misalnya, menceritakan kisah individu yang berjaya, menceritakan pengalaman sendiri dll.
2.Guru perlulah menggalakkan aktiviti secara berkumpulan semasa melakukan tugasan
aktiviti secara berkumpulan ini membolehkan murid untuk berinteraksi, bekerjasama dan menjalin hubungan dengan orang lain.
aktiviti berkumpulan juga dapat mendorong motivasi murid untuk mencapai kekuasaan iaitu menjadi seorang pemimpin/ketua.
Guru hendaklah memberikan kata-kata pujian/ganjaran sekiranya murid berkelakuan baik.
Memberikan pujian / ganjaran kepada murid yang berdisiplin, mencapai keputusan yang cemerlang dalam akademik & kokurikulum.
misalnya, pujian dan tepuk tangan, ganjaran hadiah seperti aalatan tulis, gula-gula dll.
murid akan berasa gembira, dihargai dan akan berusaha untuk mengekalkan / menambahbaik prestasinya.
Implikasi Motivasi Perspektif Carl Rogers Dalam PdP
Guru hendaklah menjalankan aktiviti berkumpulan dan melibatkan murid dalam gerak kerja kumpulan
Guru hendaklah menerima setiap pelajar tanpa syarat
Guru haruslah mengadakan aktiviti khas untuk pelajar lemah
Guru hendaklah menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan objektif pembelajaran