Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
pengurusan bilik darjah mesra budaya - Coggle Diagram
pengurusan bilik darjah mesra budaya
Pedagogi relevan budaya
Maksud
Gloria Ladson Billings (1992), pedagogi yang mengupayakan kekuatan intelek, sosial, emosi dan politik murid dengan merujuk budaya dalam menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Gay (2000), pendekatan yang menggunakan pengetahuan budaya, pengalaman, rujukan dan gaya persembahan yang berbeza mengikut perbezaan etnik murid dan hal ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.
Ciri-ciri
pembelajaran yang mampu menghubungkan pengalaman murid di rumah dengan pengalaman di sk serta memenuhi tuntutan dan keperluan kurikulum
memanfaatkan latar belakang, pengetahuan dan pengalaman murid untuk memahami pengajaran guru.
Guru membantu murid untuk mengenal pasti, mengkritik dan menambah baik ketidaksamarataan sosial melalui pembangunan sosiopolitik dan kesedaran kritikal.
Tindakan guru
menerima kepelbagaian latar belakang murid yang berbeza dari segi budaya, etnik, bahasa dan kelas sosial secara positif.
bersiap sedia untuk mengajar dan mengenal pasti pendekatan-pendekatan yang perlu bagi mencapai hasil pembelajaran
mencari pendekatan yang sesuai untuk menghubungkan pengalaman murid di rumah dengan pengalaman di sekolah
semasa mengendalikan pengajaran, disarankan guru menggunakan kekuatan yang ada pada murid untuk diketengahkan dan menjadikannya sumber dalam PdP
Elemen"
Elemen adat resam dalam PdP :check:
Komponen kesusteraan :check:
Elemen pakaian tradisional dan kesenian :check:
Elemen Alam Sekitar :check:
Elemen pemakanan :check:
Contoh sumber Pdp pedagogi relevan budaya
Pedagogi Aliran Perdana
Definisi
Gloria Ladson-Billings (1994) menyatakannya sebagai "a pedagogy that empowers students intelectually, socially, emotionally, and politically by using cultural referents to impart knowledge, skills, and attitudes."
Guru yang mengajar dalam situasi budaya berbeza harus menggunakan ciri-ciri perbezaan budaya, latar belakang, pengetahuan dan pengalaman pelajar untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran
Ciri-ciri
Sebati pengetahuan, konsep, prosedur, kemahiran dan stategi yang mereka pelajari daripada situasi pelbagai budaya ke dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya lagi
Murid memahami latar belakang mereka yang berlainan budaya
Memberi motivasi kepada murid secara kontekstual
Hasil pembelajaran tidak hanya berfokus pada pencapaian akademik
Menjalani aktiviti perbincangan, refleksi serta analisis identiti etnik
Tindakan guru
Terima kepelbagaian latar belakang murid yang berbeza
Mencari pendekatan yang sesuai
Mewujudkan hubungan dan ikatan dengan murid
Menunjukkan hormat kepada diri murid yang berbeza latar belakang
Membawa murid melawat dan menjalankan projek di kawasan sesuatu etnik
Menerima pelawat asing
Pedagogi Kelas bercantum
pelaksanaan PdP oleh seseorang guru untuk murid-murid nya yang terdiri daripada beberapa gred/ tahap dan umur tersebut lebih kurang sebaya.
kelas bercantum boleh diwujudkan sekiranya bilangan murid bagi satu-satu kelas kurang daripada 10 orang. Hal ini bererti murid boleh meneruskan pembelajaran di dalam kelas biasa apabila minimum bilangan murid ialah 10 orang. Dengan syarat tersebut, sesebuah kelas bercantum mempunyai bilangan kurang daripada 20 orang dan murid adalah dalam kalangan mereka yang berbeza umur tetapi hampir sebaya dan daripada tahap yang sama.
Contoh: Tahun 1 dan Tahun 2 atau Tahun 2 dan Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 dan wujud di sekolah rendah sahaja.
Pelaksanaan dan pengurusan PdP kelas bercantum masih boleh diteruskan dengan membahagikan murid ke dalam beberapa kumpulan" kecil dengan mengambil kira prinsip" berikut:-
Kumpulan sama kebolehan
Kumpulan pelbagai kebolehan
Kumpulan tahun persekolahan
Kumpulan sosial
adakala guru memberi ruang kepada murid memilih kumpulan masing-masing. Mereka memilih kumpulan berdasarkan aspek sosial iaitu murid akan berada dalam kumpulan kawan-kawan yang disenanganinya.
Kumpulan individu
Pedagogi Pribumi
Definisi
Merujuk kepada kaedah pengajaran dan pemudahcara (PdPc) bagi penduduk pribumi seperti orang asli di semenanjung dan etnik pribumi di Sabah dan Sarawak dan perlu dilihat dari aspek sosiobudaya serta sistem nilai masyarakat berkenaan
Perkara ini perlu diambil kira agar ilmu dan kemahiran yang disampaikan, akan mudah diterima dan memberi makna kepada murid-murid orang asli dan pribumi
Kategori sekolah murid orang asli
Sekolah yang sudah mempunyai pelbagai kemudahan asas
Sekolah yang masih ketinggalan dari aspek kemudahan
Ketaksamaan peluang pendidikan
Pandangan, pemikiran, dan kepercayaan bahawa terdapatnya perbezaan antara anggota atau kelompok etnik lain dengan etnik lain dari aspek kemudahan, peralatan, peluang kerjaya dan sebagainya
Pendekatan
berasaskan kepada Strategi Amalan Pedagogi Peka Budaya
Prinsip-prinsip
Amalan Pedagogi Peka Budaya
yang ditekankan
Berasaskan budaya masyarakat setempat - 'inside out'
Berpusatkan murid - konstruktivisme, pembelajaran kontekstual, pengajaran melalui pengalaman dan kecerdasan pelbagai
Integrasi antara disiplin dan pengajaran multigred
Sosiobudaya masyarakat orang asli
Kefahaman guru mengenai sosio-budaya masyarakat orang Asli menjadi faktor penting dalam usaha mengatasi isu buta huruf dan keciciran dalam kalangan murid orang asli
Pandangan negatif terhadap masyarakat orang Asli seharusnya dibuang dalam benak pemikiran para guru. Masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman sememangnya sukar untuk menerima sesuatu yang baharu terutama dalam bidang-bidang yang baru didedahkan
Pendidik seharusnya tidak menggunakan alasan-alasan tertentu untuk tidak menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik terkini dan sesuai dalam pengajaran mereka di sekolah berkeperluan khas ini