Bincangkan langkah-langkah ke arah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1951 hingga 1957.
Pendahuluan
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan langkah pertama ke arah mencapai taraf berkerajaan sendiri bagi Tanah Melayu.
Namun begitu kerjasama antara kaum merupakan prasyarat bagi mendapatkan kemerdekaan sama ada melalui rundingan, pemuafakatan dan tolak ansur antara semua pihak.
Bagi mencapai hasrat itu,beberapa usaha telah dilakukan untuk mencapai kemerdekaan.
(1) Sistem Ahli 1951
Dicadangkan oleh Dato’Onn bin Jaafar berdasarkan model yang telah dilaksanakan di Kenya dan Rhodesia Utara.
Tujuan sistem ini adalah untuk melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu.
Ia merupakan kabinet bayangan yang bertindak sebagai kumpulan eksekutif atau pengurus pentadbiran negara.
Anggotanya terdiri daripada 9 orang, iaitu
5 orang tempatan, 3 Melayu,1 Cina,1 India dan 4 pegawai British yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Masing-masing menjaga satu portfolio.
Contohnya, Dato’Onn bin Jaafar memegang fortfolio Ahli Dalam Negeri, Dato’E.E.C.Thuraisingam,Ahli Pelajaran, Tunku Yaacob ibni Sultan Abdul Hamid bertanggungjawab dalam fortfolio Ahli Pertanian dan Perhutanan. Dr Lee Tiang Keng,Ahli Kesihatan, Dato’ Mahmud Mat sebagai Ahli Tanah,Perlombongan dan Perhubungan, O.A.Spenser, Ahli Ekonomi, J.D.Hodgkinson memegang fortfolio Ahli Perindustrian dan Hubungan Sosial dan J.D.Mead sebagai Ahli Perumahan dan Kerja Raya.
Sistem Ahli merupakan asas penting menentukan kemerdekaan
kerana ia mewakili pelbagai kaum.
(2) (A)Pilihan Raya Majlis Bandaran 1951-1952
B)Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955
Pilihan raya Majlis Bandaran diadakan pada peringkat tempatan sebagai langkah ke arah demokrasi berparlimen.
Pilihan raya peringkat ini diadakan buat pertama kali di Pulau Pinang pada 1 Disember 1951 bagi 9 kerusi.
Pada tahun 1952 diadakan pula di Kuala Lumpur yang menggabungkan UMNO dan MCA sebagai Parti Perikatan dan telah menang 9 dari 12 kerusi yang dipertandingkan.
Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan dijalankan pada bulan Julai 1955.
Pilihan raya ini bertujuan memilih 52 orang ahli Majlis Perundangan Persekutuan Parti Perikatan memenangi 51 kerusi dan ini menunjukkan pendirian parti ini dapat diterima rakyat tanpa mengir kum yang diwakili.
Contohnya, di beberapa kawasan, ramai orang Melayu menyokong calon berbangsa Cina dan begitulah sebaliknya .
Kemenangan ini menyebabkan terbentuknya kabinet yang terdiri daripada 10 orang menteri,iaitu 6 orang menteri dari UMNO,3 orang dari MCA dan seorang dari MIC.
Usaha tersebut membuktikan terjalinnya semangat kerjasama dan persefahaman antara UMNO,MCA dan MIC.
(3) Rombongan Kemerdekaan
Pada Ogos 1955,Tunku Abdul Rahman menghantar memorandum ke Pejabat Tanah Jajahan British untuk merundingkan soal kemerdekaan.
Dua perkara yang diminta iaitu pemberian kerajaan sendiri secepat mungkin dan penubuhan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal perlembagaan baharu Tanah Melayu.
Pada 1 Januari 1956, rombongan bertolak ke London.
Rundingan yang dipengerusi oleh Setiausaha Tanah Jajahan British, Lord Lennox Boyd berjaya mencapai beberapa persetujuan.
Antaranya ialah British bersetuju memberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,dan Tanah Melayu kekal dalam lingkungan Komanwel dan mengamalkan pemerintahan secara demokrasi.
Rakyat tempatan akan mengambil alih tugas pegawai British dalam beberapa jawatan penting.
Sebuah badan bebas dibentuk untuk menggubal perlembagaan baharu dan tentera British dibenarkan berada di Tanah Melayu.
Walaupun rundingan ini mengambil masa yang panjang tetapi British tidak dapat menghalang hasrat penduduk Tanah Melayu untuk merdeka.
Suruhanjaya Reid
Pada Jun 1956, sebuah suruhanjaya dibentuk untuk merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan berasaskan beberapa syarat seperti kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan raja berperlembagaan,kaum bukan Melayu dilindungi dan amalan demokrasi.
Suruhanjaya Reid ditugaskan membuat beberapa tinjauan untuk memperoleh pandangan daripada semua peringkat iaitu orang perseorangan,pertubuhanpolitik,kesatuan sekerja dan persatuan.
Sebanyak 131 memorandum diterima daripada Parti
Perikatan dan raja-raja Melayu.
Antaranya menwujudkan sebuah kerajaan pusat dan kerajaan negeri,institusi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong menggantikan Pesuruhjaya Tinggi British dan Majlis Raja-Raja diteruskan.
Selain itu Parlimen yang mengandungi sistem dua dewan dengan bantuan tiga badan pemerintah.
Agama Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan .
Pada bulan Februari 1957, Suruhanjaya telah berjaya menyelesaikan tugasnya dan Jawatankuasa Kerja ditubuhkan untuk mengkaji laporan Reid itu.
Penutup
Dengan kerjasama dan dasar tolak ansur semua kaum di Tanah Melayu akhirnya pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka berlangsung upacara pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman.