Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DPLI SET 21 GROUP 3 DSKP SAINS TAHUN 5 : RANTAIAN MAKANAN - Coggle Diagram
DPLI SET 21 GROUP 3
DSKP SAINS TAHUN 5 : RANTAIAN MAKANAN
Ahli Kumpulan
Nuraisyah Annisa bt Udin
P128048
A'in Sofea Binti Zamri
P127769
Nur Faizah binti Abdullah
P129040
Norzafeny binti Mat Yunus
P129262
REKA BENTUK (MODEL ADDIE)
A : Analysis
D : Design
D : Development
I : Implementation
E : Evaluation
Analisis murid
Guru memastikan bilik darjah berada di dalam keadaan yang selesa supaya pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru juga mengenal pasti tentang kebolehan serta pengetahuan sedia ada pada murid.
Aktiviti : Guru bertanya tentang pengetahuan sedia ada murid.
Contoh soalan:
a) Adakah murid tahu tentang rantaian makanan?
b) Adakah murid tahu makanan bagi setiap hidupan?
Reka bentuk
Guru perlu menentukan objektif pembelajaran. Guru perlu menetapkan kaedah dah bahan yang bersesuaian untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid.
Aktiviti : Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan menerangkan topik pelajaran iaitu rantaian makanan.
Pembangunan
Guru menyediakan kaedah dan bahan bantu mengajar. Guru telah membangunkan sebuah video animasi. Guru juga menyediakan kuiz untuk menilai tahap kefahaman murid tentang topik ini di akhir pembelajaran.
Aktiviti : Guru menunjukkan gambar pelbagai haiwan dan tumbuhan di dalam hutan. Guru meminta murid-murid untuk menyenaraikan rantaian makanan yang terdapat di dalam gambar.
Pelaksanaan
Guru memastikan murid melibatkan diri dalam aktiviti yang telah disediakan. Guru harus membimbing murid supaya turut terlibat di dalam aktiviti tersebut.
Aktiviti : Murid-murid melibatkan diri dalam sesi pembelajaran dengan menyenaraikan rantaian makanan yang terdapat di dalam gambar. Murid mengambil giliran untuk menyenaraikannya di papan putih.
Penilaian
Guru menjalankan penilaian berbentuk formatif untuk menilai kefahaman murid tentang topik dan penglibatan murid di dalam aktiviti.
Guru menyemak dan berbincang dengan murid tentang jawapan yang diberikan. Guru memastikan murid memahami topik rantaian makanan yang dipelajari dengan memberikan kuiz akhir kepada murid.
TEORI PEMBELAJARAN (KOGNITIVISME)
Fokus kepada idea pemprosesan informasi yang diterima oleh pelajar melalui pemilihan, perbandingan, penyatuan dengan informasi lain yang sedia ada didalam ingatan pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
TUJUAN
Memberi rangsangan kepada pelajar untuk memperkembangkan idea.
Mendorong pelajar untuk memikirkan perubahan yang berlaku disekeliling mereka.
Memberi kesempatan kepada pelajar untuk merasai pengalaman baru.
Membantu pelajar memahami bahan pembelajaran secara lebih mudah.
Storyline
Video kandungan 2
Penerangan tentang jenis haiwan mengikut tabiat pemakanan iaitu dalam kategori omnivor yang merupakan haiwan yang makan haiwan yang lain dan juga tumbuh tumbuhan.
Penerangan juga dikukuhkan dengan memberi contoh dan menggunakan gambar rajah.
Video penutup
Guru menunjukkan gambar rajah dan menerangkan tentang haiwan pengguna dan pengeluar dan mengenal pasti haiwan yang manakah yang menjadi pengguna dan pengeluar.
Guru juga merumuskan mengenai tajuk rantaian makanan yang dibincangkan.
Video kandungan 1
Guru menunjukkan gambar rajah dan bertanya tentang haiwan manakah yang mempunyai tabiat makanan herbivor Guru menerangkan tentang maksud herbivor iaitu haiwan yang makan tumbuh tumbuhan.
Video pengenalan
Guru menerangkan tentang apakah maksud rantai makanan yang merupakan salah satu bab untuk murid murid darjah 5 yang perlu dipelajari di sekolah rendah. Di video ini juga menceritakan tentang haiwan yang dikategorikan dalam kelas karnivor beserta contoh contoh untuk lebih mudah difahami.
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar dapat membina rantai makanan daripada ekosistem yang berbeza
Pelajar dapat mengenalpasti pengeluar dan
pengguna dalam setiap rantaian makanan yang dibina
Pelajar-pelajar akan dapat mengenali jenis haiwan mengikut tabiat pemakanannya
Pelajar dapat menerangkan bagaimana siratan makanan dapat membantu dalam mengekalkan keseimbangan alam
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Memastikan pelajar-pelajar dapat mengetahui rantaian makanan dari ekosistem yang berbeza
Memastikan pelajar-pelajar dapat mengenalpasti pengeluar dan pembekal di dalam rantaian makanan
Memastikan pelajar mengetahui jenis-jenis haiwan dan tabiat pemakanannya
Memastikan pelajar dapat menyenaraikan rantaian makanan bagi menyeimbangkan ekosistem