Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pengajaran Makro - Coggle Diagram
Pengajaran Makro
Konsep
Pengajaran makro adalah konsep pendidikan yang menekankan pada pemahaman dan analisis terhadap aspek-aspek besar atau luas dalam suatu bidang pengajaran. Hal ini melibatkan pemahaman tentang konsep-konsep dasar, prinsip-prinsip, dan teori-teori dasar bidang pembelajaran tersebut.
Pengajaran makro biasanya diimplementasikan melalui pembelajaran kelas, seminar, dan penelitian yang menekankan pada pemahaman konsep dan teori yang mendasari bidang pembelajaran tersebut serta penerapannya dalam kehidupan nyata. Tujuan utama dari pengajaran makro adalah untuk membantu murid mengembangkan pemahaman yang lebih luas tentang bidang pembelajaran yang dipelajari, sehingga mereka dapat memiliki kemampuan untuk menganalisis dan menyelesaikan masalah secara holistik dan mendalam.
Objektif
Menyediakan suatu kemahiran lengkap kepada semua guru pelatih serta mempraktikkan suatu suasana sebenar apabila mengajar dan juga ia akan memperbaiki kelemahan-kelemahan pengajaran yang berlaku di samping mengukuhkan kelebihan mengajar.
Bertujuan supaya memahami ciri-ciri perancangan pengajaran makro dan membina rancangan pengajaran makro mengikut format latihan seterusnya dapat mengaplikasikan sesi pengajaran makro dalam bilik darjah.
-
-
-
-
-
Kepentingan
Memberikan peluang kepada guru pelatih untuk mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu dalam situasi yang terancang (hands-on)
Untuk mengenal pasti dan mengurangkan masalah pengajaran sendiri atau kawan-kawan (sebelum, semasa, selepas)
Mengenal pasti kebaikan pengajaran sendiri atau kawan-kawan dan seterusnya mengukuhkan kebaikan tersebut
-
Untuk memberikan guru pelatih peluang untuk menjalankan amali sebenar-benarnya utk melatih diri menjadi sbg seorang guru
-
-
Prinsip
Objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran makro, guru mempunyai objektif yang besar dan luas merangkumi aras pengetahuan pelajar.
Jumlah pelajar. Jumlah pelajar yang terlibat jauh lebih ramai bergantung kepada bilangan pelajar di dalam kelas sebenar. Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang sebenar dan bukan dari lakonan rakan-rakan. Justeru itu, pengajaran guru adalah mencabar dengan karenah para pelajar.
Strategi pengajaran. Dalam pengajaran mikro, guru perlu mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran supaya sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik.
Jangkamasa Pengajaran. Jangkamasa yang ditentukan dalam pengajaran makro adalah berdasarkan kepada jadual waktu kelas yang memakan masa selama antara 35 hingga 45 minit satu masa. Ekoran itu, guru perlu bijak merancang pengajaran dan pembelajaran dengan peruntukan masa yang ditetapkan.
Bahan pelajaran. Dalam pengajaran makro, guru perlu menyampaikan keseluruhan isi pengajaran yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Oleh itu, guru perlu menguasai sepenuhnya bahan yang hendak disampaikan dan tumpuan guru ketika menyampaikan adalah menyeluruh.
Perbincangan dan refleksi. Penilaian kendiri perlu dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai refleksi atau muhasabah berkaitan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran perlu diperbaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang perlu dibuat refleksi ialah objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid disamping keazaman guru untuk memperbaiki pengajarannya.
Aplikasi Pengajaran Makro. Pengajaran mikro ialah penyampaian pelajaran lengkap yang mengandungi kemahiran-kemahiran pelbagai dalam satu sesi pengajaran pembelajaran dalam kelas sebenar. Pengajaran makro dipraktikkan oleh guru pelatih dengan diperhatikan oleh rakan pelatih yang lain. Pengajaran mikro berdasarkan masa pengajaran sebenar seperti yang ditetapkan, samaada menggunakan masa 30 minit atau 40 minit. Ianya bertujuan membiasakan guru pelatih melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi pengajaran, disamping mereka dapat memperbaiki kelemahan sebelum mereka menghadapi situasi pengajaran sebenar di bilik darjah di sekolah.