Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kerajaan Umaiyah Tahap 2 ( Andalusia) - Coggle Diagram
Kerajaan Umaiyah Tahap 2 ( Andalusia)
Faktor Kejatuhan
SOSIAL
Sikap taksub antara kabilah arab utara dan selatan sehingga mencetuskan perpecahan dan gerakan sulit untuk menumbangkan kerajaan
Sikap diskriminasi sebahagian khalifah terhadap golongan Mawali seperti bangsa Parsi dan Barbar dalam pemilihan jawatan gabenor
POLITIK
Sistem lantikan khalifah secara monarki menimbulkan perebutan kuasa dan persaingan dalam kalangan anggota keluarga
(Sikap Abu Abdullah yang hilang pertimbangan dan tidak berpuas hati dengan pewarisan takhta yang diputuskan oleh bapanya, menyebabkan beliau memberontak sanggup mengorbankan nyawa bapanya.)
Pemberontakan oleh puak Syiah dan Khawarij serta golongan yang tidak berpuas hati dengan penubuhan kerajaan Umaiyah
AKHLAK PEMIMPIN
Pada kurun ke-17, pemimpin Islam mula mementingkan kemewahan lebih daripada kerajaan dan rakyatnya
Keruntuhan moral dalam kalangan khalifah kerana cenderung kepada hiburan dan kekejaman
Sikap beberapa pemerintah mengabaikan ajaran islam
Khalifah mengamalkan cara hidup mewah dan boros dalam perbelanjaan hingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat
ZAMAN KEGEMILANGAN
Zaman kegemilangan kerajaan Bani Umaiyyah di Sepanyol bermula dari tahun 912M hingga ke tahun 976M iaitu kira-kira 64 tahun
Melibatkan dua orang Amir(khalifah) iaitu Abdul Rahman III (912-961M) dan al-Hakam II al-Mustansir(961-976M).
Kerajaan Bani Umaiyyah mencapai kegemilangan dalam pelbagai aspek politik, ekonomi, sosial dan intelektual. Semasa pemerintahan Abdul Rahman III keadaan dan suasana negara agak tegang kerana pemberontakan dan penderhakaan berlaku.
Tugas utama Abdul Rahman III selepas dilantik ialah mententeramkan keadaan negara bagi menyatupadukan semua masyrakat akibat daripada pemberontakan Ibn Hafsun.
Tahun-tahun berikutnya Abdul Rahman mengalihkan pandangannya kepada markas-markas tentera yang mengawal di kawasan yang menjadi rebutan di kawasan sempadan bagi tujuan meletakkan pengawalan sepenuhnya di bawah kerajaan pusat.
LATAR BELAKANG
Terdapat empat orang ‘Amir yang memerintah kerajaan Bani Umaiyyah iaitu:
Abdul Rahman I al-Dakhil ( 756M – 788M)
Hisham I ( 788M – 796M)
Al-Hakam I ( 796M – 822M)
Abdul Rahman II ( 822M – 852M)
Keempat-empat ‘Amir ini bertanggungjawab menubuh dan membina asas-asas penting kerajaan Bani Umaiyyah. Mereka ini merupakan pemimpin-pemimpin yang berkaliber khususnya Abdul Rahman I dan Abdul Rahman II.
Selepas itu mereka berangkat ke Sepanyol pada bulan September 755M. Pada bulan Mei 756M, Abdul Rahman al-Dakhil dan tentera Syria bertempur dengan tentera suku Qais yang memerintah pada masa itu. Mereka berjaya menewaskan tentera Qais. Selepas itu Andalusia jatuh ke tangan Abdul Rahman al-Dakhil dan diisytiharkan menjadi Amir di Andalus.
Kerajaan Bani Umaiyyah di Damsyik telah jatuh pada tahun 750M. Abdul Rahman al-Dakhil dan kaum keluarga Bani Umaiyyah ditangkap, disiksa dan dibunuh oleh pemerintah Abasiyyah yang baru. Beliau dan khadamnya, Badr, berjaya melarikan diri dari cengkaman kejam pemerintah yang baru. Mereka berdua telah melarikan diri ke Palestin, kemudian ke Mesir dan seterusnya ke kawasan pantai Maghribi pada 755M. Sesampainya di sana, mereka telah menetap bersama keluarga berbangsa Badar.
