Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Teori dan bentuk keterampilan berbahasa - Coggle Diagram
Teori dan bentuk keterampilan berbahasa
BENTUK KETERAMPILAN BERBAHASA
Bentuk Mendidik
Maksud: Penyampaian bentuk mendidik ialah proses
penggunaan komunikasi untuk mendedahkan
atau mengajar masyarakat bagi tujuan
pemerolehan ilmu.
Ciri-ciri: Menjelaskan kaitan, hubungan antara benda
dan peristiwa
Tujuan: Memindahkan idea secara berkesan kepada
orang lain.
Kepentingan: Menjadikan komunikasi dapat difahami
Bentuk Memujuk
Maksud : penyampaian bentuk memujuk ialah proses menggunakan komunikasi untuk mempengaruhi, membentuk, mengawal atau mengubah sikap orang lain dengan mendapatkan keputusan, reaksi atau tindakan sebagaimana yang dirancangkan
Ciri-ciri: 1) untuk mempengaruhi khalayalak bagi mengubah persepsi, pandangan, dan pemikiran
2)Menggerakkan khalayak untuk melakukan tindakan
Kepentingan : 1) Usaha untuk menggerakkan seseorang bagi mengembangkan potensi dan kemajuan dalam pelbagai bidang
2) Menimbulkan kesedaran sehingga menghasilkan tindak balas yang positif
3)Membimbing bai melaksanakan sesuatu hasrat
Bentuk perbincangan
Maksud: Merupakan proses interaksi secara bersemuka yang terdapat pertukaran idea, perbincangan dan penyelesaian masalah bagi meningkatkan kefahaman seseorang
Ciri-ciri: Menumpukan keupayaan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Kepentingan: Mendapat reaksi atau tindak balas tentang sesuatu topik dan penyelesaian dalam perbincangan.
Bentuk syarahan umum
Maksud: proses penggunaan komunikasi secara sehala yang disampaikan dalam bentuk ucapan kepada kelompok pendengar
Tujuan: untuk mempengaruhi pendengar agar bersetuju dengan perkara yang disampaikan
Ciri-ciri : 1) terdapat kolompok yang dengar
2) idea yang disampaikan secara lisan
3) Menyatakan maklumat secara terperinci dan fakta
4) terdapat interaksi sesi soal jawab
Prinsip: 1) pengumpulan isi dan pencarian maklumat
2) penyusunan isi yang sistematik dan rapi
3) penggunaan bahasa yang sesuai
Bentuk menghibur
Maksud: Merupakan proses menggunakan komunikasi untuk membuat kan pendengar atau audiens gembira dan seronok serta hilang ketegangan
Contoh: Membaca komik yang berunsur jenaka, menonton cerita jenaka melalui televisyen
Ciri-ciri: Menghilangkan ketegangan daripada masalah kehidupan
Kepentingan: Menghindarkan diri daripada tekanan perasaandan dapat memupuk hubungan dengan orang lain.
TEORI KETERAMPILAN BERBAHASA
Teori Biologis
Peranan kognisi yang ada pada otak dan mental menjadikan bahasa yang dihasilkan bersifat kreatif dan tidak terbatas. Teori ini mengandaikan bahawa manusia mempunyai alat keupayaan semula jadi untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang diperoleh.
Chomsky (1957) menyatakan bahawa manusia telah dilahirkan dengan alat penguasaan bahasa atau Language Acquisition Devices (LAD) yang membantu manusia memperoleh dan menguasai bahasa.
Pendapat teori behaviorisme telah ditolak oleh golongan mentalis yang beranggapan bahasa ialah pengetahuan yang dihasilkan oleh proses mental sebagai satu aktiviti semula jadi manusia.
