Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MODOFIKASI TINGKAH LAKU PEMPELJARAN - Coggle Diagram
MODOFIKASI TINGKAH LAKU PEMPELJARAN
Pengenalan
Langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada yang positif.
Tujuan -
mengubah tingkah laku negatif atau salah laku murid yang dikesan dalam bilik darjah kepada tingkah laku positif
membentuk iklim bilik darjah yang berdisiplin dan kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Langkah-langkah sistematik
Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah
Menetapkan matlamat
Menentukan strategi bertindak
Merancang prosedur atau plan tindakan
Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak
Menilai keberkesanan dan mengubah plan jika perlu
Memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
Teknik
Time-out
mengurangkan tingkah laku seperti tantrums, tingkah laku yang tidak diingini, menjerit,agresif dan penggunaan kata-kata yang tidak sesuai
Penecualian sosial - satu bentuk pengubahsuaian tingkah laku yang melibatkan pemisahan sementara kanak-kanak dari persekitaran
Reverse Psychology
kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif
Tujuan - murid-murid dapat melupakan tingkah laku negatif dan beralih kepada tingkah laku positif
Guru mahir dalam memahami psikologi murid yangberkenaan, serta mengenali sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya
Contract (lisan/bertulis)
perjanjian lisan atau bertulis
Contoh: membuat kontrak formal dengan guru besar dapat menyakinkan murid bahawa dia akan dikenakan tindakan yang berat sekiranya melakukan kesalahan
Lisan - Melalui percakapan, Bertulis: melalui penulisan seperti surat atau borang amaran
Shaping
proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur
Memberikan ganjaran kepada murid setiap kali dia semakin hampir kepada sesuatu matlamat tingkah laku yang telah ditetapkan oleh guru
Semakin bertambah progress, semakin besar ganjaran
Matlamat spesifik hendaklah ditetapkan
Peneguhan
Peneguhan Positif
Menggunakan ganjaran yang efektif dan ganjaran yang sesuai (stimulus) untuk meningkatkan respon positif
Jenis Ganjaran
Ganjaran primer ( susu, makanan, gula-gula)
Ganjaran terlazim (bintang, token, markah tinggi, penerimaan sosial dan sentuhan, perkataan (lisan dan bertulis), permainan dan aktiviti, ekspresi dan wajah guru (muka atau badan).
Peneguhan positif ialah satu proses di mana guru-guru akan cuba mengawal tingkah laku murid dengan motivasi, hadiah dan sentuhan serta kata-kata perangsang yang dapat membaiki/ mengubah tingkah laku murid-muridnya
Peneguhan Negatif
Digunakan jika peneguhan positif tidak berkesan
Dendaan, memarahi murid, menggunakan kata-kata kesat atau menyuruh mereka menjalani ‘time out’
Fungsi - mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi
Peneguhan negatif meningkatkan kemungkinan berlaku sesuatu respon
Kepentingan
Membawa peningkatan dalam pencapaian akademik, kompetensi sosial dan iklim sekolah yang lebih kondusif
Membantu meningkatkan penglibatan murid-murid bermasalah dalam perbincangan kelas
Motivasi intrinsik murid-murid juga dapat dipertingkatkan di mana mereka tidak mengharapkan lagi ganjaran kebendaan untuk menunjukkan tangkah laku yang positif.
Sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih lancar dan apa yang ingin disampaikan pada hari tersebut mencapai objektifnya
Dapat menolong menukar persekitaran sekolah, dengan menggantikan tingkah laku negatif kepada positif