Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4 : Bidang Ibadat - Unit 3 (Bulan…
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4 : Bidang Ibadat - Unit 3 (Bulan Penyucian Jiwa)**
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Murid dapat mengkategorikan syarat-syarat wajib, syarat-syarat sah dan rukun puasa ramadhan dengan betul.
1.Murid dapat menyatakan maksud puasa ramadhan dengan betul
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar dapat menyatakan maksud puasa dengan betul
Pelajar dapat menjelaskan syarat-syarat wajib, syarat-syarat sah dan rukun puasa ramadhan dengan betul
AHLI-AHLI KUMPULAN 5
MARLISA SAZIELA BINTI MANSOR (P128059)
MOHD HAFIZ IZZUDIN BIN AHMAD RIDZWAN (P128311)
NORFAKHIRAH NAZIHAH BINTI MOHD HASNU (P128993 )
WAN NURFAIZURA BINTI WAN MUSTAFFA (P12803)
MUHAMMAD 'AKIF BIN AHMAD (P128837)
MUHAMMAD KHAIRUL IKMAL BIN ABDULLAH (P128448 )
HUSNA AHDA BINTI RUSTAN (P127975)
STORYLINE
VIDEO 1 - PENGENALAN
Pada suatu petang, Puan Aishah mengajak suaminya untuk ke pasar membeli barang barang untuk menyambut bulan ramadan. Anak anak mereka, Omar dan Hana dibawa bersama sama ke pasar. Dalam perjalanan, Omar bertanya kepada ibunya tentang apa itu puasa. Puan Aishah menjelaskan tentang apa itu ibadah puasa dari segi syarak iaitu puasa bermaksud menahan diri daripada perkara perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari disertai dengan niat.
VIDEO 2 - KANDUNGAN 1
SET INDUKSI
Keesokkan harinya, Omar dan Hana pergi ke sekolah seperti biasa. Di sekolah, Ustaz Hafiz bertanyakan khabar murid murid. Ustaz Hafiz yang mengajar subjek pendidikan islam memulakan pembelajaran pada hari itu tentang tajuk puasa. Ustaz bertanya maksud puasa kepada murid murid. Mereka menjawab dengan pelbagai jawapan. Ustaz menjelaskan serba sedikit tentang ibadah puasa di bulan ramadhan.
VIDEO 3 - KANDUNGAN 2
AKTIVITI TAYANGAN VIDEO
Ustaz Hafiz menayangkan video di dalam kelas berkaitan puasa di bulan ramadhan untuk memberi penjelasan yang lebih tepat mengenai puasa. Murid murid menonton tayangan video mengenai syarat wajib puasa, syarat sah puasa dan rukun puasa.
Selepas tayangan video, Ustaz Hafiz menjelaskan kepada murid muridnya termasuk Omar dan Hana tentang rukun puasa iaitu:
Niat: نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Artinya: Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu ramadhan tahun ini kerana Allah.
Tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Tambah Ustaz Hafiz lagi, antara syarat-syarat sah puasa yang murid murid perlu tahu adalah:
i. Islam
ii. Berakal
iii. Suci dari Haid, Nifas dan Wiladah
iv. Bertetapan dengan waktunya iaitu puasa pada hari hari yang diharamkan brpuasa contohnya pada hari raya aidilfitri dan hari raya aidiladha
Ustaz menerangkan lagi tentang syarat syarat wajib puasa iaitu :
i. Islam
ii. Baligh
iii. Berakal
iv. Mampu
Hana bertanyakan kepada Ustaz Hafiz adakah semua orang muslim diwajibkan berpuasa. Ustaz Hafiz menjawab pertanyaan Hana dengan lebih jelas.
VIDEO 4 - KANDUNGAN 3
AKTIVITI SOAL JAWAB
Ustaz Hafiz bertanya beberapa soalan kepada murid mengenai puasa. Murid murid semua melibatkan diri dalam sesi soal jawab. Omar menjawab soalan yang ditanya oleh Ustaz Hafiz dengan baik.
VIDEO 5 - RUMUSAN : Penerapan nilai murni, kuiz, dan pemahaman
RUMUSAN
Ustaz Hafiz memberi rumusan dan bertanya tahap kefahaman murid tentang tajuk yang dipelajari pada hari ini.
Pengulangan
Omar dan Hana mempelajari banyak perkara tentang puasa di bulan ramadan dimana mereka sudah faham akan konsep berpuasa dibulan Ramadhan dan syarat-syarat wajib berpuasa. Mereka juga faham untuk tidak melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa di bulan Ramadhan setelah diberikan penjelasan yang menyeluruh oleh kedua ibu bapa mereka. Mereka juga turut insaf dan akan sentiasa mahu membantu orang yang tidak berkemampuan kerana mereka sedar bahawa berpuasa ini ialah untuk mereka sedar bahawa tidak semua orang bernasib baik didalam kehidupan ini.
STRATEGI PENGAJARAN
Berpusatkan guru
Soal jawab
Penerangan dari guru
MODEL INSTRUKSIONAL
Model ASSURE
PENYATAAN OBJEKTIF
Menjelaskan maksud puasa beserta syarat,rukun dan perkara yang membatalkan puasa
ANALISIS PELAJAR
Menganalisis pelajar yang tidak mengetahui hukum-hukum berkaitan puasa
PENGGUNAAN MEDIA DAN BAHAN
Menayangkan video kepada pelajar melalui youtube
PENGLIBATAN MURID DALAM PEBELAJARAN
Pelajar terlibat dalam aktiviti pengukuhan dan soal jawab
:
PENILAIAN/SEMAKAN SEMULA
Menilai bahan dan kefahaman pelajar
:
PEMILIHAN MEDIA
Youtube
AKTIVITI
3.Guru menayangkan video kepada murid
Guru menyatakan objektif kepada murid dan meneroka pengetahuan sedia ada murid tentang berkaitan puasa
Sesi soal jawab antara guru dan murid bagi menilai tahap penguasaan murid
Guru menyatakan maksud dan syarat wajib puasa kepada murid.
4.Guru menjelaskan syarat-syarat wajib,syarat-syarat sah dan rukun puasa ramadhan
**TEORI KOGNITIVISME
Teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan yang disimpan di dalam memori. Teori kognitif ini bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan.
Tokoh penting yang mempelopori teori asas kognitif ini seperti Jean Piaget dan Jerome Brunner
Dalam teori belajar Jerome Bruner, beliau berpendapat bahawa mata pelajaran dapat diajarkan secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan anak serta untuk mengembangkan program pengajaran yang lebih efektif adalah dengan mengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara di mana anak dapat mempelajari bahan itu sesuai dengan tingkat kemajuan mereka. Jadi sebagai seorang guru, kita harus memberikan kesempatan kepada murid dalam menemukan erti bagi diri mereka sendiri dan mempelajari konsep-konsep di dalam bahasa yang dapat diertikan oleh mereka semasa dalam pengajaran di sekolah.
DSKP TAHUN 4 : PENDIDIKAN ISLAM