I. Setelah tamat waktu rehat, mereka kembali ke kelas.
II. Guru subjek Sains, Cikgu Anis masuk ke kelas. Kemudian, Cikgu Anis bertanya "Apa yang kamu semua makan tadi?"
III. Murid-murid menjawab:
"Nasi ayam!"
"Kuih ketayap!"
"Buah oren!"
IV. Cikgu Anis menyoal, "Tahukah kamu bahawa semua yang kamu makan melibatkan deria, contohnya organ deria lidah".
V. Cikgu Anis menyatakan topik pembelajaran mereka hari ini iaitu berkaitan organ deria manusia. Cikgu Anis menyatakan manusia mempunyai lima organ deria iaitu mata, hidung, telinga, lidah dan kulit.
VI. Seterusnya, Cikgu Anis menayangkan video tentang organ deria penglihatan, dan rasa.