Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pedagogi Responsif @ Relevan Budaya - Coggle Diagram
Pedagogi Responsif @ Relevan Budaya
Definisi Pedagogi
Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2014), pedagogi bermaksud suatu kajian tentang kaedah dan prinsip pengajaran.
Menurut Zakaria et al (2017), Pedagogi Responsif Budaya bermaksud satu pengajaran yang menggunakan ciri-ciri budaya, pengalaman dan perspektif kepelbagaian etnik murid sebagai satu rangsangan untuk pengajaran yang lebih berkesan.
Menurut Billings (2009), Pedagogi Relevan Budaya bermaksud ialah pedagogi yang mengukuhkan murid dari segi intelektual, sosial, emosi dan politik murid dengan menggunakan rujukan budaya untuk meningkatkan ilmu, kemahiran dan perlakuan.
Elemen pedagogi yang berkaitan dengan budaya Villegas dan Lucas
mempunyai
kesedaran terhadap sosiobudaya
Guru mempunyai tahap kesedaran sosiobudaya mendalam, membolehkan memahami dan menyelesaikan isu yang timbul. Guru adalah individu yang membuat perubahan dalam kehidupan pelajar mereka.
memahami bagaimana murid membina pengetahuan
Guru mempunyai pemahaman terperinci tentang cara pelajar memperoleh pengetahuan melalui perkembangan kognitif dan intelek mereka. guru boleh mencipta pendekatan pengajaran yang berkesan untuk setiap pelajar.
menjadikan murid sebagai satu tanggungjawab untuk menjadikan sekolah lebih baik
adil
Guru harus mengagihkan tanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran positif kepada pelajar dan menanamkan intergriti dan tanggungjawab dengan melalui rancangan pengajaran dinamik, perbincangan interaktif dan menggalakkan pelajar mengambil inisiatif untuk penambahbaikan. guru boleh memperkasakan murid-murid mereka untuk menjadi ahli masyarakat yang proaktif dan produktif.
mengetahui tentang kehidupan
murid dan merekabentuk pengajaran berdasarkan pengetahuan sedia ada murid
Guru mereka bentuk pengajaran berdasarkan gaya pembelajaran individu, minat dan pengetahuan sedia ada untuk membangunkan perwatakan, kreativiti, pemikiran kritis dan kesedaran diri pelajar dengan mencabar mereka untuk mempersoalkan andaian dan meneroka idea baharu.
mempunyai pandangan positif terhadap murid pelbagai latar
belakang
Guru mempunyai sikap yang positif terhadap pelajar berlatar belakang pelbagai, dengan bertanggungjawab untuk memupuk minda muda untuk masa depan yang lebih cerah.
Definisi Releven
Relevan adalah suatu hal yang memiliki kaitan atau hubungan erat dengan pokok masalah yang sedang dibicarakan
Relevan juga dapat diartikan sebagai hal yang bersangkut paut, berguna secara langsung, atau memiliki hubungan yang selaras dengan topik yang dibahas
Dalam dunia pendidikan, relevansi mengacu pada kesesuaian antara kemampuan yang didapat melalui pendidikan dengan kebutuhan pekerjaan
Definisi Responsif
Responsif adalah sifat atau sikap yang cepat memberikan tanggapan atau merespons sesuatu
Orang yang responsif mudah memberikan kerjasama atau reaksi yang membantu terhadap sesuatu usaha atau situasi
Responsif sangat penting dalam komunikasi dua arah karena dapat memperbaiki hubungan dan berdampak positif pada kehidupan