Pada awal cadangannya, mereka ingin ke Sepanyol untuk mencari pengaruh dan lari dari ancaman yang mereka hadapi. Oleh itu beliau mengutus khadamnya, Badr, ke Sepanyol untuk mendapatkan sokongan. Badr telah berjumpa dengan ketua kumpulan tentera Syria (Syamiyyin ) dan Badr berjaya meyakinkan pemimpin-pemimpin tentera tersebut. Mereka bersedia menyambut kedatangan Abdul Rahman al-Dakhil. Badr dan wakil dari Sepanyol iaitu Abdul Ghalib Tamman pulang ke Maghribi untuk memberitahu Abdul Rahman al-Dakhil.
Kerajaan Bani Umaiyyah memerintah sendiri dan bebas dari kuasa luar kerana dahulunya kerajaan Islam di Andalus diletakkan di bawah kerajaan Bani Umaiyyah di Damsyik yang mewakilkan kepada gabenornya di Afrika Utara untuk melantik pemimpin atau gabenor di Andalusia. Akan tetapi setelah berlaku perubahan itu, maka kerajaan Bani Umaiyyah di Andalus berada di bawah pimpinan seorang Amir yang akan mencari identitinya sendiri.
SUMBANGAN
PENDIDIKAN
pusat pengajian tinggi di Cordova diasaskan oleh Abdul Rahman III kemudian berkembang menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah.
Perpustakaan diasaskan oleh al-Hakam II
17 buah pusat pengajian dan 70 buah perpustakaan di Andalusia dibina semasa pemerintahan Abdul dan al-Hakam.
pusat keilmuan juga berkembang di Seville, Toledo dan Granada
menterjemahkan karya tokoh Yunani ke dalam bahasa Arab memberikan peluang kepada masyarakat kerajaan Bani Umaiyah dan Arab untuk mempelajari pelbagai ilmu daripada buku terjemahan berkenaan dan sarjana Islam yang terkenal di Andalusia
Cordova ialah pusat kegemilangan ilmu dan jambatan pengetahuan antara dunia Islam dengan Eropah
SISTEM KEWANGAN
penubuhan baitulmal mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan negara
sumber pendapatan negara: kharaj (cukai tanah), jizyah (cukai perlindungan), zakat usyur (cukai 1/10 daripada hasil pertanian yang didapati oleh tuan tanah), dan ghanimah (harta yang dirampas oleh tentera melalui peperangan)
Cordova: pusat kegiatan ekonomi dan perdagangan antarabangsa
sektor pembuatan: mengembangkan kemahiran pembuatan barangan tembikar serta perhiasan daripada perak dan emas, memproses kulit dan membuat senjata
sektor pertanian: sistem saliran untuk menyuburkan dan memajukan tanah pertanian, penyelidikan dilakulan untuk mendapatkan benih yang berkualiti
STRUKTUR PEMERINTAHAN
Kerajaan Bani Umaiyyah diperintah mengikut sistem autokrasi iaitu pemerintah mempunyai kuasa penuh. Amir ini bertindak sebagai ketua tentera dan kehakiman.
Wilayah Cordova dijadikan sebagai ibu kota negara.Hal ini kerana kotanya yang strategik untuk menjalankan pelbagai urusan.
Di bawah Amir terdapat seorang Perdana Menteri ( Hajib ) sama fungsinya dengan wazir di kawasan di kawasan timur Empayar Islam.
Bawah Hajib pula terdapat menteri-menteri yang tugasnya mengendalikan kerja-kerja pentadbiran yang berpusat di Istana Cordova.
Di bawah menteri terdapat gabenor ( wali ) yang bertugas sebagai pentadbir wilayah ( kura ).
Ulama pula menjadi penasihat kepada Khalifah yang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Amir, khususnya dalam bidang agama