Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
5.1 PENGENALAN KEPADA ASAS PEMASARAN - Coggle Diagram
5.1
PENGENALAN KEPADA
ASAS PEMASARAN
Definisi Pemasaran
Menurut Philip Kotler, pemasaran merupakan aktiviti menusia dalam memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui proses pertukaran.
Pemasaran bukan hanya berkisar tentang jualan, tetapi ia jug melibatkan urusanurusan sebelum jualan seperti kajian, pembangunan produk, kualiti produk, perletakan harga, pengagihan produk, pembungkusan, urusan selepas jualan dan sebagainya.
Pemasaran merupakan satu proses sosial dan pengurusan di mana individu atau kumpulan memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui penghasilan dan penukaran produk atau nilai di kalangan mereka.
Peranan Pemasaran
Memantapkan dan Memanjangkan
Usia Perniagaan
Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran tidak akan menjual produk atau perkhidmatan yang tidak sesuai kepada pasaran sasar. Pengeluar akan menghentikan pengeluaran dan penjualan produk atau mengubahsuai sedaya upaya untuk memenuhi kehendak pelanggan. Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran yang baik akan melihat kepada kejayaan syarikat untuk jangka masa panjang berbanding yang tidak mengamalkannya.
Peluang Perniagaan Dalam Industri Berkaitan
Di samping kerjaya terus dengan aktiviti pemasaran, terdapat banyak peluang kerjaya serta perniagaan dalam aktiviti serta industri yang berkaitan dengan pemasaran seperti papan iklan, industri percetakan dan industri lukisan dan karya kreatif. Industri tambahan ini dapat menambahkan lagi peluang pekerjaan dan seterusnya menjana aktiviti serta kegiatan ekonomi negara.
Mempercepatkan Proses Pertukaran
Aktiviti pemasaran mempercepatkan proses pertukaran produk atau perkhidmatan dengan wang atau sebarang faedah. Proses pertukaran yang cepat akan meningkatkan pulangan dan keuntungan perniagaan.
Konsep-Konsep Teras Pemasaran
Produk / Perkhidmatan
Produk merupakan apa yang ditawar kepada pengguna untuk perhatian, milikan atau kegunaan yang akan memenuhi sesuatu keperluan atau kehendak.
Perkhidmatan merupakan aktiviti atau faedah yang ditawarkan untuk jualan yang bukan ketara dan tidak mendatangkan pemilikan kepada sesuatu. Secara umumnya, produk termasuklah entiti-entiti lain seperti orang, tempat, organisasi, aktiviti dan idea.
Pertukaran
Dua pihak mesti terlibat dan setiap pihak mempunyai sesuatu yang bernilai untuk ditukarkan.
Pihak-pihak yang terlibat bersetuju untuk berurusan antara satu sama lain dan mempunyai kebebasan untuk menerima atau menolak tawaran masing-masing.
Permintaan
Apabila pelanggan mempunyai sumber kewangan atau kuasa beli, pelanggan akan berkehendakan kepada pelbagai jenis produk yang ditawarkan di pasaran. Oleh itu, apabila seseorang mempunyai kehendak serta kemampuan untuk membeli, kehendak akan menjadi permintaan.
Urus niaga
Satu pihak berkemampuan untuk berkomunikasi dan membuat penghantaran.
Satu pihak mempunyai hak untuk menerima atau menolak tawaran daripada pihak yang satu lagi.
Satu pihak mesti mempunyai sesuatu yang bernilai kepada pihak yang satu lagi.
Kedua-dua pihak mempunyai keyakinan dan kepercayaan antara satu dengan lain.
Terdapat sekurang-kurangnya dua pihak.
Kehendak
Keperluan manusia yang dibentuk oleh budaya sekeliling serta personaliti individu.
Nilai
Nilai biasanya wujud berdasarkan kepada persepsi seseorang pengguna terhadap sesuatu produk atau servis yang ditawarkan. Nilai di sini bermaksud perbezaan di antara nilai yang pelanggan perolehi daripada memiliki dan menggunakan sesuatu produk dan kos untuk mendapatkan keluaran itu.
Keperluan
Keperluan merupakan asas kepada kehidupan manusia dan ini meliputi keperluan fizikal seperti makanan dan pakaian, keperluan sosial seperti kasih sayang, keperluan individu seperti ilmu pengetahuan dan pencapaian hasrat diri seperti kemajuan diri dan juga kejayaan diri.
Pasaran
Satu set atau himpunan bakal pembeli-pembeli yang berpotensi untuk membeli sesuatu produk.
Fungsi-fungsi Pemasaran
Perkonomian
Meningkatkan penjualan barang dan perkhidmatan.
Memacu perkembangan teknologi dan barang baru.
Meningkatkan kegiatan ekonomi dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi.
Masyarakat
Meningkatkan kepuasan masyarakat dalam mengkonsumsi.
Mewujudkan tambahan daya guna dalam utilitas waktu, utilitas tempat, utilitas kepemilikan dan utilitas bentuk.