Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENTADBIRAN PENDIDIKAN ISLAM - Coggle Diagram
PENTADBIRAN PENDIDIKAN ISLAM
Pengenalan
Sebagai proses yang menggerakkan proses pendidikan ke arah mencapai tujuan pendidikan itu sendiri.
Sistem yang baik itu akan membentuk tindakan manusia dengan cara yang betul dan menghasilkan hasil yang baik.
Pentadbiran pendidikan menjadi salah satu bidang yang diberikan perhatian dalam pendidikan berdasarkan kepentingannya.
Takrif dan Konsep
Pentadbiran : Proses yang melibatkan tindakan merenung yang betul terhadap akibat proses pendidikan Islam untuk menghasilkan tujuan-tujuan ke arah melahirkan manusia yang beradab, disusuli dengan tindakan melaksana yang betul dan benar terhadap proses pendidikan Islam tersebut berdasarkan tujuan-tujuannya.
berasal daripada bahasa arab دَبَّرَ - تدبير
Pendidikan : Diungkapkan dengan istilah Bahasa Arab iaitu ta’dib kerana ta’dib telah merangkumi makna ta’lim dan tarbiyah.
Ta’lim : Perbuatan yang lebih bersifat ‘aqli kerana menjadikan ilmu sebagai titik penekanan kepada akal manusia.
Tarbiyah : Perbuatan yang lebih jawarihi kerana menjadikan perkembangan jasad sebagai titik penekanan kepada anggota tubuh manusia.
Oleh itu, ta’dib merangkumi kedua-dua aspek ‘aqli dan jawarihi yang merangkumi akal dan anggota tubuh manusia sekaligus.
Kepentingan
Penentu kejayaan proses pendidikan dalam mencapai tujuannya.
Proses yang berkesan dan cekap tidak mungkin berlaku tanpa melibatkan proses pentadbiran yang memiliki sifat yang sama.
Pemikiran pentadbiran pendidikan Islam sudah wujud sejak zaman dahulu khususnya dalam kalangan para pemerintah dan ilmuwan.
Hal ini bertujuan memastikan sistem pendidikan Islam pada ketika itu kekal berlangsung dengan teratur dan lancar demi mencapai tujuan pendidikan Islam yang diinginkan.
8 Prinsip Pentadbiran Islam
Prinsip- prinsip yang berkaitan dengan Keperibadian Pentadbir
bijaksana
Ilmu tentang hakikat kedudukan setiap sesuatu sepertimana sepatutnya dalam martabat dan darjat kewujudan. Memandu kepada kebenaran dan berlawanan dengan kejahilan.
adil
Terletak pada tempat atau kedudukan yang betul
mampu
Kepakaran manusia dalam sesuatu tanggungjawab
taqwa
Perbuatan menolak sesuatu dengan sesuatu yang lain daripada sesuatu.
bertanggungjawab
Ketenangan dan kepercayaan atas seseorang
Prinsip-prinsip yang berkaitan dengan Hubungan Pentadbir dengan Manusia
syura
Membentangkan dan menzahirkan pendapat
rahmah
Tindakan yang mementingkan keharmonian dan perbuatan yang diiringi dengan kelembutan.
Prinsip-prinsip yang berkait antara hubungan Pentadbir dengan unsur lain selain manusia
tekun (professional)
Penelitian yang dilakukan berasaskan kepada pengetahuan dan ilmu.
Elemen-elemen
sistem pendidikan
Peringkat Pendidikan
Organisasi
Kewangan
Pentadbir dan Pengajar
Pelajar
Kurikulum
Metodologi
Prasarana
Kemudahan
Hubungan Masyarakat
Peranan
Polisi (Siyasah)
Kaedah yang digubal daripada tujuan pentadbiran yang menjadi hala tuju kepada proses pentadbiran tersebut.
Pengurusan (Tanzim)
Tindakan yang ditetapkan berasaskan panduan pentadbiran yang digariskan untuk dijadikan pelaksana.
Kepemimpinan (Qiyadah)
Penggerak kepada proses pentadbiran untuk melakukan perkara yang benar dan betul.
Perancangan (Takhtit)
Perancangan yang digariskan berasaskan polisi pentadbiran yang digubal untuk dijadikan panduan.