Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pentaksiran berasaskan budaya - Coggle Diagram
Pentaksiran berasaskan budaya
Tujuan pentaksiran berasaskan budaya
Penilaian berasaskan budaya merupakan fokus baharu dalam penilaian dan pentaksiran sekiranya kurikulum. telah memasukkan elemen budaya sebagai bahan/ kandungan dalam sesuatu subjek
Ciri-ciri Penilaian Berasaskan Budaya
Penilaian yang terangkum dalam kurikulum secara formatif adalah penting
Penilaian terangkum dalam kurikulum berbeza dari segi format dan budaya. Bentuk penilaian terdiri daripada jenis formal, tidak formal, ujian kertas dan pensel atau aktiviti yang berasaskan prestasi atau perlakuan. Dalam konteks pentaksiran messra budaya, penialaian formatif yang direka akan berkisar kepada konteks yang sama seperti dalam PdP untuk mengumpulkan data bagi menilai keberkesanan pengajaran
Penilaian yang dilaksanakan perlu menyokong pengalaman pembelajaran
Bentuk format penilaian memerlukan gabungan pelbagai jenis item.
Tujuan Pentaksiran berasaskan budaya
bertujuan menentukan teknik dan strategi penilaian yang sesuai untuk memperoleh data mengenai murid.
fokus mengenai penilaian yang tidak mendiskriminasikan sesiapa yang seharusnya dapat membuat keputusan tentang kemajuan murid selain dapat mengenal pasti atau mengklafikasikan murid.
mengumpul maklumat untuk kemajuan, diagnosis dan tindakan selanjutnya.
menilai dengan menggunakan prosedur autentik dan alternatif.
mengurangkan bias dalam amalan-amalan penilaian tradisional.
mengumpul maklumat sama ada penilaian mengambil kira fokus linguistik dan kerelavanan budaya
Prinsip-prinsip penilaian berasaskan budaya
penilaian harus berasaskan pemahaman tentang cara murid belajar dan harus memainkan peranan positif dalam membentuk pengalaman pembelajaran murid
penilaian harus mengambil kira perbezaan individu murid dalam pembelajaran dan harus berasaskan objektif-objektif dan membolehkan murid mendemostrasikan pencapaian hasil pembelajaran dalam pelbagai cara.
bercorak adil pada semua murid
Banks and Banks (2004) mencadangkan lima fokus dalam merealisasikan pendidikan pelbagai budaya, iaitu:
a) Pendidikan kepelbagaian budaya boleh memberi tumpuan terhadap integrasi kandungan apabila guru menggunakan input dan contoh kepelbagaian budaya untuk menggambarkan konsep, prinsip generalisasi dan teori dalam sesuatu subjek atau disiplin ilmu.
b) Proses pembinaan pengetahuan apabila guru membantu murid memahami, menyiasat dan mengenal pasti tanggapan budaya, kerangka rujukan (hal-hal yang boleh dirujuk) serta perspektif yang mempengaruhi pembinaan sesuatu pengetahuan.
c) Amalan pedagogi yang bernilai apabila guru menyesuaikan pengajarannya untuk mendorong pembelajaran dan pencapaian akademik kepada seluruh muridnya yang mempunyai pelbagai latar belakang yang mempengaruhi pelbagai gaya pembelajaran mereka.
d) Proses mengurangkan prejudis dan sikap murid yang terkongkong dalam budaya masing-masing melalui pendekatan dan sumber guru.
d) Membina budaya sekolah dan struktur sosial yang menggalakkan murid pelbagai etnik terlibat dalam setiap aspek kehidupan di sekolah.
Jenis-jenis pentaksiran berasaskan budaya
Pemerhatian harian tingkah laku pembelajaran dan sosial murid dalam situasi bilik darjah
Penilaian Portfolio Murid dan guru boleh memilih sampel tugasan yang menggambarkan kepelbagaian keperluan dan kebolehan murid untuk dinilai.
Penulisan jurnal memberikan peluang kepada murid berkongsi pemahaman peribadi mengenai perkara seperti sastera dalam pelbagai konteks budaya untuk memaklumkan, memperjelaskan dan menerangkan tentang masyarakat majmuk.
Projek-projek memberikan peluang kepada murid untuk menyumbangkan idea mengikut kebolehan mereka.