Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kesan Globalisasi dan Cabarannya Terhadap Tamadun - Coggle Diagram
Kesan Globalisasi dan Cabarannya Terhadap Tamadun
PENGENALAN
.
Cabaran globalisasi ini banyak mempengaruhi sikap manusia yang mana dahulunya sikap ataupun perangai seseorang individu itu adalah jauh berbeza dengan sikap negatif yang ditonjolkan pada masa kini. Hal ini sememangnya akan merunsingkan setiap daripada sekiranya cabaran globalisasi ini tidak dapat dibendung dengan lebih efektif. Cabaran globalisasi ini terdiri daripada pelbagai ciri yang berbeza-beza seperti perubahan konsep ruang dan waktu, berlakunya perubahan dari segi ekonomi, wujudnya perkembangan daripada media massa serta peningkatan kualiti taraf kehidupan. Daripada keempat-empat ciri yang diterangkan ini, sangat jelaslah bahawa cabaran globalisasi yang sedang rancak berlaku ini sangat memberi impak yang kurang baik kepada negara kerana ada juga budaya daripada negara luar yang akan memberi pengaruh kurang baik kepada masyarakat di dalam negara
DEFINISI
“Globalisasi” ini diambil daripada kata global, yang memberi makna universal.
Penjelasan tentang globalisasi menurut Kamus Dewan Edisi Kedua (1984) ianya memberi maksud mengenai fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia yang mana kita dapat melihat perubahan yang disebabkan oleh kepantasan perkembangan teknologi maklumat.
Selanjutnya, menurut Yusof al-Qardhawi (2001), maksud globalisasi ini adalah mensosialisasikan pola ataupun sistem tertentu yang dimiliki oleh sesuatu negara atau kelompok sehingga dapat menembusi seluruh dunia.
Selain daripada itu, menurut kamus dewan (2013) globalisasi ini juga boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang membolehkan sesuatu aktiviti seperti kebudayaan, ekonomi dan sebagainya boleh disebarkan mahupun diperluaskan sehingga ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikas
SINDIRAN SOSIAL YANG TERSIRAT
VIDEO 1
Dalam video 1 (PETRONAS) dapat dilihat bahawa sindiran sosial yang tersirat dalam video 1 adalah generasi muda yang bernama Muthusamy Karrupiah ini telah lupa akan asal usulnya. Sindiran sosial yang telah dinyatakan akan diterangkan dengan terperinci yang mana dalam video 1, Muthusamy Karrupiah ini telah menukarkan namanya kepada Sam. Hal ini sememangnya merupakan salah satu istilah sindiran sosial yang perlu dinyatakan dengan jelas kerana Muthusamy Karrupiah ini akan dilabel sebagai seseorang individu yang tidak mensyukuri serta tidak menghargai nama yang telah diberikan kepadanya kerana beliau sanggup untuk menukarkan nama sebenarnya kepada nama samara atau nama panggilan agar beliau dapat mengikuti trend yang diguna pakai di negara luar seperti di negara Barat. Bukan itu sahaja, kritikan lain yang boleh dinyatakan tentang perbuatan Muthusamy Karrupiah ini adalah beliau mudah alpha dengan dunia moden kerana beliau sangat mudah terpengaruh dengan budaya luar sehinggakan beliau lupa akan jati diri dan bangsa India
Nilai Murni
Kasih Sayang Terhadap Keluarga
Bertimbang Rasa
VIDEO 2
Dalam video 2 (MAXIS) pula, sindiran sosial yang jelas dilihat adalah tentang isu tidak meluangkan masa bersama ahli keluarga ataupun dengan saudara. Dalam video 2 ini, sindiran sosial yang jelas dilihat adalah tentang tiadanya masa terluang untuk berinteraksi dengan sesama manusia tetapi lebih memilih untuk bermain dengan alat peranti mudah alih seperti telefon bimbit dan alat pendengar suara. Hal ini jelas menyatakan tentang sikap Aiman yang leka bermain dengan gadgetnya tanpa menghiraukan Razif yang berusaha untuk bermain bersamanya yang ditunjukkan dalam video 2. Kesan penggunaan alat teknologi yang semakin canggih ini memberikan kesan yang positif serta kesan yang negatif dalam era globalisasi. Namun begitu, dalam video 2 ini, lebih banyak kesan negatif yang ditonjolkan kerana Aiman sering mengabaikan adik sepupunya iaitu Razif walaupun Razif sudah bersikap baik terhadapnya
Nilai Murni
Hormat Menghormati
Kesyukuran dan Keredhaan
Pilihan: Video 2
Justifikasi Pemilihan: CABARAN GLOBALISASI KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA
Dalam video 2 ini, cabaran globalisasi yang jelas dipaparkan adalah kehidupan Aiman yang tidak boleh menyesuaikan dirinya. Situasinya dalam Video tersebut telah menunjukkan kesan negetif penggunaan gajet
Kurangnya kesedaran tentang pentingnya sikap kekeluargaan maka akan runtuh sesebuah ikatan yang serharusnya terjalin di antara keluarga tidak kira muda mahupun tua
Runtuh sesebuah ikatan yang serharusnya terjalin di antara keluarga tidak kira muda mahupun tua akan meruntuhkan hubungan kekeluargaan