Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MOOC Massive Open Online Course - Coggle Diagram
MOOC
Massive Open Online Course
DEFINISI MOOC
Kursus Terbuka atas Talian Secara Besar-Besaran (MOOC) adalah kursus dalam talian bertujuan untuk penyertaan interaktif besar-besaran dan akses terbuka melalui laman web.
Selain bahan-bahan kursus tradisional seperti video, bacaan, dan set masalah, MOOC juga menyediakan forum pengguna interaktif yang membantu membina masyarakat untuk pelajar dan tenaga pengajar.
The MOOC telah diperkenalkan pada tahun 2008 semasa yang dipanggil "Connectivism” dan Pengetahuan perantara yang telah dibentangkan kepada 25 tuisyen pelajar yang membayar dalam Pendidikan Lanjutan di University of Manitoba sebagai tambahan kepada 2,300 pelajar-pelajar lain dari orang awam yang mengambil kelas dalam talian percuma percuma.
KONSEP MOOC
Konsep MOOC lebih kepada pembelajaran yang berlaku pada skala yang lebih besar, tanggungjawab tersebut terletak kepada pelajar.
Tidak ada tekanan untuk menghadiri forum-forum, menyertai, berhubung dengan guru pengajaran dan menghulurkan pandangan dan sebagainya.
Konsep yang ingin diterap dalam kursus ini menuntut untuk banyak membaca dan juga berinteraksi tetapi ini tidak wajib (kebanyakan masa). MOOC adalah untuk orang-orang yang mencari ilmu tambahan dengan mengisi masa lapang mereka.
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
Kelebihan
Konsep penyampaian P&P secara konvensional yang memerlukan pelajar secara fizikalnya berada di dalam dewan kuliah untuk mengikuti sesi P&P tidak lagi diperlukan, sebaliknya memadai dengan adanya capaian internet yang bagus untuk mengikuti kuliah. Secara tidak langsung, dapat menjimatkan masa dan kos untuk berada di dewan. Pelajar boleh mengikuti kursus dari jarak jauh dan di mana sahaja berada.
Bagi pensyarah pula, mereka boleh menyediakan bahan P&P lebih awal sebelum suatu kursus dimulakan. Ini memerlukan sedikit kemahiran di kalangan mereka untuk merangka kandungan kursus yang akan disampaikan kepada pelajar.
kemahiran dan kepakaran dari beberapa pihak yang terlibat dengan teknologi pendidikan diperlukan untuk menjayakan pembangunan produk MOOC. Secara tidak langsung menggalakkan para ahli akademik menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan P&P.
Kekurangan
Menurut BPDA Detroit Chapter (n.d), bagi pelajar yang mengikuti kursus dari portal MOOC yang percuma dikhuatiri mempunyai isu berkaitan dengan tahap motivasi yang rendah. Ini adalah kerana, ia adalah suatu program berbentuk sukarela, dan pelajar tidak akan dikenakan penalti sekiranya gagal menamatkan kursus dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Berdasarkan laporan yang dibentangkan oleh edX (2012) seperti yang dipetik oleh O’Connor (2014) menunjukkan bahawa sebilangan besar peserta kursus atas talian yang percuma lebih cenderung untuk meninjau sahaja bahan-bahan P&P yang dimuatkan dalam portal berbanding dengan melengkapkan suatu kursus sehingga memperolehi sijil perakuan tamat kursus.
ISU DAN CABARAN
Terdapat juga kritikkan atau isu yang berbangkit seperti tidak ramai menyertai sehingga ke penghujungnya kerana berasa kurang bermotivasi dan para peserta juga beranggapan MOOC ini kurang bernilai.
Memandangkan MOOC ini bersifat terbuka akan tetapi sukar menyebarkan secara global kerana kandungan pengajaran itu perlu diterjemah dahulu supaya boleh digunakan oleh orang yang berbahasa lain.
kurang penyelidikan, terutamanya mengenai sistem bantuan yang diperlukan oleh sesuatu universiti dan institusi.
Penerimaan setiap individu juga berbeza dan menyukarkan sesuatu maklumat distruktur bagi setiap individu yang mempunyai perbezaan pendapat dan fahaman.
maklum balas yang diperoleh dan panduan yang kurang jelas juga menjadi punca permasalahan jika dibanding maklumat yang disampaikan di dalam kelas dan kuliah.
BAGAIMANA MOOC MEMBERIKAN
MANFAAT KEPADA SISTEM
PENGAJIAN TINGGI?
MOOCs memberi manfaat kepada sistem pendidikan tinggi Malaysia kerana MOOCs dapat meningkatkan enrolmen pelajar, mempertingkatkan kualiti pengajaran, mengantarabangsakan IPT dan mengurangkan kos penyampaian kandungan kursus.
KEUNIKAN MALAYSIA MOOC
Malaysia MOOCs ialah inisiatif pertama di dunia yang menghimpunkan semua pelajar tahun pertama dari 20 buah universiti awam Malaysia menggunakan satu platform. Ia menandakan penglibatan pertama oleh universiti awam Malaysia dalam MOOCs. Kini, semua Universiti Awam, Kolej Komuniti dan beberapa buah IPTS telah menawarkan kursus MOOCs melalui platform OpenLearning.
KURSUS YANG DITAWARKAN
OLEH MALAYSIA MOOC
Terdapat tiga (3) kategori kursus yang ditawarkan oleh Malaysia MOOCs iaitu kursus umum, kursus tujahan (niche) dan kursus pembelajaran sepanjang hayat.