Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan peranan pembesar di Vietnam sebelum kedatangan kuasa barat. -…
Bincangkan peranan pembesar di Vietnam sebelum kedatangan kuasa barat.
Pendahuluan
Sebelum campur tangan barat, golongan pembesar mempunyai peranannya yang tersendiri dalam pentadbiran.
Kemajuan dan kemunduran kerajaan berdasarkan kebijaksanaan pembesar dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab oleh pemerintah.
Pembesar secara umumnya dibahagikan beberapa peringkat serta bahagian dan mempunyai tugas-tugas tertentu.
Pengkhususan tugas yang sistematik telah dibentuk berdasarkan jawatan yang disandang oleh pembesar.
Pembesar mesti bertanggungjawab terhadap tugas yang diberi supaya dapat mengekalkan jawatan yang disandang dan tidak diganti dengan pembesar yang lain oleh Maharaja.
Peranan pembesar di peringkat pusat
Pembesar ini menjalankan tanggungjawab di ibu kota kerajaan dan istana.
Pembesar pusat terdiri daripada pembesar kanan yang mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan maharaja dan menjadi orang kepercayaan Maharaja
Pembesar kanan digelar Quan atau Mandarin yang bertanggunjawab menasihati dan membantu segala keputusan berkaitan urusan pemerintahan dan pentadbiran.
Pembesar kanan dipertanggungjawab mengetuai enam kementerian utama (Quan), iaitu Quan Hal Ehwal Awam, Kerja Raya, Kewangan, Upacara, Kehakiman dan Peperangan.
Mereka juga merupakan penegak keadilan dalam kerajaan serta dilantik sebagai pentafsir undang-undang.
Dalam menjalankan pentadbiran,pembesar kanan telah dibantu oleh pembesar pusat.
Pembesar pusat dipertanggungjawab mengetuai jabatan-jabatan tertentu seperti Jabatan Peperangan, Jabatan Kahakiman,Jabatan Percukaian dan sebagainya.
Peranan pembesar di peringkat daerah
Pembesar wilayah dan daerah pula akan mentadbir wilayah atau daerah tertentu dan mempunyai bidang kuasa tertentu.
Pembesar daerah mempunyai tanggngjawab penuh kepada maharaja di peringkat pusat.
Kedudukan mereka akan terancam sekiranya mereka menentang perintah maharaja.
Pembesar daerah bertanggungjawab dari aspek melaksanakan semua urusan pentadbiran di peringkat daerah masing-masing, serta mengutip cukai di daerah masing-masing.
Pembesar daerah juga bertanggungjawab menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat, mengambil dan melatih tentera untuk pertahanan kerajaan dan melaksanakan tugas kehakiman di peringkat daerah.
Peranan pembesar di peringkat kampung
Pembesar (komun) peringkat ini merupakan yang paling rendah sekali
Pada peringkat ini pembesar terdiri daripada Majlis Orang Tua yang memiliki kebijaksanaan, pengetahuan dan pengalaman yang luas tentang selok belok pentadbiran dan masalah yang berkaitan dangan masyarakat kampung.
Pembesar pada peringkat ini bertanggungjawab menjalankan semua perintah dan arahan daripada pihak istana.
Tanggungjawab tersebut seperti mengendalikan urusan pentadbiran di peringkat kampung serta melaksanakan tugas kehakiman seperti kesalahan jenayah kecil di peringkat kampung.
Komun juga bertanggungjawab menyelesaikan semua masalah dan menjaga kebajikan penduduk kampong serta menguruskan kutipan cukai
Mereka juga memastikan penduduk bersatu dan menumpukan sepenuh kesetiaan kepada pemerintah pusat yang diketuai oleh Maharaja
Komun juga bertanggungjawab memelihara pertahanan dan mengekalkan keamanan di peringkat kampung serta kemakmuran ekonomi di peringkat kampung
Penutup
Secara umumnya,pembesar mempunyai tanggungjawab yang penting bukan sahaja kepada maharaja, tetapi juga para pengikutnya.
Kedudukan status sosial, pengaruh dan kekayaan seseorang pembesar sebenarnya adalah bergantung kepada ramainya bilangan pengikut seseorang pembesar tersebut.
Keperluan pengikut menjadi keutamaan kepada golongan pembesar untuk melaksanakan semua tugas yang diarahkan oleh maharaja.