Teori Mentalistik
Tahap perkembangan kognitif
Tahap 4
Operasi Format (11 tahun hingga dewasa)
Tahap 3
Operasi Konkrit ( 7 hingga 11 tahun)
Tahap 2
Praoperasi (2 hingga 7 tahun)
Tahap 1
Sensorimotor atau deria motor ( lahir hingga 2 tahun)
Konsep yang diperkenalkan oleh Piaget:
Skema
Merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu perkara dengan cara tertentu. Sebagai contoh, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti menghisap, memandang, mencapai, merasa dan memegang sewaktu dilahirkan.
Adaptasi
Merupakan satu keadaan yang wujud keseimbangan antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan ini akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk mencipta hubungan tentang apa yang dipelajari.
Akomodasi
Merupakan satu proses tentang struktur kognitif yang mengalami perubahan. Akomodasi ini berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi atau menyesuaikan persekitaran baharu yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
Asimilasi
Merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang barudiperoleh dengan skema yang sedia ada. Proses yang berlaku ini membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperoleh.
Pengetahuan bukanlah satu latihan pancaindera tetapi pemikiran manusia. Aliran ini beranggapan bahawa bahasa ialah pengetahuan yang dihasilakan oleh sesuatu proses otak dan saraf setelah menerima bahan dalam bentuk ransangan daripada pancaindera.
Teori ini tergolong juga dalam keluarga Teori Kognitif yang bersifat mentalis namun cuba menghubungkan realtiti mental dengan lakuan bahasa yang betul atau sebenar.
Teori Behaviorisme
Teori Pelaziman Operan (Skinner)
Prinsip Skinner
Pengukuhan Positif
Pengukuhan Negatif
Dendaan
Skinner mempertahankan satu tuntutan dasar yang mengatakan bahawa perilaku berbahasa kanak-kanak, iaitu proses pemerolehan bahasa ibundanya, muncul secara beransur-ansur mengikuti peristiwa-peristiwa pengukuhan tertentu (Skinner, 1974). Teori behaviourisme cuba menghuraikan pertalian antara psikologi dengan bahasa melalui pendekatan yang dapat dialami atau diamati secara langsung atau fizikal.
Teori Behaviorisme (Watson)
Prinsip Watson
Keseringan = rangsangan kerap hasilkn tindak bls lebih besar
Prinsip Kebarusan/Kebaharuan
rangsangan dlm bentuk lebih besar akn tingkatkn tindak balas
Menekankan benda-benda yang diamati secara langsung, iaitu rangsangan dan gerak balas, sedangkan apa-apa yang berlaku dalam otak tidak berkaitan untuk dikaji.Gerak balas telah diamati dan diketahui maka gerak balas dapat diramalkan.
Teori Penghubungan (Thorndike)
-menekankan latihan yang diulang atau berterusan
-manusia belajar kaedah cuba jaya
Motivasi, ganjaran dan denda amat penting
Prinsip
Kesediaan
•dari segi psikomotor, efektif, kognitif sebelum memulakan pembelajaran
Latihan
•latihan yang diulang-ulang meningkatkan kemahiranp3mbelajaran
kesan
•kesan menyeonokkan meningkatkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas
Teori Pelaziman Klasik (Pavlov)
menekankan sifat kelakuan/tabiat semula jadi
pembelajaran sbg perubahan tingkah laku
pendekatan kelakuan : tingkah laku dinilai sblm pengajaran bermula
adanya rangsangan (stimulus) + tindak balas berdasarkan peneguhan dan pengukuhan
Konsep
Penghapusan
● penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim
●Cth: bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tak terlazim lama ,elamaan bunyi loceng tadi tak akan merangsang anjing untuk mengeluarkan air liur
Diskriminasi
tindak bls kpd rangsangan tertentu shj
cth : Ahmad suka subjek Biologi krn tak berkait dengan Math atau Fizik
Generalisasi
tindak balas sama dengan rangsangan
cth : Ahmad tak suka subjek Matematik menyebabkan dia lemah dlm subjek Fizik krn 2 subjek itu berkait