Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi di Myanmar selepas…
Bincangkan perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi di Myanmar selepas campur tangan British.
Pengenalan
British telah berjaya menguasai seluruh Myanmar mulai tahun 1886 setelah Myanmar mengalami kekalahan dalam Perang British-Myanmar 3.
British mula melaksanakan pembaharuan-pembaharuan ekonominya di Myanmar pada abad ke-20.
Sektor-sektor ekonomi tumpuan British seperti pembalakan, perlombongan dan pertanian komersial
Pembalakan
Pembalakan menjadi tumpuan utama British kerana Myanmar mempunyai hasil kayu jati yang berkualiti dan merupakan eksport kedua terpenting di Mynmar
Pegu merupakan kawasan pembalakan utama di Myanmar
Pada tahun 1856 Jabatan perhutanan telah ditubuhkan.
Jabatan ini betanggunjawab untuk menghasilkan eksploitasi sumber hutan dan pembalakan dijlalankan dengan sempurna.
Terdapat empat buah syarikat yang menjalankan kegiatan pembalakan di Myanmar.
Syarikat Perdagangan Bombay-Burma merupakan syarikat pembalakan yang terbesar.
Perlombongan
Terdapat beberapa bahan galian yang menjadi tumpuan British di Myanmar iaitu:
Petroleum atau minyak mentah
Pada tahun 1886, Syarikat Minyak Burma (Burma Oil) Campany) telah ditubuhkan pusat cari gali minyak Mynmar berpusat di Yenangyaung dan Chauk di Irrawaddy Tengah.
Pengeluaran minyak secara besar-besaran telah dijalankan pada tahun 1908.
Pada tahun 1890, Syarikat Minyak Burma, telah mengeluarkan 3/4 daripada pengeluaran minyak di Myanmar.
Sementara bakinya dikeluarkan oleh syarikat petrol British-Burma dan syarikat minyak Nath Singh.
Bijih Timah
Myanmar merupakan pengeluar keempat bijih timah di Asia Tenggara sebelum Perang Dunia Kedua.
Bijih timah banyak dilombong di Mawchi, Tavoy, dan Tennaserim.
Pada tahun 1910, pengeluar bijih timah di Myanmar berjumlah 100 000 tan.
Galian-galian lain
Bahan galian lain yang diusahakan di Myanmar ialah timah hitam.
Galian ini terdapat di kawasan Badwin dan Namtu.
Selain daripada itu, perlombongan zink, perak, tungsten, batu delima dan nilam juga telah diusahakan di Mogok, Utara Mandalay.
Pertanian Komersil
Pada zaman British,ekonomi sara diri telah berkembang menjadi ekonomi perdagangan yang bedasarkan prinsip-prinsip ekonomi Barat.
Pengeluaran beras secara bersar-besaran telah membolehkan Myanmar menjadi pengeluar beras yang utama di Asia Tenggara.
Rangoon merupakan pelabuhan utama yang mengendalikan eksport beras di Myanmar.
Pada tahun 1886, kira-kira 4 juta ekar tanah telah ditanam dengan tanaman padi.
Pada tahun 1881, eksport beras Myanmar berjumlah 0,5 juta tan dan meningkat menjadi 1.4 juta tan pada tahun 1901 dan 2.5 juta tan pada tahun 1921.
British juga menggalakkan orang Myanmar menbuka tanah baharu dengan meneroka hutan dikawasan delta untuk penanaman padi.
Penutup
Kesimpulannya, ekoran daripada perkembangan ekonomi yang pesat ini, kebanyakan ekonomi komersil telah dikuasai oleh orang-orang asing.
Rakyat Myanmar masih lagi miskin dan mengamalkan ekonomi sara diri dan tidak berupaya untuk bersaing dengan pedagang-pedagang asing terutama dari segi modal dan teknologi.
Keadaan ini telah membawa kepada perasaan tidak puas hati rakyat Myanmar.