Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Aplikasi Kemahiran Membaca dan Kemahiran Mendengar dan Bertutur - Coggle…
Aplikasi Kemahiran Membaca dan Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Teknik pengajaran kemahiran membaca
Kaedah pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur.
Kaedah Fonetik/Linguistik
Dikenali sebagai kaedah reform.
Pengajaran dimulakan dengan latihan pendengaran, kemudiannya sebutan.
Latihan sebutan dimulakan dengan bunyi, perkataan, frasa dan ayat.
Ayat-ayat dibina kemudian digabungkan menjadi dialog dan cerita.
Menggunakan simbol fonetik.
Nahu atau tatabahasa dikemukakan sebelum peraturan dan rumus-rumus bahasa diajar.
Murid akan menulis karangan berdasarkan apa yang dibaca.
Kaedah Eklektik
Mengambil ciri-ciri yang baik daripada kaedah-kaedah yang lain.
Kaedah yang aktif.
Kemahiran bahasa diajar mengikut susunan.
Bersifat fleksibel kerana guru boleh mengubahsuai mengikut keperluan murid
Aspek tatabahasa diajar mengikut situasi sama ada induktif atau deduktif.
Kaedah Audio-Lingual
Gabungan dua kemahiran iaitu mendengar dan bertutur.
Bahan bantu mengajar untuk audio seperti radio, pita perakam dan piring hitam.
Melalui pengalaman mendengar, murid dilatih menyebut perkataan, frasa dan ayat yang didengarinya termasuk nada dan intonasi secara latih tubi.
Murid lebih mudah mengingat maklumat yang didengar dan bunyi linguistik yang berbeza serta nada dan intonasi
Kaedah Komunikatif
Berlandaskan teori huraian bahasa fungsian dan teori kecekapan komunikatif.
Teori pembelajaran berdasarkan teori interaksi.
Mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak melibatkan komunikatif dan interaksi bahasa.
Melalui pemerolehan bahasa, mereka menguasai makna terlebih dahulu sebelum dapat gambarkan makna dalam struktur ayat.
Kaedah Terus
Pengajaran dan pembelajaran secara natural iaitu menggunakan terus bahasa sasaran tanpa terjemahan dalam bahasa ibunda.
Diajar secara konkrit.
Pengajaran suatu topik baharu berdasarkan topik yang telah diajar.
Kesalah dikurangkan kerana murid dibiasakan dengan cara berfikir dan bertutur dalam bahasa sasaran.