Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
الضرر يزال, العادة محكمة - Coggle Diagram
الضرر يزال
-
Dharar ertinya melakukan kerosakan terhadap orang lain, sedangkan Dhirar bererti bertindak balas dengan melakukan kemudharatan yang sama dengan kemudharatan tehadapnya.
Hadis ini membawa maksud tidak harus melakukan kemudharatan terhadap saudaranya sama ada memulakan atau membalas.
Maka kaedah ini meletakkan hakim apabila hendak menjatuhkan hukuman tidak harus melebihi kemudharatan yang menimpa seseorang itu. Ulama’ sepakat kaedah ini tidak termasuk perkara yang diizinkan oleh syara’ seperti Qisas,Hudud dan segala jenis hukuman ta’zir.
العادة محكمة
-
Definisi al-'adah
Al-'adatu bermaksud sesuatu yang berulang-ulang. Ia sesuai diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sebagai kebiasaan. Apa yang penting ia dapat diterima oleh akal manusia dan ia dilakukan secara berulang-ulang
Definisi al-'urf
Ia sesuai diterjemahkan sebagai sesuatu yang difahami sebagai adat seperti adat resam, adat pepatih, adat Melayu dan sebagainya.
Apabila urf atau adat itu bercanggah dengan nas dan dalil maka ianya tertolak.Ini kerana menetapkan sesuatu hukum bersandarkan kepada urf dan adat kebiasaan dengan mengenepikan nas atau dalil adalah betentangan sekali dengan kaedah syarak.