Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SAINS TAHUN 5 Topik:RANTAIAN MAKANAN DALAM HABITAT SAWAH PADI, TEORI…
SAINS TAHUN 5 Topik:RANTAIAN MAKANAN DALAM HABITAT SAWAH PADI
AHLI KUMPULAN
:
Wan Madihah bt Hashim (P129402)
Tew Wei Eng (P129186)
Ifwat Muhamad (P129186)
Ahmad Fikri bin Hassan (P129174)
Verona binti John (P128971)
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
1) Mengenalpasti kefahaman pelajar terhadap konsep rantaian makanan haiwan
2) Memastikan pelajar dapat membezakan hubungan rantai makanan antara pengeluar dan pengguna
3) Mendapat kefahaman tentang proses rantaian makanan berlaku.
HASIL PEMBELAJARAN
1) Pelajar memahami konsep rantaian makanan
2) Pelajar dapat membezakan tumbuhan hijau sebagai pengeluar dan haiwan sebagai pengguna
3) Pelajar dapat menghubungkan bagaimana rantaian makanan berlaku iaitu padi sebagai pengeluar dimakan oleh tikus (pengguna primer), tikus dimakan oleh ular(pengguna skunder), ular dimakan oleh helang (pengguna tertier)
STORYLINE
Situasi 1:
Aiman sedang menonton TV dengan ayahnya di ruang tamu rumah selepas makan malam. Dalam rancangan TV tersebut, Aiman melihat seekor tikus keluar daripada kawasan sawah padi.Walaubagaimanapun, tidak lama kemudian, tikus tersebut telah dimakan oleh seekor ular yang lalu pada Ketika itu. Aiman bingung dengan situasi tersebut dan bertanya kepada ayahnya “kalau ular makan tikus. Tikus makan apa ayah?”. Ayahnya menjelaskan bahawa itu merupakan salah satu contoh rantaian makanan haiwan. Ayahnya juga mengatakan bahawa Aiman akan mempelajari rantaian makanan di sekolah nanti.
Situasi 2-
Sewaktu di sekolah, guru Aiman bertanyakan kepada Aiman dan rakan sekelas mengenai apa yang mereka faham tentang rantaian makanan. Aiman dan rakan sekelas tidak dapat menjawab soalan guru kerana tidak memahami maksud rantaian makanan. Guru menjelaskan bahawa rantaian makanan adalah hubungan makanan antara benda dalam sesuatu habitat. Guru menerangkan kategori dalam rantaian iaitu makanan primer sekunder dan tertier. Guru menjelaskan konsep dan proses aliran dalam rantaian makanan. Guru turut menjelaskan rantaian makanan bermula daripada tumbuhan hijau sebagai pengeluar dan haiwan adalah pengguna dalam sesuatu rantaian makanan.
Situasi 3-
Sebelum kelas berakhir, guru merangka satu kuiz untuk para murid. Berdasarkan apa yang mereka pelajari dan penerangan daripada guru, mereka menjawab kuiz mengikut kefahaman mereka.
Situasi 4-
Setelah melakukan aktiviti bersama pelajar, guru dapat mengenalpasti pemahaman pelajar terhadap topik yang telah diajar. Keseluruhan pelajar dapat menjawab kuiz dengan betul bermaksud, pelajar telah memahami konsep rantaian makanan. Aiman sangat gembira kerana dapat memahami dan mengetahui rantaian makanan iaitu, padi dimakan oleh tikus, tikus dimakan oleh ular dan ular dimakan oleh helang.
MODEL PEMBELAJARAN
Design
Para pelajar akan membentuk bahan pembelajaran secara inovasi dengan merangka video animasi dan kuiz semasa berada didalam kelas.
Development
Menghasilkan bentuk pembelajaran yang efektif kepada murid melalui tontonan animasi seperti powtoon mengenai rantaian makanan habitat.
Analysis
Mengenalpasti tahap kefahaman murid terhadap proses rantaian makanan.
Implementation
Melaksanakan pembelajaran berdasarkan konsep rantaian makanan habitat didalam kelas. Melakukan kuiz untuk mengukur kefahaman pelajar terhadap konsep rantaian makanan haiwan.
Evaluation
Mencapai tahap kefahaman murid terhadap kehidupan habitat dan menilai kitaran rantaian makanan melalui keberkesanan proses berinovasi yang berlaku didalam kelas.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
4) Pelajar dapat mencari dan mengklasifikasikan konsep rantaian makanan.
3) Pelajar dapat membuat analisis untuk membuat kesimpulan mengenai topik yang diajar seterusnya dapat menyelesaikan masalah.
2) Kaedah penerangan yang dapat menarik minat pelajar
1) Menarik minat pelajar terhadap ketidakpastian sesuatu masalah
:
GGGB5613: KURIKULUM DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
DPLI SET12
KUMPULAN 5