- Situasi 1 -
Bonda mengajak Sarah ke sebuah pasar raya untuk membeli bahan-bahan untuk memasak. Sarah yang tidak pernah pergi ke pasar raya, seakan tertarik dengan ajakan bondanya. Dia bertanya perihal mengenai sebuah pasar raya kepada bonda. Bonda menjelaskan mengenai pasar raya dan menyatakan perkataan 'sebuah' itu merujuk kepada penjodoh bilangan. Sarah tertarik dan terus bersetuju mengikuti bonda kerana dia ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai ‘sebuah pasar raya’
Bonda: Sarah, tak lama lagi ayah akan pulang. Bahan memasak dekat dapur dh habis. Apa kata Sarah ikut bonda pergi ke sebuah pasar raya?'
Sarah: Sebuah pasar raya ? kenapa pasar raya kita perlu cakap sebuah ?
Bonda: Haa betul sarah! Sebuah merupakan penjodoh bilangan yang digunakan untuk pasar raya.
Sarah: Penjodoh bilangan ? Apa itu penjodoh bilangan ?
Bonda: Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan bersama dengan bilangan untuk membilang sesuatu seperti benda, haiwan, tempat dan lain-lain lagi. penjodoh bilangan juga digunakan untuk menerangkan bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya.
Latar tempat : dapur
warna : biru
- Situasi 2 -
Sarah: Eh bonda, sebuah pasar raya tu rupanya pasar raya je.
Bonda: Ye Sarah betul. Mcm yang bonda katakan, sebuah digunakan untuk perkara atau benda-benda yang besar dan padu atau tidak mempunyai bentuk tertentu. Sebagai contoh, sebuah pasar raya.
Sarah: Adakah ianya merujuk kepada bangunan sahaja bonda?
Bonda : Tidak semestinya Sarah. Sebuah juga boleh digunakan untuk bandar, kampung, rumah dan banyak lagi. contohnya untuk benda seperti sebuah buku atau sebuah kereta
Latar tempat : pasar raya
warna : hijau & putih
- Situasi 3 -
Bonda menggunakan persekitaran dalam pasar raya sebagai contoh-contoh untuk menerangkan mengenai penjodoh bilangan.
Bonda: Penjodoh bilangan seperti helai dan keping biasanya digunakan untuk membilang benda nipis dan leper.
Sarah: Benda yang nipis dan leper ? contohnya apa ye bonda ?
Bonda: Perkataan helai boleh digunakan untuk pakaian seperti sehelai tudung atau sehelai baju. macam pakaian yang Sarah pakai sekarang.
Sarah: Macam mana pula dengan keping bonda ?
Bonda: Keping boleh digunakan untuk benda yang berkeping-keping seperti kad atau papan.
Sarah: pakaian juga boleh dikategorikan sebagai sehelai. bagaimana pula dengan sepasang baju bonda ? semalam, ayah ada belikan sepasang baju kepada Sarah. Adakah sepasang itu menunjukkan penjodoh bilangan
Bonda: Iye betul, Sarah. Sepasang juga boleh digunakan untuk pakaian. sepasang digunakan untuk membilang benda atau manusia yang berpasangan.
Sarah: Manusia yang berpasangan itu apa bonda ?
Bonda: Manusia yang berpasangan bermaksud sesuatu yang dalam bilangan dua. seperti baju dan seluar. ianya berpasangan. atau sepasang suami isteri seperti bonda dan ayah. Sarah faham ?
Sarah : Faham bonda!
Latar tempat : pasar raya
warna : hijau & putih
- Situasi 4 -
Sarah: Bonda , Sarah teringan nak makan epal. Boleh ke kita beli ?
Bonda: Baiklah. Sarah nak makan sebiji epal atau lebih ?
Sarah: Sebiji epal itu apa bonda ?
Bonda: Sebiji merupakan penjodoh bilangan untuk membilang benda, buah atau sayur yang kecil dan bundar. Buah durian ini pula, kita panggil sebiji durian juga.
Sarah: Wah sebiji durian ye bonda. Tetapi kenapa semasa kita makan durian minggu lepas, kakak cakap dia sakit perut kerana memakan seulas durian.
Bonda: Untuk buah durian, penggunaan seulas juga boleh digunakan. Kakak meminta seulas durian kerana dia hendak makan dalam kuantiti yang sedikit. jadi penjodoh bilangan ini digunakan mengikut kesesuaian sesuatu benda atau objek.
Latar tempat : pasar raya
warna : hijau & putih
- Situasi 5 -
Sarah : Wah banyak ye sara belajar hari ini mengenai penjodoh bilangan. Terima kasih bonda!
Bonda : Ye sama-sama sara! Jom kita bayar barang.
Sarah : Baiklah bonda!