Model Kitaran Peradaban Ibnu Khaldun (1380an) menyatakan bahawa setiap peradaban akan melalui tiga fasa utama, peringkat permulaan (pengadunan), pengembangan (kemajuan) dan kemerosotan.
Jangkamasa normal yang diambil bagi setiap peradaban melengkapkan kitaran peradaban sekitar 100 tahun kecuali bagi negara atau peradaban yang dapat melaksanakan usaha pemulihan ketika diambang kemerosotan.
Kerajaan Melayu Melaka melengkapkan kitaran selama lebih kurang 120 tahun sebelum dijajah oleh Portugis (Feringgi) pada 1511.
Model Kitaran Peradaban Carroll Quigley (1960) menyenaraikan tujuh tahap kitaran peradaban, iaitu pengadunan, kelahiran, pengembangan, konflik, empayar dunia, kemerosotan dan penjajahan.
Bagaimanapun, ramai karyawan sejarah dan peradaban menyatakan bahawa model ini dibangunkan berdasarkan kepada model Ibnu Khaldun.