Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bidang Pengajian Profesional - Coggle Diagram
Bidang Pengajian Profesional
Sejarah Pendidikan
Era Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)
Kurikulum persekolahan diberi penambahbaikan, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). :
Kurikulum Baru Sekolah Menengah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1998.
Diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta iaitu Akta Pendidikan 1996, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, dan Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara.
Era Dasar Wawasan Negara (2001-2010, hingga kini)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dirangka untuk merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia.
Bertujuan untuk menyediakan rakyat Malaysia ke arah satu bangsa yang bersatu padu dan saling bekerjasama dan merapatkan jurang pendidikan antara golongan luar bandar dan bandar serta antara kaum.
Era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Kerajaan mewujudkan DEB untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional.
Ditumpukan pada tiga bidang iaitu menyatukan sistem pelajaran, memperluaskan rancangan pelajaran dan memperbaiki mutu pelajaran.
Lanskap politik, ekonomi, dan sosial masyarakat Malaysia berubah selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Falsafah Pendidikan
Aliran perennialisme
Mengajar para murid untuk berfikir secara rasional dan membentuk pemikiran yang boleh berfikir secara kritikal.
Aliran progresivisme
Guru hanya berfungsi sebagai pembimbing atau penasihat dalam penyelesaian masalah murid.
Aliran essentialisme
Mementingkan pembentukan peribadi dan kurikulumnya disusun dari topik yang mudah kepada yang lebih kompleks.
Aliran rekonstruktivisme
Perkataan
reconstruct
yang membawa maksud membina semula menunjukkan tujuan fahaman ini adalah untuk membina semula corak kebudayaan moden yang lebih baik.
Aliran eksistensialisme
Ahli-ahli eksistensialisme berpendapat bahawa pendiidkan tidak terarah kepada peningkatan intelek semata-mata tetapi perlu diberi perhatian kepada sikap, perasaan, nilai dan komponen-komponen subjektif yang lain.
Psikologi Pendidikan
Teori Kognitif
Kognitif adalah kemampuan mental manusia untuk mengamati, mempersepsi, memerhati, meramal dan menilai.
Kognitif penting kerana dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam proses pendidikan dan menjayakan proses pembelajaran.
Mengutamakan bagaimana cara mengembangkan fungsi kognitif individu.
Teori Humanisme
Mengutamakan keterlibatan individu secara keseluruhan kerana proses pembelajaran tidak akan berlaku tanpa penglibatan emosi atau naluri.
Lebih menekankan pada perkembangan positif dalam diri indidvidu.
Teori Behaviorisme
Menumpukan kajian tentang tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur.
Perubahan tingkah laku berlaku disebabkan oleh rangsangan atau pengaruh persekitaran luaran.
Teori Konstruktivisme
Murid membina ilmu pengetahuan melalui penglibatan secara aktif.
Guru perlu menyediakan aktiviti yang sesuai dengan pengalaman sedia ada murid serta dapat mengaitkan pengalaman itu dengan maklumat baharu yang bakal diajar.
Sosiologi Pendidikan dan Antropologi Pendidikan
Sosiologi
Teori Konflik
Menganggap bahawa fungsi utama sekolah ialah untuk mendidik murid tentang status budaya.
Teori Interaksionalis
Memfokuskan kepada interaksi yang dibentuk oleh guru dan murid.
Misalnya, apabila guru menyoal, murid mungkin mengangkat tangan untuk menjawab.
Teori Fungsionalisme
Mensosialisasikan murid-murid dengan norma, nilai-nilai dan peraturan yang terdapat dalam sesebuah masyarakat.
Menekankan kepada aspek memilih dan melatih.
Antropologi
Integrasi Sosial
Berlaku apabila masyarakat mengamalkan nilai-nilai dan norma-norma yang menjadi ikutan oleh individu atau kelompok lain dalam masyarakat.
Penempatan Sosial
Penempatan sosial yang sesuai dengan pendidikan seseorang mendorong berfungsinya pendidikan sebagai penempatan sosial individu atau kelompok.
Proses Sosialisasi
Kanak-kanak berinteraksi antara satu sama
lain agar dapat menjadi masyarakat yang mengamalkan nilai dan norma yang
ada dalam masyarakat.
Inovasi Sosial dan Budaya
Berkait rapat dengan segala bentuk penemuan-penemuan baharu dalam pelbagai bidang yang mempengaruhi kehidupan sosial.
Memfokuskan pada hubungan sosial, termasuk komuniti pendidikan.
Pendidikan Perbandingan Antarabangsa dan Global
Manfaat
Kepuasan intelektual diperoleh
Mendapat faedah operasi
Manfaat humanistik
Hubungan harmoni
Manfaat budaya
Memperbaiki sistem pendidikan
Manfaat akademik
Tujuan
Untuk mempromosikan persefahaman antarabangsa.
Untuk mencari penyelesaian yang mungkin untuk masalah pendidikan.
Untuk belajar mengenai sistem pendidikan sendiri dan yang lain.