Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Undang-undang 99 Perak lebih menekankan adat tempatan berbanding hukum…
Undang-undang 99 Perak lebih menekankan adat tempatan berbanding hukum syarak. Bincangkan.
Pendahuluan
Undang-undang 99 Perak mengandungi 99 perkara berkaitan undang-undang dalam pelbagai aspek.
Undang-undang ini membuktikan masyarakat Melayu telah mempunyai sistem kehakiman berkaitan dengan kes-kes yang biasa berlaku dalam masyarakat pada zaman tradisional.
Undang-undang 99 Perak ialah undang-undang tertua sekali di Perak dan ia berkaitan dengan hal ehwal agama dan tradisi masyarakat Melayu tradisional.
Namun begitu, undang-undang ini lebih memperlihatkan kepada adat tempatan daripada unsur Islam.
Unsur adat tempatan dalam undang-undang jenayah zina
Undang-undang 99 Perak memang lebih memperlihatkan kepada adat tempatan berbanding unsur Islam.
Hal ini boleh dilihat dalam Fasal 50 yang menyentuh tentang hal penzinaan.
Mengikut undang-undang 99 Perak, jika kedua-kedua penzina mengakuinya, mereka hanya diperintahkan bernikah dan membayar denda sepaha emas.
Jika penghulu mendapati tiada kesalahan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan atau dimaafkan.
Pernyataan sebegini memperlihatkan hukuman dalam Undang-undang 99 Perak lebih kepada adat tempatan daripada unsur Islam.
Ini kerana mengikut Islam bagi kesalahan zina, seseorang yang belum berkahwin akan disebat 100 rotan.
Unsur adat tempatan dalam soal pemerintah
Undang-undang 99 Perak juga memperlihatkan pengaruh adat berbanding unsur Islam kerana Fasal 77 memperuntukkan takhta pemerintahan akan diwarisi oleh anak gahara yang paling tua dan jika tiada, anak raja yang paling kecil akan mewarisi akan mewarisi takhta.
Sebaliknya mengikut Islam soal pemilihan pemimpin ditentukan melalui musyawarah.
Unsur adat tempatan dalam undang-undang jenayah bunuh
Undang-undang 99 Perak lebih memperlihatkan kepada adat tempatan daripada unsur Islam juga boleh dilihat dalam soal pembunuhan sesama orang Islam.
Mengikut fasal 23, orang Islam yang membunuh orang Islam tidak boleh dijtuhi hukuman bunuh sebaliknya ia dikatakan menjadi kafir.
Orang itu juga dikenakan denda empat tahil dua paha emas (dua dirham) dan disedekahkan setahil sepaha emas.
Hukuman ini tidak boleh selaras dengan pengaruh hukum Islam yang menyatakan seseorang yang membunuh akan dihukum bunuh.
Unsur adat tempatan dalam pembahagian harta
Dalam soal pembahagian harta, Undang-undag 99 Perak juga memperlihatkan ia condong kepada adat tempatan berbanding unsur Islam kerana Fasal 33 memperuntukkan bahawa dalam pembahagian harta anak perempuan akan diberikan rumah, kebun, pinggan mangkuk dan peralatan dapur.
Manakala peralatan besi atau senjata, sawah padi atau lombong diberikan kepada lelaki.
Anak lelaki akan mendapat bahagian dua kali lebih daripada anak perempuan dalam soal harta dan hutang.
Anak yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluh peratus lebih daripada anak lain dalam soal pewarisan harta.
Hal ini bermakna Undang-Undang 99 Perak tidak merujuk kepada Undang-Undang Harta Pusaka Islam.
Penutup
Berdasarkan fasal hukuman yang terdapat dalam Undang-Undang 99 Perak didapati beberapa aspek seperti pembunuhan, penzinaan dan pewarisan harta tidak selaras dengan pengaruh hukum Islam.
Hal ini membuktikan Undang-undang 99 Perak ini memang memperlihatkan adat tempatan mendominasi aspek hukuman.