Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Group 6 DPLI SET 12 Topik: Pembelajaran Sains Tahun 6 GALAKSI - Coggle…
Group 6 DPLI SET 12
Topik: Pembelajaran Sains Tahun 6
GALAKSI
AHLI KUMPULAN 6
Ummi Anis binti Jusoh (P129163)
Tengku Naziha Shazliyn binti Mohd Nor (P128530)
Nurul Nasuha binti Abdul Wahab (P128180)
Nurul Nadiah Huda binti Zahari (P130782)
Wan Ainaa Nadira binti Wan Bahrin (P128549)
Nur Najihah binti Sidek (P127957)
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pelajar dapat memerihalkan galaksi
Merumuskan sistem suria berada dalam galaksi Bima Sakti
Pelajar dapat memahami maksud galaksi
REKA BENTUK MODEL ADDIE
DEVELOPMENT
Menghasilkan Video Animasi yang berkaitan dengan Galaksi dan juga membuat kompilasi soalan yang berkaitan dengan Galaksi sebagai aktiviti penilaian
IMPLEMENT
Menerangkan mengenai Galaksi kepada murid, seterusnya menayangkan video animasi kepada murid, dan memberi lembaran kerja untuk di jawab setelah selesai tayangan video
DESIGN
Mereka bentuk bahan pembelajaran iaitu lembaran kerja serta merangka jalan cerita untuk video animasi mengikut data analisis
EVALUATE
Melakukan penilaian terhadap keberkesanan tajuk dengan bahan pembelajaran dengan aktiviti penilaian
ANALYSIS
Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar mengenai galaksi kita.
Teori Piaget (KOGNITIF)
Fikiran manusia mempunyai struktur yang disebut skema atau skemata yang dikenali sebagai struktur kognitif. Dengan menggunakan skema itu, seseorang mengadaptasi dan mengkoordinasi lingkungannya sehingga terbentuk skema yang baru melalui proses asimilasi dan akomodasi.
STORYLINE
BABAK 1 : Pada satu malam Faiz sedang bersantai diluar rumahnya sambil memandang ke langit. Ayahnya, En. Hafiz datang mendekati anaknya. Faiz menanyakan kepada ayahnya mengapa kita masih boleh melihat bintang daripada bumi sedangkan bintang itu kecil. En. Hafiz menerangkan bahawa bintang tidaklah kecil seperti yang faiz sangka.
Babak 2 : En. Hafiz kemudian menunjukkan video tentang galaksi kepada Faiz. En. Hafiz juga menerangkan apa itu galaksi kepada Faiz. Faiz bertanya kepada ayahnya berkenaan Galaksi yang lain. En.Hafiz memberitahu Faiz bahawa Galaksi mempunyai beberapa jenis iaitu Galaksi berpilin, galaksi elips, galaksi tidak sekata.
BABAK 3: Faiz menanyakan apakah yang dimaksudkan dengan galaksi berpilin, galaksi elips dan galaksi tidak sekata. En. Hafiz menerangkan kepada anaknya tentang galaksi berpilin
Babak 4: En. Hafiz menceritakan pula tentang galaksi elips kepada Faiz
Babak 5: En.Hafiz memperihalkan tentang galaksi tidak sekata
BABAK 6: Faiz dapat merumus kan bahawa sistem Galaksi terbagi kepada 3 dan sistem suria berada dalam Galaksi Bima Sakti. Faiz berasa kagum dan tertarik untuk mendalami tentang Galaksi, En. Hafiz bercadang untuk membawa faiz ke Planetarium pada hujung minggu ini