Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TEORI PEMBELAJARAN, Teori Pembelajaran Behavioris, TEORI PEMBELAJARAN…
TEORI PEMBELAJARAN
Teori Pembelajaran Behavioris
Guru akan mengajar step by step, dan mengaplikasikan teknik peneguhan dengan betul semestinya berupaya meningkatkan keberkesanan dan pembelajaran
Contoh seorang guru yang mengajar kemahiran membaca tulisan jawi Guru tersebut akan mengajar kemahiran dari sekecil kecilnya seperti mengenal huruf sehinggalah kemahiran yang lebih besar seperti boleh membaca tulisan jawi dengan betul dan lancar.
Guru mengalakkan murid membaca tulisan jawi secara berulang-ulang supaya maklumat yang di sampaikan tidak terhapus.
Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerakbalas.
Apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerakbalas), maka gerakbalas itu menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Guru berupaya mempersembahkan sesuatu maklumat umum tentang sesuatu topik sebelum masuk kepada maklumat yang lebih khusus.
Contoh murid perlu mengenal apakah suku kata terbuka dan suku kata tertutup sebelum mengenal cara membaca tulisan jawi dengan betul
Guru perlu bertindak sebagai pemudah cara kepada murid-murid untuk belajar.
Contohnya guru menyediakan gambar tentang suku kata terbuka dan suku kata tertutup.
Teori kognitif ini bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan.
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
Guru tersebut menggalakkan pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan.
Contohnya, guru menyebutkan cara bacaan tulisan jawi terlebih dahulu kemudian murid-murid akan mengikut secara beramai-ramai.
Guru juga boleh menjadikan murid yang telah mahir membaca tulisan jawi sebagai model untuk dicontohi oleh para pelajar
TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS
seseorang guru berupaya memilih pelajar yang sudah menguasai sesuatu kemahiran dalam sesuatu topik untuk mengajar rakannya yang lain. Contoh guru meminta beberapa orang pelajar yang sudah memahami dan menguasai topik suku kata terbuka dan suku kata tertutup kepada beberapa kumpulan untuk membimbing murid yang masih belum menguasai topik tersebut
Konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat murid sebagai pembina pengetahuan dan bukan sebagai penerima pengetahuan.